dia di bawah teduhan...

| Friday, August 12, 2011 | |
dalam sebulan, ada empat hari.
dalam seminggu, ada satu hari.
dan dalam satu hari tu, ada dua kali...

hati aku sakit, pedih.
terkadang menyirap darah naik menyesakkan dada.
sekelip mata kemudian, aku rasa sebak hingga terkedu menatap satu pemandangan yang buat aku terkilan sedetik kemudiannya...

jumaat, penghulu hari yang buatkan aku memaksa diri melihat perkara yang aku benci.

ya, budak kecil tu ada di sana.
setiap langkah aku masuk melewati pintu pagar masjid, mata aku akan terikat pada si kecil ni.

wajah redup si kecil, kemas bertudung.
terhias kulit gebu, tapi tidak selembut dan secerah anak kecil lain sehingga menyembunyikan raut comelnya.
maaf dik.

hampir dua tahun aku terseksa melihat si kecil ini duduk di pintu pagar, berlindung di bawah teduhan pokok rimbun sambil tangan kemas menggenggam bekas berisi syiling dan beberapa ringgit hasil simpati jemaah.
selepas ini, aku tak akan lalu di sisi si kecil ni lagi.
tapi hati aku tetap bernanah...
sampai bila-bila...

***tiada gambar untuk entri ini, imej si kecil ini dah sedia ada dalam kotak bayangan aku sampai mati***

23 comments:

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 3:26 PM

...now i see a true colour of you...

:aku elak tengok..sebab sentiasa rasa nak ambil bawa balik ke rumah boneka hidup tu...minta dengan JKM x dapat2..sigh!

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 3:33 PM

boneka, kenapa cakap macam tu? she's not a doll or a cute little puppy, and not just need a hug or love. even more, she's a little human being that shouldn't be there... kalau aku, dapat ke elak tengok? cukup ke setakat hulur seringgit setiap minggu (aku tak nak ambil tau ke mana duit tu pergi atau bagaimana dia boleh ke situ)?

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ Says:
August 12, 2011 at 3:37 PM

kesian tgk budak2 yg dipergunakan utk mintak sedekah..lbh2 lg kl hr jumaat..kt masjid dpn subang parade tu lg la..punye ramai..aku pun xtaw dtg dr mana..bukan benci kt budak tu..benci sbb tpksa tgk keadaan yg mcm tu

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 3:45 PM

KAMEN: apa pilihan yang kita ada?
-hulur duit sebab simpati?
-buat tak endah sebab enggan menggalakkan lagi?

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 4:00 PM

maksud aku..boneka hidup, refer to the kids that was manipulated by them..she's not a barbie neither a doll..she's a kid who was born with her rights to be in a better place, dapat belajar, dapat main, dapat perlindungan but then nothing for her..tu yg x sampai hati nak tengok...aku x bagi duit, tapi beli makanan dan bagi terus sebab dah tentu mereka makan rather than gave them a money..ntah tangan mana pula yg akan kutip duit tu..aku pernah try nak ajak balik, cepat je dia lari...itu yang kita tengok, yg kita tak nampak, lagi banyak...and tell u what..malaysia is among the top transit for the human traficking..aku x dak statictic tepat but this is true...kalau tanya JKM, depa x mau bagi komen..katanya isu sensitip!

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 4:08 PM

ha, maksud boneka itu yang aku harapkan. mungkin sebab sikap pemurah rakyat malaysia ni mudah dimanipulasikan untuk mendapatkan pasaran bagi `human trafficking' ni.

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 4:23 PM

ko kalau tau apa penghujung nasib mereka..sedih! tu la aku kata, kalau boneka betul..nak lambung atau hempas sesuka hati pun tak dak hal punya but then refer to n3 ko ni, mereka dijadikan boneka hidup untuk minta sedekah, mereka dinafikan hak untuk hidup sebagai kanak-kanak dan suara mereka di-mute-kan...walhal Unesco, even kita sendiri pun tahu, lahir saja kanak-kanak itu, mereka terus ada 'hak' untuk hidup dalam suasana aman, membesar dan menikmati zaman kanak seperti biasa tapi manusia x ada hati perut sanggup mengambil keuntungan atas kelemahan kanak-kanak ini..(am i still in discussion..ke dah kuar topic? correct me pls..)

