fuck the system!

| Friday, August 19, 2011 | |
malam semalam. old town bandar kinrara 5 sebelah giant. mangkuk hayun punya hamdi, ajak aku minum kat sini. mesti nak cilok wifi free kat situ. dah la sebelum ni ada isu banyak kopitiam tak apply sijil halal, ini semua syubhat ni beb, goyang aku...

gila, malam-malam macam ni aku nak keluar naik moto. dah la petang tadi hujan, tak berapa nak mari naik moto sejuk-sejuk ni. sorang-sorang pulak tu. bukannya aku tak biasa keluar malam, tapi sejak umur dah masuk golongan dewasa ni, aktiviti malam aku cuma tertumpu dalam rumah je. astro, internet, kerja, ps2, dvd... memang benda-benda yang boleh buat aku relax sampai pagi.

nak bawak keluar kereta buatan malaysia kesayangan aku tu, malas la pulak aku nak tolak pagar tengah-tengah malam karang. nanti askar pencen depan rumah tu ingat aku baru balik dangdut pulak! tak pasal-pasal pulak aku dah sebabkan jiran-jiran aku saling memfitnah.

lebih kurang pukul 10:15 aku sampai. pusing barang seround dua, lepas tu aku berhenti kat penjuru bangunan lot kedai pejabat paling hujung tu, ngam-ngam kat bawah pokok setinggi lebih kurang dua kali aku. dah tongkat moto elok-elok, ikat helmet rempit si sepol ni punya kat seat, aku jalan dengan kaedah paling steady masuk premis yang rata-rata kaki minum kat situ tengah sembang sambil ngadap laptop masing-masing.

...

sembang punya sembang dengan mamat bandar tenggara ni, baru aku sedar bukan aku je yang tak banyak berubah sejak kami tinggalkan sekolah teknik dulu. banyak cerita yang keluar. dari beli rumah semi-d kat bangi dengan harga tak masuk akal, developer kuat kencing, awek hot kat kelas dulu kawin dengan mamat paling barai perangai, sampai la ke cerita dia kerja kilang drypers dulu. almaklum, banyak benda nak kongsi since kami dulu pernah stay dalam dorm yang sama, tapi dia masuk lambat sebab dorm mate aku ramai yang kena buang sekolah kes kantoi ganja dengan pukul budak junior sampai patah rusuk.

kali terakhir aku jumpa dia masa aku kerja drafting kat tampoi dalam 8 ke 9 tahun dulu. itu pun kebetulan je, bulan puasa jugak la. paling bebal aku punya perangai, pergi kenduri kawin dia tahun lepas tapi tak jumpa pengantin, takat salam dan sembang ala carte je dengan mak bapak dia. tak sangka pulak kali ni jumpa pun bulan puasa jugak, berkat ramadhan kot... tapi walau pun bertahun-tahun tak jumpa, kami tetap stick tak lost contact.

...

last sekali, sampai ke topik utama yang mempertemukan kami malam tu selepas sekian lama dan jugak selepas abis asap rokok dari 5 batang winston light aku buat ulam.

dia tanya aku: botak, apsal selama ni ko  tak pernah ambik insuran?

dengan selamba aku jawab: sebab selama ni kawan-kawan aku takde yang jadi agen. kawan atas kawan tu ramai la.

hamdi: ok la tu, ambik je dengan siapa-siapa pun, asalkan ada coverage.

aku: aku tau, tapi aku memilih untuk mempertaruhkan kepercayaan kepada kawan aku sendiri atau manusia yang aku kenal berbanding meletakkan kebergantungan hidup aku sepenuhnya terhadap sistem!

hamdi: ...macamana kopi tu, ok? mintak rokok sebatang...

53 comments:

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 12:52 AM

SM: saja aku nak tanya...apa sebenarnya ko nak kata ni weii...

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 12:55 AM

aku lebih suka melalut dulu, baru masuk baris... sepatutnya aku letak tajuk dengan entri kosong je dah cukup...

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 1:05 AM

LW: insya-Allah, sebab aku selalu ada perancangan last minute...

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 1:23 AM

LW: insya-Allah, table tepi jalan bawah pokok, dengan cendol dan rojak.

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 1:29 AM

tepi jalan bawah pokok atau isle area + aircon surrounding pun boleh..

