buku teks atau buku seks?

| Wednesday, August 17, 2011 | |

"...kurang menarik minat pelajar, sekaligus menjadi faktor mereka tidak mampu menguasai bahasa itu meskipun selepas 11 tahun belajar di sekolah.

Kandungan bahan juga dikenalpasti tidak mempunyai kesinambungan antara satu topik dengan yang lain mengakibatkan pelajar tidak faham, hilang fokus dan jemu seterusnya tidak berminat untuk belajar BI." Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron.

-Berita Harian, 16 Ogos 2011.

***
Cis, patut la aku dulu belajar English sampai form 5 tak pandai-pandai. Sampaikan Teacher Helena kata aku ni bengap susu! Inilah dia punca aku dah masuk alam remaja tapi baca the Star pun merangkak-rangkak lagi...

Saya memang setuju sangat la dengan pendapat prof tu. Jom kita ngeteh malam ni sampai pukul 3 pagi. Mana tau kita boleh sama-sama buat `ribut otak', nanti kalau terkeluar idea bombastik, saya pun boleh dapat emeritus tu.

Malam ni aku nak try tulis silibus buku teks Bahasa Inggeris untuk budak darjah 6 (kalau tulis budak sekolah menengah punya, aku punya spelling dengan grammar pun lintang pukang), lepas tu hantar kat Kementerian Pendidikan. Free of charge je.

Aku taknak lagi anak-anak aku esok baca buku teks yang membosankan. Dah la tebal macam yellow pages, ilustration pulak Usop Sontorian pun berkali ganda cantik. Langsung tak membangkitkan keghairahan emosi budak yang menuju ke alam baligh! Balik-balik cerita pasal pergi percuti di rumah nenek, kawan baik saya, perkara yang tidak dapat saya lupakan... Apa kata kita masukkan:

Topic 4: How to steal your brother's bike.
Topic 6: Escape from police, a true life story of Ahmad Kamal Salehon.
Topic 9: Killing a criminal using your bare hand, a complete guide to protect your family.

Aku confirm lepas ni figure 80% budak-budak kita yang lepas sekolah tak boleh speaking tu mesti berubah...!

42 comments:

Lady Windsor Says:
August 17, 2011 at 5:09 AM

PART1)
hmm..current isue..aku ada banyak perkara nak tulis di sini tapi karang seekar tanah tak cukup..
tak pe..gini..aku cuba meletakkan diri di kalangan pembuat dasar...rasanya tidak mudah juga untuk menghasilkan buku bahasa inggeris untuk tujuan pembelajaran terutama bagi peringkat rendah dan menengah kerana mereka perlu disuap dengan perkara asas.

Bagaimanapun, kalau sudah namanya pembuat dasar, mereka mestilah mengambil kira banyak aspek..tanyalah mereka yang ada ilmu mengenai bidang ini. Kita bukan tidak ada cerdik pandai..apa yang aku kesan kini gaya pembuat dasar kita berhubung penggunaan bahasa inggeris dan buku pelajaran berbahasa inggeris adalah menjadikan pelajar sekolah sebagai tikus putih..try and error untuk suatu penyudah yang menyedihkan..

mpembuat dasar ini sepatutnya 'mengukur kayu berkali-kali dan potongnya hanya sekali tapi sebaliknya berlaku, ukur hanya sekali, potong berkali-kali...'jadi ko pun boleh buat kesimpulan apa jadi bila ukur sekali dan potongnya banyak kali kan.

Ini belum masuk bab bila bapak menteri bertukar, maka dasar pun bertukar..setakat ini aku belum jumpa kajian mengenai berapa peratuskan penggunaan buku pelajaran bahasa inggeris membantu pelajar mahir berbahasa inggeris ataupun praktikal memberi kelebihan ketara kepada peningkatan penggunaan bahasa inggeris di kalangan pelajar kita.

Lady Windsor Says:
August 17, 2011 at 5:23 AM

PART 2) aku nak kemukakan contoh kemahiran berbahasa inggeris banyak dipengaruhi persekitaran dan amali berbanding teori di buku.

