...dari luar sini

| Tuesday, August 23, 2011 | |
Maaf dark vamp, helaan asap tar dan nikotin dari sebatang winston dan tegukan secawan coke sejuk buat aku tenang di bawah porch sambil mendengar rengekan bertingkah si cengkerik dari celah batu sana...

73 comments:

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 2:13 AM

layannn...kadang kala menghitung rengekan bertingkah cengkerik di celah batu itu lebih bermakna daripada membilang sunyi di bawah gelap bulan..

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 2:41 AM

aku suka suasana pemandangan dari bawah perteduhan sini. melihat pekatnya langit malam yang tak dapat pastikan kewujudan bintang, aku suka tengok juntaian buah dari pokok mata kucing jiran aku, pokok mangga askar pencen sana, deretan apartment di hujung sana...memang perfecu untuk aku yang enggan lelap. sigh...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 2:50 AM

dan kita di bawah lampu alam yang tergantung di langit zaman..aku di tepi tingkap sambil makan pretzel buatan sendiri dan segelas susu sejuk..di depan aku ada simpang untuk ke main road..sesekali ada kereta melintas...angin mati tidak berhembus...merajuk agaknya!

(ini entri keluar barisan aku kira...layan apa saja akibat mata degil kan...hahaha)

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 8:29 AM

sedut asap dari winston light kat luar rumah malam-malam ni, feel dia rasa lain macam...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 8:44 AM

lain macam le sangat..sekali lagi aku ingatkan..ko membakar wang ringgitmu sendiri sambil perlahan-lahan menjadikan badanmu seperti chamber gas dengan centrenya adalah paru-paru yang akan perlahan-lahan dipenuhi nikotin jahat...mahu jadi apa kemudian?

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 8:47 AM

hahaa...! inilah frankenstein dalam versi aku...

Mommy Fara Says:
August 23, 2011 at 8:50 AM

Hargai diri dgn tidak merokok dan minum Coke.

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 8:53 AM

MF: dalam proses mengurangkan, nampak seakan berjaya...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 8:55 AM

frankestein or u probably want to kill urself slowly dear!!

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 8:57 AM

hahahaa... relax la. ini pun dah kira berjaya dalam misi; dengan kaedah menukar jenama, dan pengurangan kuantiti harian...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 9:21 AM

hahaha aku guna kaedah force and urge...supaya cepat terkesan pada ko tu..terpulang la beb!

dulu masa dgn ex, aku nak dia stop smoking dalam rumah..bila dia on lighter je..aku pun buat kerja gila puff sama sampai habis satu batang walopon tekak aku perit gilos..dan kaedah itu berjaya..huh!(sorry kuar topik ke aku ni haa...)

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 9:29 AM

tak keluar lagi. tapi kuantiti yang aku dapat kurangkan tu, boleh dikira sebagai berjaya.

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 10:43 AM

eh air tebu mana??

aku lebih rela dengar deruman enjin kereta daripada dengar bunyi cengkerik...

ok tutup pintu dulu..takut

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 10:58 AM

NP: air tebu habis buat buka. air karbonat yang dah berumur 2 bulan ni memang buat stok time malam-malam macam ni. hah, antara cengkerik dengan enjin kereta, kau lebih suka bunyi mekanisma automatif buatan manusia?

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 11:04 AM

SM: NP tu dia autohightech..sebab tu suka bunyi enjin kenderaan kot..hik!hik!hik!

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 11:17 AM

hahahaaa... bunyi enjin pun boleh merangsang urat saraf dia kot...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 11:46 AM

SM: x tau..kita tunggu dia check in..hihi

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 12:11 PM

dia lambat sebab tengah menghayati deruman enjin trak pikap di luar tingkapnya.

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 12:11 PM

bunyik cengkerik tu terasa mcm dalam hutan..tak suka....

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 12:19 PM

NP: SM tu dok dalam hutan rimba batu..

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 12:43 PM

NP: bunyi yang natural, duduk depan rumah sambil pejam mata (dan ulam asap) memang terasa kehutannya. aku suka.
LW: iye, itu yang aku cari. jangan sampai aku bela cengkerik dalam botol! haaa.....

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 12:56 PM

SM: dulu aku bela cengkerik..untuk jadi makanan kelisa merah aku..bila balik kg cuti panjang...waaa kelisa yg aku bela bertahun mati akibat blackout...hwaa...sedih aku! la ni tengok kelisa jadi rindu nak bela ikan semula...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 1:15 PM

tips, jangan bela ikan mahal. kalau mati mesti kau akan ralat sangat macam pernah aku alami.