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 1:34 AM

lagi best orang belanja...
masuk baris balik...
apa yang aku nak kata pasal entri ni, aku adalah seorang yang masih tak percayakan kepada sistem 100% walau pun sistem tu sendiri dah diperbaiki berkali-kali atau ditampung pula dengan dokongan dari pelbagai sudut...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 1:45 AM

back to the topic..memanglah sebab yg buat sistem tu pun manusia..human..walau apa jua keadaan pun, manusia mengatasi sistem@mesin yang dihasilkan..cth kes pemain catur dunia, gary kasparov (aku lupa namanya..correct me if im wrong) lawan dengan computer...of coz dia yg menang sebab computer was build by human...apa-apa hal pun manusia juga yg boleh diterima pakai..

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 1:59 AM

cuma akan mewujudkan rasa kelakar dalam hati aku bile tengok manusia yang bergantung sepenuhnya pada sistem yang mereka buat sendiri. contoh macam kepincangan kes-kes perundangan kat malaysia yang secara terang-terang tak memihak kepada mangsa. human error, system failure atau technical problem? amat bodoh bila menjadikan sistem yang sedia pincang sebagai rujukan...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 2:06 AM

kes perundangan secara amnya banyak yang pincang..cuma aku tak tau detail...furthermore aku lebih pada syar'ie specially when we talk pasal women rights...yes i know! sorrylah...coz im a women, makanya aku banyak mendalami kes membabitkan hal wanita..

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 2:11 AM

hmm, undang-undang syariah kat malaysia ni pun kita boleh pertikaikan. aku tak reti nak ulas lebih mendalam, cuma aku tak nampak beza antara undang-undang sivil dengan syariah sebab kita menggunakan prosedur dan method yang hampir sama dalam penggubalan undang-undang tu sendiri. kita ketepikan soal hudud sebab syariah yang ini jauh lagi nak mencapai objektif dalam erti kata sebenar.

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 2:21 AM

ada beza syariah and sivil...aku x intact sangat dengan sivil..tapi kalau syariah, insyaAllah...
Syariah memang betul dan aku boleh kata ok sebab banyak merujuk kepada hukum Allah...cuma tinggal lagi pelaku2nya boleh jalankan dengan adil dan saksama atau tidak..

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 2:26 AM

hmm... cuma aku tak rasa merujuk 100%, aku rasa lebih kepada adaptasi daripada sistem sivil...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 2:31 AM

cud be..tapi certain case memang dirujuk kepada perundangan ISlam...specially kes nikah kahwin, cerai, tuntutan hadhanah, nafkah edah, harta sepencarian etc..

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 2:34 AM

itulah maksud aku, syariah di malaysia hanya tertumpu pada sudut munakahat sahaja. macamana dengan kes-kes al-jinayah, muamalat atau membabitkan akidah? masih menjadi tanda-tanya pada aku.

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 2:36 AM

hmm..betul gak..aku x mendalami pulak kes sebegitu..sorry beb, belum khatam...hihi

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 2:42 AM

ini cuma pandangan aku je, sebab ini pun bukan bid aku. cuma teringat masa sekolah agama dulu. cikgu beria-ia ajar pasal itu semua. tapi bila kita dah keluar dari kepompong pagar sekolah tengok dunia, sama sekali apa yang ada dalam kelas tu tak dipraktikkan... ada halangan?

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 5:29 AM

kan..ingatkan betul lah apa yang cikgu kata, tapi sebaliknya...

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 7:57 AM

banyak antara kita salah anggap mahkamah syariah, mereka cuma ingat syariah hanya mengendalikan kes-kes nikah kahwin sahaja. tapi sebenarnya perundangan islam meliputi aspek yang lebih luas lagi. kalau pun ada perbicaraan kes selain daripada permasalahan munakahat, hukuman yang aku nampak tak sama dengan yang aku belajar masa sekolah dulu. patutkah kesalahan pelaku itu boleh diampunkan oleh pemerintah? aku tak pernah jumpa dalam kitab dulu terdapat hukuman kerja-kerja kemanyarakatan seperti mencuci tandas, kerana hukuman ini dianggap lebih berperikemanusiaan.

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 9:12 AM

aku rasa agak susah untuk menyaring mana yang digubal oleh manusia dan mana yang diambil dari perundangan Islam..i mean its easy for someone yang memang pakar dalam bidang perundangan Islam, but then kita, specially aku yg hanya menjurus kepada bab nikah kahwin ini, takut pula aku tersalah tafsir...bagaimanapun segala bagai yang aku tulis di sini adalah berdasarkan pengetahuan dan pandangan peribadi..mungkin aku buleh tanya jiran sepelaung aku yg juga lawyer syariah..ini topik menarik sebenarnya tapi aku jamin x akan ada rancangan macam ni di tv..