Anak jiran aku, usia 4 tahun ++. sejak lahir mak dia letak depan tv, disney channel..budak ni aku namakan A, memang setiap hari menonton pelbagai jenis citer kartun disney dan yg sewaktu...dia tidak boleh bercakap sehinggalah berusia 3 tahun..kalau boleh bercakap pun, takat sebut benda basic seperti panggilan untuk mak bapak dia dan bibik.

masuk tiga tahun, dia bercakap dan perkataan awal yang disebutnya adalah perkataan bahasa inggeris yang disebut oleh watak mickey dan miniey..mak dia punya le terkejut + seronok sebab anak dah boleh bercakap. bapaknya pandai cakap cina sebab kerja dengan tokei cina.

jadi budak A ni bercakap bahasa inggeris di rumah dengan emaknya dan kadangkala bapaknya selit bahasa cina..dengan bibik of coz le bahasa indon...cehhh caca marba kan tapi satu kelebihan sebab sudah mempunyai asas pendidikan secara tidak langsung dalam bahasa inggeris.

aku taksub gila bila dengar dia speaking cukup dengan slang..sedangkan maknya pekat dialek terengganu dan bapaknya melekat dengan dialek kedah. selain itu maknya rajin beli buku peter and jane..walaupun aku tahu mereka keluarga sederhana dan berpendapatan agak rendah, namun kadar kesedaran mak bapak budak A tinggi.

dia sanggup memantau channel yang ditonton anaknya dan memastikan kartun yg dilihat tiada unsur keganasan. paling aku terkesan, dia berusaha membina persekitaran ke arah kemahiran berbahasa inggeris kepada anaknya.

aku tak lari topik kan?

to be continue...

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 8:37 AM

PART1)
para 1: ok, kita boleh berfikiran rasional dengan meletakkan diri kita di tempat mereka. cuma adakah mereka cuba meletakkan diri mereka di tempat pelajar ketika menggubal dasar?
para 2: aku setuju dengan terma `lab rat' tu. fenomena sama bukan sahaja atas isu bahasa inggeris sahaja.
para 3: uji kaji memerlukan pemerhatian yang akhirnya menghasilkan kesimpulan, tapi kita terpaksa melihat pemerhatian dan kesimpulan serentak. jadi spesimen `lab rat' kita ni akan memberikan mereka pemerhatian dan kesimpulan pada masa yang sama, supaya pada masa akan datang sebarang ralat semasa ujikaji sebelumnya dapat diperbaiki! kesian kat `tikus-tikus' yang terdahulu.
para 4: kepada ketua pembuat dasar tu aku tak tahu komen lebih, yang aku tau setiap ada orang baru yang memangku sesuatu jawatan tu mereka akan cuba menunjukkan visi yang berbeza berbanding penyandang sebelumnya dengan alasan untuk kebaikan walau pun terpaksa jeopardize si `lab rat'. dan aku terpaksa percaya kepada statistik mereka!

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 8:37 AM

PART2)
kesedaran macam ni yang susah kita nak tengok di kalangan ibu bapa kita, terutama yang berada di luar lingkungan kehidupan urban. bersambung (bagus, entri kali ni tak mengajak ko terkeluar landasan). oh adele..

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 9:05 AM

related article: http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=362
...tolong bagi pendapat.

Lady Windsor Says:
August 17, 2011 at 9:39 AM

Jap aku baca...cehh Internet opis aku jem la pulak..ni Aku Pakai another devices..jap ya..Adele!! Help..

NenekPenne Says:
August 17, 2011 at 10:54 AM

my anak sedara i sekolah rendah dan menengah belajar bahasa inggeris melalui astro... siap slang lagi... kalah i tau... dengan i pun cakap omputeh...

tambah lagi satu topic:

how to become a bitch when u grow up...

siap illustrasi lagi....

ok tak tajuk tu....muahahahaha...

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 11:25 AM

LW: please la don't mention my adele name if you are not connected. cepat eikit, aku tunggu ulasan selanjutnya yang tak menyimpang topik.

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 11:26 AM

NP: seburuk-buruk astro ni, at least boleh jugak gantikan cikgu kat rumah. tajuk yang `kewl', sesuai untuk silibus spm.

