gaung paling dalam...

| Saturday, August 20, 2011 | |
susulan daripada kejadian buruk iaitu mimpi ngeri yang aku dapat masa tidur sementara tunggu azan subuh pagi semalam, aku dah tak nak tidur lagi lepas sahur dah.


tapi masalahnya, hari ni sabtu. hari cuti. apa aktiviti yang aku boleh buat kalau bukan baring-baring depan tv? memang confirm aku boleh lelap punya!


jadi, aku cuba melayani nafsu pendengaran aku kepada sesuatu yang boleh buat aku jatuh ke dalam gaung yang paling dalam. ya, yang paling dalam bersama-sama dia, adele...


...my hands, they were strong, but my knees were far too weak,
to stand in your arms without falling to your feet...

...i set fire to the rain
watched it pour as i touch your face
well, it burned while i cried
cause i heard it screaming out your name, your name...

...i set fire to the rain
and i threw us into the flames
when we fell, something died
cause i knew that was the last time, last time...







gila, memang gila...! tiap kali aku dengar rangkap lagu ni, aku dapat imagine situasi kekecewaan yang ada dalam diri si adele ni. aku faham betapa susah dia nak lepaskan sesuatu yang dia paling hargai dalam hidup, walau pun memang itu hakikat yang dia mesti terima.


mesti, dia mesti lepaskan jugak... walau pun sangat perit, sangat sukar, sangat menyeksa diri seolah-olah keengganannya melepaskan suatu itu melebihi segalanya. hmmm, adele...

28 comments:

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 9:37 AM

parah! kalu ada cara, nak je aku bawa adele ke sini...

Mommy Fara Says:
August 20, 2011 at 11:38 AM

...don't mourn and don't wish the end!

"Did you ever look, did you ever see that one person,
and the subtle way that they do these things and it hurts so much?
So much like choking down the embers of a great blaze.
It's that moment when your eyes seem to spread aspersions
and to scream confessions at the insipid sky parting clouds.
You let this one person come down in the most perfect moment.
And it breaks my heart to know the only reason you are here now is a reminder of what I'll never have...
I'll never have... I'll never...
Standing so close knowing that it kills me to breathe you in...
But this table for one has become bearable.
I now take comfort in this, and for this, I cherish you."

...sometimes, pengorbanan itu perlu.

=D

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 7:20 PM

LW: kadangkala adele perlu datang dalam imaginasi kita, seumpama mampu membuatkan kita tenang seketika. atau salah satu terapi minda dalam bentuk duniawi (selain doa)...
MF: ada sesetengah orang yang enggan mengalah walaupun tau, sesuatu itu mesti dilepaskan dan bukan miliknya yang hakiki.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 7:26 PM

adele untukmu manakala aku membayangkan seorang vampire menjadi jiranku..supaya aku tidak mentafsir sendirian bila ada bunyi lolongan anjing pada jam 1 pagi..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 8:09 PM

untuk vampire yang sering berhibernasi dalam gelap pekatnya malam, lolongan itu adalah suatu kata kunci kepada kehadiran cahaya yang lebih gelap, yang bakal membawa engkau ke daerah malam yang lebih membahagiakan. atau pun, engkau perlu meletakkan rasa percaya engkau kepada Tuhan dengan melilit penjuru tempat pertapaan engkau dengan ayat-ayatNya.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 8:39 PM

sudah dilakukan itu...dan aku yakin amat...namun, sisi gelap sekeping kalbu tetap mahu berada dalam halusinasi...kerana dunia nyata hanya memaparkan yang baik-baik walaupun palsu...
sebagaimana ko membayangkan si comel itu..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 10:26 PM

untuk ketenangan yang lebih dalam lagi, kau boleh saja menjemput jalan cerita yang selamat ke dalam halusinasi kau itu, kerana engkau adalah pengukir papan cerita kepada maginasi engkau sendiri, bukan orang lain. kemudian engkau pasti mampu tidur lena ditemani suara buah hati aku adele. hahaha...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 10:33 PM

pasti..ko pun tahu kan PIL bernama adele adalah PIL yang paling selamat untuk ditelan...sehingga tertidur...bahkan aku akan menelan PIL mahal itu..yalah apa taknya dua kepin PIL cap adele itu hampir mencecah seratus hengget beb...hahaha!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 10:44 PM

jadi, nikmatinya dengan hati senang. aku yakin anatomi tubuh engkau pasti menerima pil ini dengan lebih gembira lagi berbanding campuran drug hasil eksperimen makmal tu.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 10:47 PM

pasti!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 10:53 PM

...aku senyum bangga bagi pihak adele kerana kehadirannya dalam gelap pekat malam engkau agak bermanfaat...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:00 PM

cehhh...bolehlahhh!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:02 PM

hahahaa...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:13 PM

aku terpaksa mengakui hakikat...adele tu comel...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:14 PM

sialan, kau buat aku tergelak!

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:20 PM

mwahahahaha...hambek ko!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:22 PM

cilakak! lawak ar cerita pasal adele ni...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:24 PM

lawak x lawak...aku dalam barisan! bangga...hahaha

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:33 PM

untuk pertama kalinya, langkah kau kekal dalam barisan dan teratur sepanjang jalan! tahniah beb, tak payah susah-susah aku nak hambat. mungkin sebab cuma kau sorang je kot...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:36 PM

mwahahaha...mungkin lah kot...aku terpaksa ikut rentak tuan tanah kedawung...kalu tak..kena halau...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:49 PM

aku takkan menghalau sesuka hati...

NenekPenne Says:
August 21, 2011 at 3:18 AM

@LW
tak ada geng eh? tu pasal masuk baris.... ha ha ha...

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 6:50 AM

NP: ye la...orang kuat tak ada, u lambat check in..terpaksa akur kata-kata pengawas..hahaha.

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 10:01 AM

...selamat aku.

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 12:53 PM

kali ini ko selamat..lain kali belum tentu ko lebih selamat dari kali ini..

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 6:09 PM

hahahaa.... ADELE!

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 3:02 AM

adele le sangat..tak de nya dia akan selamatkan ko..(eh aku rasa macam dah pernah buat posting ini...)

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 8:24 AM

de javu si adele.