kad

| Sunday, August 28, 2011 | |
Satu-satunya kad raya untuk gua tahun ni. Ikhlas tak ikhlas tu belakang kira, sebab lu cuma sign je atas kad ni. Ntah-ntah kad ni warna apa pun lu tak perasan. Tapi yang penting bila lu dah pos kad ni sampai kat rumah gua maknanya lu memang ingat kat gua la kan...

Tak sia-sia gua beli polisi insurans lu hari tu beb! Pastikan company lu terus pos kad raya kepada gua sampai gua umur 60 tahun kang. Ingat, pos! Bukan penghantaran secara elektronik atau lain-lain method virtual yang lain. Baru syahdu beb dapat kad raya macam 20 tahun dulu.


(siapa-siapa sayang nyawa dan harta benda,
jangan malu calling-calling kawan tak berapa karib gua ni)

***

Aku harap, 100 tahun lagi bila manusia dah semakin bosan dengan perlumbaan mengejar kegilaan teknologi, mereka akan kembali kepada cara tradisional yang sekaligus membawa mereka kepada kehidupan yang lebih bertamadun... Insya-Allah!

28 comments:

Lady Windsor Says:
August 28, 2011 at 12:33 AM

tradisi mengatasi teknologi...walau sepuluh tahun akan datang..kad akan tetap dilayangkan...kerana ia adalah disiplin klasik yg akan sentiasa hidup dalam masyarakat walau ada gajet canggih sekalipun...aku pun terima kad dari company yg sama..baiknya dia orang kan..x lupa akan kita...hahaha...

SynicalMind Says:
August 28, 2011 at 12:43 AM

tapi tahun ni aku tak dapat daripada majikan aku, mungkin sibuk berpindah. aku lebih suka baca tulisan tangan daripada posting ucapan selamat yang dituju secara umum di fb. rasa klasik gitu. anggap la aku ni ketinggalan zaman, tak kisah!

Lady Windsor Says:
August 28, 2011 at 12:53 AM

ko tau tak..aku masih hantar kad bertulis tangan kepada keluarga mak angkat aku di kuantan..kadang kala selang seli dengan jawi lagi...klasik kan?

SynicalMind Says:
August 28, 2011 at 1:03 AM

ini baru betul2 rare. dua tahun lepas aku kena gelak kat ofis sebab tulis nama tulisan jawi. tahun ni aku tak kirim kad raya (atau text ucapan selamat) lagi kepada sesiapa. takde feel. jadi ucapan tu aku tangguh dulu bila jumpa atau call.

Lady Windsor Says:
August 28, 2011 at 1:18 AM

rare x rare..keluarga angkat aku ni darah bugis sebelah pahang...suku sakat daeng...tulisan jawi dia orang boleh tahan cantik...malu aku bila tulisan jawi aku lintang pukang...

SynicalMind Says:
August 28, 2011 at 5:35 AM

sangat bertuah.

Lady Windsor Says:
August 28, 2011 at 9:31 AM

guess so..

NP Says:
September 3, 2011 at 2:07 AM

i suka ayat 'kawan tak seberapa karib' tu...

hilang pelanggan, kuranglah soru nya ..

SynicalMind Says:
September 3, 2011 at 6:06 PM

NP: kawan ada macam2 jenis. kalau aku CEO company ni, aku akan wujudkan polisi baru, tiap agen kena tulis kad dalam tulisan jawi bertinta emas!

Lady Windsor Says:
September 3, 2011 at 7:12 PM

wow..huruf jawi bertinta emas...mahal tu tapi memang itu pun nilai jawi kita...

SynicalMind Says:
September 3, 2011 at 10:35 PM

ya, kalaulah ada lagi logam yang lebih bernilai daripada emas... sepatutnya tulisan jawi diberi pengiktirafan dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Lady Windsor Says:
September 3, 2011 at 11:19 PM

Ok...let's do it...hidupkan semula jawi...serious!

SynicalMind Says:
September 3, 2011 at 11:27 PM

serious shit?

Lady Windsor Says:
September 3, 2011 at 11:42 PM

Serious la beb...Aku Ada cara..tapi ko kena tolong...Ada syaratnya...

SynicalMind Says:
September 3, 2011 at 11:45 PM

apaa cara pun takde hal. syarat apa pun aku ikut asalkan tak membabitkan nyawa. jangan mati anak, jangan tergadai adat. kalau anak mati, siapa nak sambung adat dan budaya. apa dia beb?

Lady Windsor Says:
September 4, 2011 at 12:01 AM

Carikan aku seorang wanita muda, atau gadis yang amat berminat dengan tulisan jawi...atau memang mahir sangat dengan tulisan jawi, atau kalau dia itu penggiat tulisan jawi...lagi bagus...nanti tahulah aku nak buat apa...boleh?

SynicalMind Says:
September 4, 2011 at 12:02 AM

untuk apa, jadi duta macam joanna basey menari dalam hujan untuk sabun lux dulu?

Lady Windsor Says:
September 4, 2011 at 12:09 AM

Jadi duta? Apa kelass beb...ada lah caranya...ko dapatkan dulu target tu...

SynicalMind Says:
September 4, 2011 at 12:14 AM

susah sikit la, sebab tulisan jawi ni dah makin dijauhi oleh orang2 yang kau maksudkan tu. kenapa bukan lelaki tua macam aku ni? diskriminasi gender?

Lady Windsor Says:
September 4, 2011 at 12:17 AM

Kalu ko buat plastic surgery jadi wajah wanita pertengahan 20-an, aku ambil ko tanpa was2...

SynicalMind Says:
September 4, 2011 at 12:20 AM

cuba terangkan macamana tenaga muda dan bergetah ni boleh bagi up tulisan jawi?

Lady Windsor Says:
September 4, 2011 at 12:22 AM

Rahsia...hahaha..kalau dah Ada orangnya baru aku boleh bitau...

SynicalMind Says:
September 4, 2011 at 12:27 AM

penampilan jadi kriteria utama jugak ke? selain minat?

Lady Windsor Says:
September 4, 2011 at 12:39 AM

Wajar diambil Kira semua aspek...aku nak yg sedap mata memandang...macam Adele!

SynicalMind Says:
September 4, 2011 at 12:41 AM

apa perancangan kau? jadi model? tv commercial? kempen satu malaysia?

Lady Windsor Says:
September 4, 2011 at 1:07 AM

no! no! no!..semua di atas adalah bukan...

SynicalMind Says:
September 4, 2011 at 3:16 AM

ok, aku try cari tapi mungkin tak dapat.

Lady Windsor Says:
September 4, 2011 at 8:32 AM

x pe..kalu dah jumpa..roger aku!