Gie

| Friday, August 05, 2011 | |
Ada orang yang menghabiskan waktunya berziarah ke mekkah,
Ada orang yang menghabiskan waktunya berjudi di wiraza,
Tapi aku ingin menghabiskan waktu ku di sisi mu sayangku….
Bicara tentang anjing-anjing kita yang nakal dan lucu,
Atau tentang bunga-bunga yang manis di lembah mandala wangi.

Ada serdadu-serdadu Amerika yang mati kena bom di danang,
Ada bayi-bayi yang lapar di Biafra,
Tapi aku ingin mati di sisimu manisku.

Setelah kita bosan hidup dan terus bertanya-tanya,
Tentang tujuan hidup yang tidak satu setan pun tahu,
Mari sini sayangngku,
Kalian yang pernah mesra,
Yang pernah baik dan simpati padaku,
Tegaklah ke langit luas,
Atau awan yang menang.

Kita tak pernah menanamkan apa-apa,
Kita takkan pernah kehilangan apa-apa.

Nasib terbaik adalah tidak pernah dilahir,
Yang kedua dilahirkan tapi mati muda,
Dan yang tersial adalah berumur tua.

Berbahagialah mereka yang mati muda,
Mahluk kecil kembalilah dari tiada ke tiada,
Berbahagialah dalam ketiadaanmu...

-Soe Hok Gie

*****************************************

Ini adalah sajak terakhir hasil nukilan seorang aktivis kebebasan muda Indonesia lewat tahun 1960-an sewaktu negara itu sedang bergelut dengan dilema penentangan terhadap cengkaman kuku besi pemerintahan diktator Presiden Soekarno.

Suatu ketika dulu, ketika hayatnya beliau pernah ditanyakan soalan oleh rakan karibnya Tan Tjin Han dan Herman Lantang, "untuk apa perjuangan ni semua?". Dengan nada tenang, beliau menjawab "kebebasan mempunyai harga tersendiri yang perlu dibayar..."

Zaman perjuangan beliau penuh dengan rintangan hatta kekangan hebat daripada pemerintah mengenai kebebasan bersuara oleh rakyatnya, sementelah Gie adalah seorang pemuda kelahiran cina dari golongan pertengahan yang dipandang tidak mampu memberi sebarang ancaman atau dianggap sebagai agen subversif.
Kecenderungan beliau mengkaji makna sebenar kebebasan serta penghasilan sekian banyak pandangan dan kritikan yang tersiar di koran-koran atau naskhah nasional lewat tahun-tahun akhir pengajiannya di Universitas Indonesia telah meletakkan beliau sebagai peneraju kepada kebangkitan golongan muda yang menuntut kebebasan dalam bersuara.

"Catatan Seorang Demonstran" yang dikumpulkan dan dibukukan selepas kematiannya adalah contoh terbaik di mana perjuangannya tidak pernah tamat walaupun setelah 30 tahun pemergiannya.



...di sini, aku masih lagi tercari-cari dan ternanti-nanti kemunculan pemuda-pemuda kita yang benar-benar berani membawa idealogi yang sama sekali menjauhi kepentingan peribadi dan kelompok tertentu. Apa yang ditonjolkan oleh media massa kita mengenai peranan dan perjuangan golongan muda kita tak lebih daripada hanya melahirkan watak-watak selebriti yang cuma berlakon, berpura-pura, bermuka-muka kononnya berjuang demi kepentingan bangsa dan negara.

Setiap kali kemunculan wajah-wajah `pejuang' ni sama ada di skrin tv, media cetak atau mendengar suara mereka dari gelombang yang terhasil daripada kepingan magnet di dalam speaker radio, aku sangat-sangat rasa mual seperti baru selepas berlari menaiki jalan berliku di Bukit Tinggi dengan perut yang penuh berisi laksa. Menjelikkan! Dan setiap kali itu jugak la aku akan berteriak pada diri sendiri "what the fucking fuck are you doing moron? trying to fucking fool us with your stupid fucking tongue...!"

Di mana pejuang muda kita? Kenapa, takut mati awal? Hidup terlalu singkat untuk dilewatkan, carilah kesibukan untuk hidup, atau sibuklah untuk mati.... Sekadar memetik kata-kata Gie.

10 comments:

Mommy Fara Says:
August 5, 2011 at 12:03 PM

Penggerak revolusi menentang diktator?

Aku tak tau layanan Soekarno terhadap org Melayu Indonesia. Tapi aku tau mcm ne seksanya Cina Indonesia ms pemerintahan Soekarno nie. Mmm...no wonder!

"Seorang filsuf Yunani pernah menulis ... nasib terbaik adalah tidak dilahirkan, yang kedua dilahirkan tapi mati muda, dan yang tersial adalah umur tua. Rasa-rasanya memang begitu. Bahagialah mereka yang mati muda."

Berkali-kali menzahirkan kenyataan di atas.....baguih dok ade!

SynicalMind Says:
August 5, 2011 at 12:08 PM

one of the best quote of the year: pemimpin silih berganti, tapi rakyat kekal selamanya...
cina indonesia betul2 tertindas, salah satu yang nyata ialah penindasan budaya. sampaikan nama pun kena tukar semata-mata nak hilangkan identiti kecinaan tu! tak salah guna nama ah chong selagi dia patuh undang2 dan hormat agama lain.

NenekPenne Says:
August 5, 2011 at 12:45 PM

terbaik

yang terbaik adalah tidak dilahirkan....

betul tu..

bila dah kenal dunia ni...sebenarnya tiada apa yang menggembirakan...

SynicalMind Says:
August 5, 2011 at 12:57 PM

...masih menunggu pejuang sejati dari kalangan anak muda kita. berapa puluh tahun lagi?

Mommy Fara Says:
August 5, 2011 at 3:27 PM

Apa kata tonjolkan diri sendiri?

SynicalMind Says:
August 5, 2011 at 3:58 PM

sedang ke arah itu... tapi dalam kategori veteran!

Lady Windsor Says:
August 5, 2011 at 6:49 PM

Hi..baru sempat browse ke sini..ini pun dari blog nenek..wow...suka poem tu..anyway mana lebih senior..Gie ke atau Chairil Anwar? Hmm..membakar-bakar jiwa sajak ini...kalau ada ramai jiwa begini di Malaysia..pasti bagus.

SynicalMind Says:
August 5, 2011 at 7:16 PM

Tengkiu beb! Aku pun suka, walaupun Gie ni bukan karyawan. Aku tak begitu mengenali Chairil atau karyanya. Tapi kalau ikut seniority zaman, Chairil tamat hayatnya pada hujung 40-an akibat penyakit (kalau tak silap), Gie pulak hujung 60-an akibat eksiden masa climbing. Wadah perjuangan pun sedikit berbeza, tapi pengaruh keduanya betul2 bagi kesan pada akar kebangkitan marhaen sana. Aku salute maut..!

Lady Windsor Says:
August 6, 2011 at 1:47 AM

Yup..chairil anwar mati akibat penyakit berpunca rokok but then too many info pasal punca dia mati...Gie oso nice, i mean due to his perjuangan..how come i didn't know abt him aa...salute too!

SynicalMind Says:
August 6, 2011 at 2:06 AM

i just knew bout him too, trying to admire him...