certot cilok

| Thursday, August 04, 2011 | |
Sayang, I datang lagi.

Kau telefon aku. Kau beritahu yang kau ada masalah besar sekarang dan kau perlukan wang tunai RM30 ribu. Aku beritahu kau aku tak ada duit sebanyak itu. Nada suara kau berubah, daripada merayu kepada marah. Kau cakap aku tak boleh diharapkan. Kau cakap aku bukan kekasih setia. Kau cakap aku menipu kau.

Aku diam di hujung talian. Dalam hati aku menyesal mula timbul. Kenapa aku boleh meniduri perempuan macam kau dan selepas itu baru aku lafazkan cinta. Aku fikir di dalam hati lebih baik lepas aku meniduri kau, aku tembak telinga kau dengan pistol aku. Hmm maksud aku pistol terpakai aku, BARRETA 92 .22 cal.
Aku terfikir juga, aku boleh tembak kau sekarang. Aku lari masuk bilik. aku biarkan telefon seketika. Aku biarkan kau membebel seorang. Aku kembali dapatkan telefon. Aku tarik picu dan Bangggg!!!!
Peluru .22 cal terbenam dalam telefon dan aku tak lagi dengar suara kau. Esoknya aku bangun pagi macam biasa aku buka televisyen dan tonton berita pagi.

“Seorang wanita berusia dalam lingkungan 20an maut secara tragik, mengerikan dan misteri selepas telinganya pecah dan kepalanya bersepai terkena peluru yang dihantar secara sesat melalui talian telefon. Pihak polis kini masih lagi menyiasat punca kematian dan modus operandi pembunuhan melalui talian telefon”
Aku ambil alat kawalan jauh, tutup televisyen dan aku telefon kau untuk ajak sarapan bersama-sama. Tapi telefon kau tak berjawab dan aku cakap dalam hati tak apa, aku pergi mandi dulu dan aku cuba lagi 20 minit.

-oleh Muhammad Daniyal Abd Kadir



...hahahahaaa, sial la! aku suka tulisan dia ni sebab kadang-kadang aku terfikir perkara yang sama, kalau la aku dapat hantar sesuatu material berniat jahat (bukan unsur mistik) melalui medium teknologi semata-mata nak melepaskan nafsu amarah kepada seseorang, fucking great ass! padan muka siapa-siapa yang buat aku baran.

20 comments:

Mommy Fara Says:
August 4, 2011 at 12:33 PM

Peh! Panas baran ke? Sabar....

SynicalMind Says:
August 5, 2011 at 12:09 AM

mana ada, tapi panas baran tu kena bertempat la beb.
certot ni seolah metafora kepada suatu yang kita teringin nak buat tapi mustahil, macam:
1. aku tak payah bangun kerusi, biar cawan kopi tu datang dekat kat mulut aku.
2. celaka punya bos, berani maki aku depan orang lain. fuh, mintak-mintak la kepala ko terhantuk pintu jap lagi.
3. sialan! jem pulak! kan bagus kalau kereta aku boleh terbang.
4. makcik, hantar roti john dua, air tebu sebungkus kat rumah saya sekarang, malas la nak keluar, tengah syok baring-baring ni.

Lady Windsor Says:
August 6, 2011 at 1:35 AM

waa..hebat la kalau ada ilmu yg macam no 2 tu..!

SynicalMind Says:
August 6, 2011 at 2:03 AM

ini mesti pernah terkena dengan bos. sebab tu kita cuma boleh berharap je, harap2 dia terhantuk sampai benjol!

Lady Windsor Says:
August 7, 2011 at 6:09 PM

ya..terkena habess..almost resign daa masa tu..aku nampak dia macam lintah kerbau je..rasa nak tenyeh dengan api rokok!

SynicalMind Says:
August 7, 2011 at 7:08 PM

mujur masih ada hati nak tengok untuk dijadikan perbandingan dengan binatang hidup, nasib baik bukan binatang najis! hahahaaa... (ampunkan dosaku di bulan mulia ni)

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 11:00 PM

memula aku nampak dia macam gitu-gitu gak la..tapi akal waras aku kata tak baik nak rendahkan martabat dia sampai tahap spesies najis walopon dia da buat aku macam sial je..teringat spesies paling aku tak suka tengok+geli iaitu si lintah kerbau tu,penghisap darah orang kan...tu yg tetiba rasa nak tenyeh@tonyo sampai terkulat2 la.. (hmm sama la..semoga Allah ampunkan dosaku juga di bulan mulia ini..)

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 11:26 PM

...selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, sempat lagi taubat. hahaaa... rilek beb, jangan emosi. sendiri yang sakit hati kang.

Lady Windsor Says:
August 9, 2011 at 3:16 AM

...kalau periuk nasi sudah kena tabur tanah kubur, i guess lebih daripada emosi la kan..ke lagu mana nak kata?

SynicalMind Says:
August 9, 2011 at 6:00 AM

lepaskan dulu emosi, dah puas baru la boleh duduk elok2. teh tarik belakang kira.

Lady Windsor Says:
August 9, 2011 at 12:45 PM

emosi dah release..cuma tea tarik x sempat pekena lagi..hik!

SynicalMind Says:
August 9, 2011 at 1:05 PM

just a suggestion la beb! nak release cara mana pun takde hal, kalau nak tumbuk muka dia atau picit macam lintah pun takde hal, asalkan dalam imagination...

Lady Windsor Says:
August 9, 2011 at 1:18 PM

hahaha done! dah release pun beb tapi haku tau dia lagi sakit hati dengan haku sebab tak berjaya nak buat haku kuar dari kampeni tu...walhal bukan kampeni mak bapak dia!

SynicalMind Says:
August 9, 2011 at 6:49 PM

dari satu sisi yang lain pulak, dia dah berjaya keluarkan nafsu amarah kau. haaa...

Lady Windsor Says:
August 9, 2011 at 7:08 PM

btol3x...tapi dia lagi amarah daripada aku..aku dah bagi salam 3 x dah pon kat dia..haram satu pun dia tak jawab..rasanya tanggungjawab aku da lepas...dia tu dok dendam lagi dengan aku...satu sen pun aku tak berhutang dengan dia...tapi aku tau dia di ambang menopause...maka aku maafkan kesalahan dia..hik!

SynicalMind Says:
August 9, 2011 at 10:57 PM

(out of topic la beb)...ok, you scored 1-0. hahahaa...!

Lady Windsor Says:
August 10, 2011 at 12:54 AM

kah! kah! kah!...finally...:-)

SynicalMind Says:
August 10, 2011 at 12:56 AM

kesimpulan berpenyelesaian...

Muhammad Daniyal Abd Kadir Says:
October 29, 2013 at 11:21 AM

Terima kasih kerana membaca tulisan saya. :-)

smbotak Says:
October 29, 2013 at 12:23 PM

@Muhammad Daniyal Abd Kadir terima kasih singgah ke tempat yang dah tak hidup ni. barang baik, patut dikongsi...