jatuh!

| Saturday, August 13, 2011 | |
"Bursa tempatan kemungkinan besar diniagakan tidak menentu minggu depan dengan pelabur terus gusar dengan krisis hutang Eropah beserta dengan penarafan negatif ke atas ekonomi AS, kata peniaga.
Penarafan negatif ekonomi AS baru-baru ini oleh Standard & Poor's nampaknya mewujudkan satu rantaian reaksi panik di seluruh dunia, termasuk Asia Pasifik yang sekali gus menyaksikan jualan besar-besaran pada hari Isnin.
Bursa tempatan memulakan urus niaga turun naik pada awal minggu seiring bursa serantau lain berikutan berita mungkin berlakunya krisis kewangan.
Ini menjuruskan jualan besar-besaran dan mengheret turun KLCI FTSE Bursa Malaysia ke bawah paras 1,500 untuk kali pertama sejak 17 Mac, 2011."
-Malaysiakini, 13 Ogos 2011


Bullshit! Sumpah aku tak paham apa yang berlaku. Menyesal dulu tak belajar Business Management sampai pandai. Apa yang aku tau, mulai pagi esok aku kena tambah bersedia lagi. Mana la tau, sedang kita bercongak-congak nak beli baju raya warna apa, beraya kat mana; tiba-tiba dalam sekelip mata keadaan jadi bertambah buruk.

...Harga bahan bakar meningkat lima kali dalam masa 48 jam.
...Inflasi naik hingga 300%.
...Aku tak dapat beli daging nak buat rendang sebab mogok pemandu lori yang bawak stok daging ke Lembah Klang.
...Tarif elektrik terpaksa dinaikkan, pengumuman dapat dibuat kurang 12 jam sebelum dikuatkuasakan.
...Kadar tol naik 75% sebab kos operasi meningkat.
...Banyak lagi la `worst case' yang terlintas dalam fikiran tapi tak sanggup aku nak taip.

Gila...! Kat celah mana gua nak sembunyi ni?

4 comments:

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ Says:
August 14, 2011 at 12:57 AM

gua pun xpaham ape yg malaysia kini tu dok crita..gua skola pondek je.mmg bukan jiwa gua la ekonomi2 ni.yg gua taw, tgh bulan, ekonomi bank gua akan kritikal..samaaaaa je tiap2 bulan..

eh, raya ni agak2 kl dpt RM5 sama dgn mcm 5tahun lepas punye RM5 x??

xkan..?

ok, itu ekonomi.taraf hidup makin meningkat, duit makin lama nilai makin kecik.br gua paham

SynicalMind Says:
August 14, 2011 at 1:04 AM

yang paling gua paham, ekonomi ni ada turun naiknya. waktu naik: awal bulan atau bila bonus. waktu turun; lepas raya atau hujung bulan. damn la...! aku ada keping rm5 yang simpan 5 tahun dulu untuk kenangan. rupa masih sama, tapi nilai dah gila beza. rasa macam nak gulung, lepas tu bakar hujung buat rokok je.

NenekPenne Says:
August 14, 2011 at 1:10 AM

i belajar business management pun still tak faham pasal ekonomi...
eerrr sebabnya i major in HRM...ha ha ha...

Lady Windsor Says:
August 14, 2011 at 1:29 AM

gua cuma nak kata AS DAMMNNN! DAMN! DAMN! more than bullshittt@#$%&*....kalu tak...pasti saham gua mencanak naik...huh!