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 9:36 AM

we're blogging in our own way... ilmu yang aku ada cuma tahap budak sekolah yang tak lebih tebal daripada kertas A4, jadi aku cuma melihat sesuatu isu itu berdasarkan apa yang aku tahu, tidak secara lebih mendalam, tapi kita juga berhak tau dan perlu mengambil tau, lebih-lebih lagi syariah dan aqidah adalah dua elemen penting dalam islam. dan lagi aku tak nampak pelaksanaan syariah islam di malaysia adalah sesuatu yang menyeluruh kerana sentiasa dibayangi sesuatu yang ghaib. dan satu lagi, kita perlu tahu yang mana kita mesti utamakan, menegakkan undang-undang syariah atau sivil sebab kita sendiri dah mengiktiraf negara kita adalah negara islam.

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 9:54 AM

Yes, we are..aku pun bukan major segala bidang tp ini Adalah platform terbaik untuk kita salurkan pandangan kita...biarlah kalau ada org nak cebik ke apa..I dun mind tp kita tahu kita menjana pandangan peribadi ke arah yg membina walopon tiada yg mendengar...berat tu kan tanggungjawab dipikul sbg negara Islam...

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 10:03 AM

berat lagi tanggungjawab pemerintah. mungkin akan ada yang mengatakan ini adalah isu lapuk. tapi pada aku, isu ini takkan pernah jadi lapuk dan akan sentiasa dibangkitkan sebab ini membabitkan masa depan anak-anak kita dan kita mesti terus pelihara dan mencari kaedah terbaik terutamanya sistem perundangan, sebab kita sendiri tau betapa pentingnya undang-undang dalam negara. (ish, aku tetap tak puas hati dengan sistem!)

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 10:07 AM

Aku pun x puas hati juga ko..tp kita ini org kerdil saja...jadi kita buat setakat yg kita mampu..we cannot pls others even all...so kita mulat dengan unit terkecil, awek, rakan, opismet...boleh?

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 10:13 AM

memang, macam yang aku biasa buat. dengan officemate kat cubicle sebelah. walau pun suara kita tak didengari, tapi sekurang-kurangnya kita dah bersuara menyatakan pendapat dalam unit terkecil. dan sekarang aku jumpa medium yang lebih baik (pakej dengan buddy!)

Mommy Fara Says:
August 19, 2011 at 10:15 AM

to video pe? tak nmpk. youtube kena block.

tak paham.

tp, insurans tu mmg penting....

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 10:17 AM

MF: owh, itu video lagu je. insurans tu sampingan. topik sekarang kecacatan dalam sistem (fokus perundangan syariah) yang dapat dilihat oleh kita sebagai rakyat.

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 10:26 AM

SM..nanti buka pose leh cakap banyak lagi..aku Ada platform Lebih besar Dan Luas medium nya..maybe ko bleh Bagi pandangan sama..tunggu!
(forgive me for so many typo error..aku guna new devices, x selesa gila nak menaip...sigh!)

NenekPenne Says:
August 19, 2011 at 10:00 PM

aku pissed off sebab setiap kali aku nak komen kat blog LW, dia suruh sign in, berapa kali nak sign in nih wey...

fuck the system...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 10:25 PM

really? owh sorry to hear that..something wrong dgn blog i kot..

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 10:26 PM

LW: yang lebih luas dan besar? sound good to me... tunggu je la, ko pasti akan rasa boring dalam tempoh tak sampai 10 minit sebab aku ni jenis tak pandai bercakap. aku lebih banyak menaip...
NP: perkara yang samjadi pada aku sebelum ni bila nak komen kat blog LW, tapi sekarang dah ok. tak tau kenapa. mungkin sebab sekarang aku buka email dan blogger serentak, dan open specific entry je pada satu masa, tanpa open keseluruhan blog. ntah, try an error.

NenekPenne Says:
August 19, 2011 at 10:28 PM

yes it is.. pastu dia cakap i tak ada permission to view ur blog... eh apa ni?

i nak komen kat blog u, tak nak laa komen kat blog SM ni sebab tengoklah komen kat blog dia dah cecah sampai 43 komen walhal kita bertiga je yang sibuk mengomen...ha ha ha...

SM kau ingat kau famous ker? muahahahaha...

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 11:14 PM

aku tak femes sebab selalu masuk baris dengan terkawal...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 11:26 PM

a ah SM ko ingat ko femes eh...tak kuasa tau...hahaha

NP: i x tau apa jadi dgn blog poyo i tu..SM kata ok jer..u sabar ek, try and error..chewahhh giteww lah...