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 1:27 PM

ko bela ikan apa beb? la ni aku bela guppy and neon tetra fish..beranak pinak pulak tu..

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 1:43 PM

aku pernah bela flower horn. dah sampai saiz 4 jari, jambul dah start naik, sisik berkilau. tapi mati sebab ada sorang budak hyperaktif dah bilas dengan air paip!

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 1:52 PM

kah! kah! kah! siapakah budak itu..oii bilas dengan air paip sama macam ko rendam ikan tu dalam cuka beb..
flower horn tu unik tapi aku kesian spesies tu..spesies hybrid..nasab tidak ketentuan...kesian!

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 1:56 PM

ikan yang paling aku sayang. sebab dia ikan yang aktif lepas pukul 11 malam. suka makan lipas kat rumah aku. bela dua ekor. yang sekor bunuh diri kot tengok kawan dia mati. balik dari kampung dah terbaring depan tv. kalau nak tengok tv bagitau la, boleh aku pindahkan tank tu...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 2:39 PM

flower horn ko harakiri atas sebab setia kawan tu..sadis! bela ikan baru lah...ambik yg jenis ganas and 24 jam fuly awake...bocat @ pepuyu..boleh?

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 2:58 PM

sebelum tu pun pernah jugak, tiger fish. tapi hyper aktif sampai sanggup berbuat pembunuhan sesama spesis. last-last aku beli ikan murah yang pekerja kedai tu pun tak tau nama. nak bela spesis pemangsa yang lasak macam anak keli atau tilapia, takut tak sempat besar dah buat umpan mancing pulak.

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 3:13 PM

hah mancing??? weii port ko kat mana? kolam berbayar? sungai? deep sea? set mancing aku dah berkarat lor...nak kena polish balik...bila mau tarik ni ya...lama amat dah aku tinggalkan hobi ni..

...ntah nape imej ikan laga sesuai dengan ko..

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 3:28 PM

aku tak suka mancing tempat berbayar. tempat favourite aku kat jambatan pulau indah atau tasik area puchong. dah lama tak ngail, mesin aku pun dah jem kot lama tak servis.

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 3:29 PM

apa kaitan aku dengan ikan laga pulak? tak paham aku la...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 3:43 PM

hahaha..ikan laga dengan ko? saja ja...

okeh lepas ni mungkin ko boleh start mancing balik..cepat bersihkan fishing rod..

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 3:52 PM

eh bukan ker jambatan ke pulau indah tu tak dibenarkan untuk memancing??

oooo SM keluar baris yer???

ha ha ha...ikan nak tngok tv? haha a..lawak..

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 3:56 PM

atas jambatan memang tak boleh. tapi kat pillar bawah tu memang boleh, rm1 sekali lalu. woi, apsal aku keluar topik ni...?

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 4:01 PM

NP: hahahaha..yay! pengawas kuar topik!!
SM: apa salahnya sekali sekala join kami-kami ni kuar barisan..kan NP?

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 4:23 PM

aku dah start pening. kejap lagi keluar la cerita pasal beg LV dengan kebaya amoi dia tu...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 4:47 PM

eh itu sudah semestinya...aku pun suka topik tu..ala ko neh, esok2 ko ada bini..ko musti akan teringat kepada topik NP dan aku ni..tengok le besok..!

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 4:49 PM

aku dah ada bini la, adele!

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 5:08 PM

bwahahahaha...maaf buddy...hati aku tak dapat tahan untuk tidak mengeluarkan bunyi ini...kih!kih!kih!

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 6:36 PM

lantak korang la...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 7:47 PM

Word lantak itu mengingatkan aku kpd buruk lantak yg ko pernah tulis pd aku di awal posting dulu...mwahaha!

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 10:09 PM

huh sampai pillar bawah kau memancing?? mmmm memang tak sayang nyawa...

eh LV tu LW yang punya...
i punya topic Burberry dan kebaya amoi je...

esok dapt gaji boleh pegi subang parade...yipppeeeeeee

sepandai2 tupai melompat akhirnya keluar baris jugak kan LW....

