jawapan melayu merapu

| Wednesday, August 03, 2011 | |
Soalan:

Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Melayu Nusantara kepada sebuah masyarakat yang maju dan dinamik serta berbeza dengan cara hidup mereka sebelumnya. Bincangkan.
 
Jawapan:

Islam adalah sebuah agama semawi yang diketahui mempunyai penganut yang paling ramai di dunia iaitu dianggarkan mencecah 1.57 bilion sehingga tahun 2010 yang merangkumi dari benua Asia di timur, Amerika Utara dan sehingga menjangkau ke benua Afrika dengan negara Indonesia adalah negara yang mempunyai jumlah penganut Islam yang paling ramai iaitu hampir 200 juta orang (lebih 80 peratus).

Di Nusantara, pelbagai teori telah dikaitkan dengan penyebaran ajaran Islam ke alam Melayu ini. Pendapat yang paling popular adalah dengan melalui jalan perdagangan. Sebagai sebuah pusat perdagangan utama di dunia yang mempunyai beberapa pelabuhan maritim yang begitu strategik dari segi kedudukan geografinya iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan dari timur iaitu China dengan barat iaitu India dan tanah Arab, kepulauan Nusantara telah menerima kemasukan kepelbagaian budaya, cara hidup dan kepercayaan agama yang diamalkan oleh para pedagang luar, sekaligus telah memperlihatkan agama Islam diminati dan dikembangkan di kalangan penduduk tempatan.

Apa yang menjadi persoalan di dalam batu jemala saya ini puan adalah dari mana munculnya istilah `muallaf' di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Di Malaysia, sesiapa yang baru memeluk agama Islam atau bukan dilahirkan dengan ibu bapa yang bukan Islam, mereka ini digelar `muallaf' seperti `cina muallaf' (kadang-kala terdengar juga `india muallaf'!). Namun begitu, sesuatu yang sangat ironinya di sini adalah, masyarakat cina di negara China telah terlebih dahulu memeluk agama Islam berbanding masyarakat Melayu di Malaysia. Dan sepatutnya wujud juga istilah `melayu muallaf'.

Sekian, diharap `perbincangan sendiri-sendiri' saya ini diterima supaya dapat menaikkan lagi pointer saya yang kini seperti telur di hujung tanduk. Jika ada kelapangan, sudilah kiranya puan sekeluarga datang ke rumah saya sempena hari terbuka yang diadakan empat kali setahun. Terima kasih daun ubi, bagilah markah saya power sikit kali ni...

Wassalam...

6 comments:

Cangkul Emas Says:
August 3, 2011 at 6:15 AM

mungkin kerana melayu penumpang pertama yang jumpa tempat ni sebab tu lah keluar istilah tu..

hahahaha

Mommy Fara Says:
August 3, 2011 at 1:22 PM

Sape cikgu yg mengajar tu?

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ Says:
August 3, 2011 at 5:32 PM

aah la..gua br perasan..mana dtg istilah muallaf tu ek??

entry ni buat gua berfikir 12 minit..nk search gugel jap..jap ek

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ Says:
August 3, 2011 at 6:39 PM

ok, gua da dpt jwpn utk muallaf tu...usha kt sini

http://teaching4muallaf.blogspot.com/2010/08/memahami-muallaf.html

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ Says:
August 3, 2011 at 6:41 PM

gua rasa gelaran tu hanya untuk org yg br berjinak-jinak @ minat dengan islam..bg org melayu yg sememangnye dilahirkan berugama islam, tidak digelarkan dgn gelarn itu

SynicalMind Says:
August 4, 2011 at 12:03 AM

sori geng, gua takde kat opis minggu ni, tu yang tertinggal bas sekejap.
cangkul: ntah la beb, aku banyak musykil pasal benda ni sampai sekarang.
fara: soalan ni jumpa dalam internet, tapi masa study dulu pun pernah jumpa jugak cuma tak tergamak je bagi jawapan `daring' macam ni.
eksyen kamen: terbaik bai lu punya refference!