NenekPenne Says:
August 19, 2011 at 11:32 PM

alamakkkk hujan dah turun dgn lebat..jap lagi astro terus tak dak....

@LW:
kadang2 sm terkeluar baris jgak kan .

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 11:35 PM

NP: sini pun hujan lebat oo. i dah beberapa kali tegezut sebab petir...ngeri sehhh...
SM memang terpaksa akur dengan kita yg akan sentiasa keluar baris..tapi dia kontrol macho..kekwat kan...hahaha

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 11:36 PM

ingat, walau macamana suck sekali pun sistem tu, kita buat dia, bukan dia buat kita... (kata lecturer aku dulu)

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 11:45 PM

i second on u...cuma aku blur amat bab IT ni..huhu

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 11:54 PM

kena pandai-pandai sendiri beb... yang penting pc aku tak kondem. selalu beringat sebelum tekan enter bila dah setting benda-benda pelik

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 12:04 AM

maybe pc NP yg tersilap setting..aku bleh je masuk blog dia dan ko punya...tak pe la..esok dia bleh try lagi..aku rasa dia dah di alam mimpi pon tu...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 12:07 AM

tak pun dia yang silap setting diri sendiri, tu yang asyik keluar baris je. hahahaa.... (termengumpat)

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 12:17 AM

aku tatau ek...ko yg mengumpat dia..hik!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 12:26 AM

orang lain semua ok je, tiba-tiba je dia sorang yang asyik kena sign in...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 12:59 AM

hahaha...dia kememeh kot..tskk! termengumpat..hahah

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 1:04 AM

masuk baris balik... aku tanya pendirian politik ko boleh? which side are you at?

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 1:20 AM

sorry..no idea...im not a good citizen..sejak aku hidup..baru sekali aku mengundi..walopon aku dah sepatutnya berkali2 pergi pangkah undi...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 1:28 AM

ceh... cuma aku tak setuju dengan pendapat orang yang mengatakan politik itu kotor, dan patut dielakkan. motherfucking bullshit! politik ni pada aku meliputi semua perkara dalam kehidupan kita seharian. pemilihan ketua darjah pun kita perlu mengundi, bukankah itu politik? yang secara tak langsung didedahkan seawal kita darjah 1 lagi? jadi kenapa kita harus mengelak dan enggan ambil tahu? politik tak kotor, tapi orang yang bermain dalam padang politik tu yang selalu main kotor.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 1:33 AM

memang politik x kotor tapi pemain poltik itu yg bertopengkan kebaikan...tu yg buat aku boring...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 1:37 AM

tak boleh jugak macam tu. semua orang boring sebenarnya. pendirian enggan ambil tahu seolah-olah seorang jiran yang terdengar rumah sebelahnya dirompak tapi enggan laporkan pada polis, sebaliknya menyambung tidur kerana rasa selesa dan tak takut sebab rumahnya dah cukup selamat dilengkapi sistem penggera. "asalkan jangan masuk rumah aku sudah..." dalam ketidakseimbangan situasi dan kekotoran politik sekarang, kita tak sedar ramai yangi mangsa.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 5:42 AM

aku dah lama cuba mencari aplikasi penyelesaian untuk buat aku menyukai atau sekurang-kurangnya memesrai politik, mengambil endah mengenai politik..tetapi aku tak bertemu button perangsang untuk aku menjengah lebih lama sedikit ke dunia politik...ntah nape..mungkin zon selesa aku membuatkan aku begitu...aku harap selepas ini politik ini seperti marka ko yg comel itu...mempunyai magnet untuk menarik pancaindera aku...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 9:26 AM

seperti aku umpamakan sebelum ni, kita ini mementingkan diri sendiri kalau kita enggan mengambil tau sebab dunia kita dah cukup selesa, tapi bagaimana dengan orang lain yang teruk terjejas hidup mereka? kita nak biar rumah mereka terus dirompak? aku tak mengajak kita turut sama menangkap perompak tu, cuma aku rasa elok kita sama-sama memerhatikan rumah-rumah jiran kita juga. cuma memerhati sudah memadai untuk tidak menjadikan kita orang yang pentingkan diri.
(aku tersengih ketika komen ini ditulis)

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 9:39 AM

aku cuba..dan aku tahu..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 7:22 PM

hehehee... (terus tersengih)

NenekPenne Says:
August 22, 2011 at 10:57 AM

wah wah wah...mengumpat yerrrr.....
i keluar baris pun u all layan jugak...ha ha ha...