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 4:34 PM

(yup, still tak tergelincir landasan)...pedulikan Unesco, JKM atau apa2 badan pun. mereka juga punya banyak skandal yang perlu diuruskan daripada memasang mata memerhati kebajikan setiap anak2 yang lahir. kita sebagai rakyat biasa, golongan marhaen (marhaen?), selain mencari ruang membicarakan perihal anak2 keci dan tangan2 yang membawa mereka ke `situ', apa lagi yang kita boleh buat? setiap minggu, rasa sebak aku pasti bertambah. aku tak mintak ada 100 pasang tangan supaya dapat pimpin semua anak-anak yang aku jumpa. sekurang-kurangnya dalam beberapa tahun lagi aku dapat nampak sedikit perubahan dalam fenomena ini. aku maksudkan perubahan kepada yang lebih baik.

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 4:40 PM

May Allah bless you..niat yang baik pasti akan sentiasa ada jalan...x boleh buat yang besar, start dengan yang kecil2 dulu...yang penting, Allah tahu niat kita semua..

Mommy Fara Says:
August 12, 2011 at 4:42 PM

Klu aku, aku tgu, ikut jejak langkah budak tu dan tgk sape mastermind dia...

Aku tak jumpe lagi bdk kecik yg jadik pengemis secara paksa mcm nie. Klu ada, dah lama bt mcm tu. Tak bt pun, sure soalan bertubi-tubi keluar. Tp sure tak akan fhm bhs melayu. Selalu mereka bkn dtgnye dr sini.....

Paling mulia, ambil budak tu jadikan anak angkat. Maka, kita boleh tau penghujung nsb dia...

Kan?

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 4:43 PM

cukup ke kalau cuma mengharap macam aku ni? kalau semua kita cuma mengharap tanpa buat apa2, harapan cuma harapan. aku nak tau solusi apa yang sepatutnya selain daripada menanam harapan kosong...

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 4:50 PM

ko join NGO tak pun ko setup NGO..

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 5:02 PM

insya-Allah, ko jadi orang kuat aku. aku ada sorang kawan yang join kelab kebajikan tapi yang tak ternama, hampir tiap minggu ada aktiviti. ahli-ahlinya dari presiden sampai la ke ahli biasa pulak cuma orang biasa-biasa je. tak perlu aktiviti yang bergegar-gegar, tak perlu buang duit jemput orang ber`title' dan langsung takde dana berjuta-juta. mereka akan kutip duit sesama sendiri tiap kali nak buat program. takde duit, tenaga pun mereka tetap terima dan hargai. serious shit, aku berminat!

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 7:51 PM

hokeh...let me know..ni pun kira apart of dreaming aku..we can start a 1st step..cepat gerak!

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 8:15 PM

1st step, we already reached.

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 8:19 PM

what next..update ya..tq!

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 11:18 PM

...next, belum terlintas dalam fikiran!

Lady Windsor Says:
August 13, 2011 at 1:00 AM

take ur times...

NenekPenne Says:
August 13, 2011 at 1:43 AM

tu kat masjid
bleum lagi yang kat station petronas tu...
jual minyak balm dan kalendar
tak bagi kata tak nak menolong
dah bagi kan kata menggalakkan pulak
serba salah
this is not rite laa guna budak2 for meminta sedekah
same goes to orang buta jual tisu... yang tolong pegang depa, orang celik yang sihat tubuh badan
entahlah....

Lady Windsor Says:
August 13, 2011 at 1:55 AM

lagi confusekan..terutama org buta jual tisu, org celik tolong pimpin...

SynicalMind Says:
August 13, 2011 at 2:00 AM

makin lama aku tengok dah semacam industri.

Lady Windsor Says:
August 13, 2011 at 2:22 AM

memang ya..selagi ada pemberi, akan ada peminta. sometimes aku beri juga RM1 sebab nak guna tisu..

SynicalMind Says:
August 13, 2011 at 2:22 PM

ada demand, ada market. cuma tak boleh salahkan pemberi 100% sebab mereka punyai alasan tersendiri kenapa mereka tu memberi.