Lady Windsor Says:
August 17, 2011 at 12:31 PM

well..chewahhh..aku da baca website sinar tu..statement brader tu memang boleh dipakai guna. jangan nak lambak budak2 dengan bahan bacaan atau sogok kanak-kanak dengan subjek inggeris kalau cikgu sendiri pun x mahir. aku x salahkan cikgu..mereka pun x cukup masa nak dilatih...belajar bahasa inggeris is on going process bagi kita yang berlidah Melayu, yg x pernah study oversea...kalau dok UK etc dua tiga tahun lain citer...jadi kerajaan kena train guru dulu bagi mantap, baru boleh produce yg lebih 2 3 x mantap...

berbalik kepada astro play house disney..memang betul, tapi ibu bapa kena lock dialog bahasa melayu, biar anak dengar yg BI saja...bukan kita berkiblat ke barat akan tetapinya, if you know how to speak in BI, u conquer the world..u able to go beyond..segala bagai pendapat lagi la kan which is true sangat. banyak siri kartun bersifat mendidik di astro..yg boleh dijadikan bahan pengajaran.

aku pernah baca artikel mengenai learning language, katanya (maaf dah lupa siapa punya quotation) ibu bapa tidak perlu risau untuk mendedahkan anak dengan perkataan bahasa inggeris berbanding bahasa ibunda kerana bahasa ibunda sudah lahir sebagai jati diri..yg perlu dilakukan adalah perdengarkan mereka dengan bahasa dunia specially BI..usah takut kalau anak asyik le sebut cat, dog ke apa sebab lagi dua tiga hari dia akan tahu dengan sendiri sebut kucing dan anjing sebab bahasa ibunda memang menjadi latar kehidupan berbanding BI yang perlu dipelajari.

Ingat tak ada satu citer kat Asto dulu pasal mamat europe ni datang ke sarawak dan tidur dengan satu perempuan tempatan semata-mata nak belajar bahasa Melayu. katanya jika ingin cepat pandai bahasa tempatan, tidur dengan kamus bergerak which is refer kepada perempuan yang ditiduri itu. persetankan kisah dia tidur itu tapi ada benar juga apabila kita bergelandangan dengan masyarakat setempat, kita secara tidak langsung melatih lidah menyebut perkataan tempatan dan this is the best way to learn other language...

daripada observation aku, tak payah ambil lama untuk belajar bahasa, tiga bulan cukup la kita duduk dengan masyarakat setempat, dan2 tu akan pandai..my wish, kalu ada kepala agung lebih, aku nak backpack ke Perancisss atau Mesir selama tiga bulan sebab minat bahasanya yang romantis...bisou! (kekwat kan mimpi di siang hari aku ini..heheh)

NP: anak jiran I yang i cakap dalam posting atas tu..memang hari2 hadap astro..bila i balik keje je..hi auntie..bla! bla! bla! semua dalam BI dan siap slang..dia ada adik pompuan umur 2 tahun, berangan nak jadi angelina balerina sebab setiap hari dok tengok kartun tikus menari ballet..at least kecik2 dah ada vision dan dia pun macam abang dia juga...cakap BI walaupun pelat. kadang2 i heran tengok mak bapak muka melayu totok dan cakap pun melayu totok tapi anak dua kerat tu speaking london..maknya ada bitau i nak anta anak dia intenational school dan akan sanggup kumpul duit..alahai nak menitik air mata i dengar kesungguhan maknya..kan ke bagus kalau ramai mak kat mesia ni sekurang2nya nak tengok anak maju kan...

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 12:43 PM

PARA 1
...tambahan pulak, profesion perguruan ni bukan pilihan bagi sesetengah penyandangnya sekarang. kalau hati dah takde nak anak-anak kita macamana keikhlasan tu boleh datang? aku dulu pun dapat offer masuk maktab, tapi tolak sebab aku taknak bertumbuk dengan anak murid dan tak gemar berdiri dalam perhimpunan. dah tu, pantang nampak pagar, rasa nak panjat je!

PARA 2
ye, aku setuju. kuasa mengawal secara mutlak saluran tontonan anak-anak ada di tangan kita sendiri (kalau kat rumah sendiri la), jadi kena pandai-pandai pilih saluran. aku tak berapa gemar satro ceria sebab macam nak ajar budak-budak benda mengarut; tom tom bak, hikayat shazlan etc...

PARA 3
bahasa tidak menunjukkan identiti bangsa secara total. jangan takut anak-anak fasih cakap english, mereka tetap melayu, tapi kena la ajar cara tumis sambal jugak!

PARA 4
bruno manser?

PARA 5
aku tak tau pulak egypt tu ada unsur-unsur romantis...

PARA 6
NP sila sambung.

Lady Windsor Says:
August 17, 2011 at 1:01 PM

noted! aku tau dah ko suka makan sambal tumis..