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 11:01 PM

NP: hahaha itulah dianya SM, dia x akan boleh tahan dengan geng kuar baris..i tau dah tiba masanya dia kena akur dengan keberkesanan kuar baris...mari kita raikan SM kuar baris..hik!
LV tu adalah daydreaming i je..sampai bebila pun x akan dibeli..sebab siyes i x mampu mak datuk, sebab i lebih suka pakai beg kanvas atau haversack...boleh sumbat sumer...i x bleh pakai beg manja2 macam LV tu..x pandai nak sangkut kat bahu sehh...
so u nak p beli kebaya tu ke esok? jangan lupa tepek pic ya..

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 11:55 PM

NP: pillar bawah tu dari hujung sini sampai hujung sana boleh turun. memang ada ruang kita boleh jalan sepanjang beam tu. siap tangga turun untuk ke bawah tiap pillar. orang gayat tak digalakkan.
LW: aku ikut keluar baris sebab dulu kat asrama aku ni kaki panjat pagar.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 12:07 AM

SM: kan ke ko pailang...hahahah!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 12:21 AM

tu dulu; zaman red wing, seluar cerut, kepala botak (botak ni sampai sekarang), t-shirt jack daniel...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 12:34 AM

sekarang botak naik saham, jadi trend..hahaha...puas hati?

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 12:41 AM

puas hati, penampilan yang aku dah kekalkan sejak lebih 10 tahun dulu. selesa beb...! dari jauh pun orang kenal.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 12:48 AM

ok..aku nak tengok nanti..adakah dari jauh aku dan NP sudah boleh mengecam yang mana satu ko...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 12:53 AM

hahaaa... pastikan orang itu sentiasa menjinjing bungkusan air tebu di tangan kanannya, dan mulut humming lagu adele!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:00 AM

Noted! dan aku akan bawa pretzel...sebab orang itu pasti boleh mencium pretzel comel yg sama comel dengan adele...dang!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:02 AM

adooii... dan bungkusan air tebu tu hampir menyerupai kegebuan pipi adele. auwww...!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:33 AM

adele semua gebu..tapi aku paling suka tengok muka dia masa nyanyi set fire to the rain..comel sangat...kan?

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:36 AM

sebab tu awal2 lagi aku dah save video tu dalam handset cabuk aku ni...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:41 AM

cabuk apanya...ko guna bb kan? bak mai sini no pin...foc beb!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:49 AM

bukan bb la beb, sebab aku tak memerlukan jaringan sosial kat sekeliling aku 24/7! cukup gadjet untuk gps dan wifi je...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:59 AM

owh ok..

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 2:06 AM

yang penting aku boleh simpan adele dalam memory card handset aku!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 2:10 AM

habes tu x berat ke memory card handset ko tu?

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 2:23 AM

selain daripada gambar2 project, cuma ada video sarah, agnes, ratm dan adele (termasuk mp3). ok la tu untuk kapasiti handset cabuk.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 2:40 AM

aku spesies tak suka sumbat barang dalam satu gajet..phone is phone, mp3 untuk lagu..tape recorder is for recording, nikon is for snap..mungkin doktrin lama hasil suntikan 'dia' masih membebat jiwa aku...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 8:24 AM

pada aku, gadjet saiz genggaman tangan aku ni dah cukup. sebab aku cuma sumbat apa yang aku betul-betul fikir penting je.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 8:48 AM

i wish one day later ada satu alat yang boleh sumbat semua..situlah phone, situlah kamera, situlah fax machine, situlah printer, situlah mp3, situlah tape recorder, situlah radio, situlah tv...kalu ada, mudah keje aku!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 9:07 AM

di situlah juga adele sentiasa ada...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 9:15 AM

ya..termasuklah beatles and engelbert..

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 9:29 AM

yellow submarines, yesterday, hey jude...! video hey jude dalam youtube memang best.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 9:32 AM

ada satu lagu beatles yg aku suka tapi cam biasalah aku ni fail bab nak ingat judul lagu..antara lain pasal dia travel dari pelabuhan ke destinasi lain..lagu tu rentak fast..best gila!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 9:34 AM

aku lebih suka lagu yang slow, sebab kena dengan mood band yang legend ni. sangat nostalgik!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 10:02 AM

ko memang muka legend...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 10:11 AM

muka legend, hati adele...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 10:16 AM

laaa hari tu kata muka legend hati cute..dah bertukar plak jadi hati adele...dasar SM Adele!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 10:41 AM

hahahaa...!