SM: sorry...yang romantis tu bahasa perancis..nak p belajar kat alliance france pun mahal gila fee nya..what im doing now is beli kamus bahasa perancis dan kalau terkebetulan jumpa client yg cakap perancis...aku tangkap buat kawan.

bahasa arab aku nak belajar sebab bahasa al-quran...dulu aku sempat belajar tiga tahun saja..boleh la bercakap tapi bahasa ni macam makan nasi..nak kena hari2 bercakap..kalu tinggal sebulan pun akan lupa sepatah dua..kalau dok dalam kelompok arab, kejap jer pandai...

so...walopon astro punya service kadang kala lembap gak macam TM unifi, aku admit that ada banyak channel kanak2 yg bagus di situ..anak jiran aku suka tengok pororo, highly town, special agent oso, pocoyo dan disney channel. aku pernah try tengok kesemua citer ni dengan budak tu...dia siap boleh hafal skrip dan boleh explain pada aku apa jadi lepas ni etc..sangat excellent gitu! dan budak ni aku pernah test bawak p shopping (mak dia caya kat aku...), dia x pandang pun kedai toys tapi asyik bitau aku...auntie i wanna buy a book..mak aihh..siap nak beli dua buku tu satu untuk adik dia...

NenekPenne Says:
August 17, 2011 at 1:06 PM

ha haha..
my niece penah pegi kedai kat Kota Bharu, masa tu umur 3 tahun kot tapi cakap kat mak dia..

'mak, can i have this brown colour, i love brown'
siap slang london...

terbeliak mata penjual tu dengar..yelah kan... maknya biasa2 jer, tak adalah nampak mcm orang yagn bertutur bahsa inggeris.....mak dia cakap BM tapi anaknya tetaplah cakap omputeh..

bukan mcm satu kesah kat blog Green Apple tu, mak beria cakap omputeh,anak cakap BM, dah tu cakap flush pun tersilap cakap flash


tapi kalau nak antar ke international school...oooo yuran mahall... kalah harga beg burberry i...

Lady Windsor Says:
August 17, 2011 at 1:10 PM

ya..dah boleh beli tiket pi NZ dah tu kan..mahal oo...pada i skolah biasa pun ok gak..ntah tatau apa ada dalam pale mak dia..

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 1:12 PM

PARA 1
ok, kalau macam tu aku doa-doakan ko dapat kepala agung lebih sikit. sebab doa orang tak teraniaya macam aku ni kadang-kadang makbul jugak la. hahahaa...!

PARA 2
sebut pasal bahasa arab, kat johor masa zaman aku sekolah dulu macam dah jadi tradisi mak bapak hantar anak-anak pergi sekolah agama sebelah petang (atau luar waktu sekolah kebangsaan) paling lewat bermula umur 9 tahun. jadi bahasa arab tu antara subjek wajib. tapi yang bebalnya aku ni, sampai darjah 6 (bersamaan tingkatan 3) aku cuma expert sebut jumjumatun je. jadi elok jugak kalau selain english, pihak stesen tv macam astro tekankan jugak bahasa arab yang disasarkan untuk pembelajaran anak-anak sebagaimana mereka buat pada chanel yang ko sebut tu. let us make a choice, atau pilih kedua-duanya.

PARA 3
4 thumbs up (termasuk ibu jari kaki) untuk parents budak ni!

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 1:14 PM

NP & LW: mungkin mak ada perancangan lain kenapa dia pilih international school. salah satu mungkin atas faktor budaya pembelajaran murid-murid tu sendiri. any further comments?

NenekPenne Says:
August 17, 2011 at 1:46 PM

international school memang bagus laaa... pada yang mampu tapi kalau tak mampu, sekolah biasa pun memadai... tak perlulah bergolok gadai tanah yang ada atau rumah yang ada...

lepas tu kalau nak anak pandai main musik, antarlah sekolah music after that...

contohkan kalau anak sekolah kat singapore lepas tu kena transfer ikut mak bapak ke malaysia, eloklah antar sekolah international.. kang masuk sekolah biasa, boleh jadi tak tentu arah budak tu...dari yang pandai terus jadi bodoh....

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 1:50 PM

NP: ini soal kepercayaan. ada sesetengah parents yang tak yakin dengan sistem pelajaran dan budaya pelajaran konvensional yang diamalkan oleh sekolah bantuan penuh.

NenekPenne Says:
August 17, 2011 at 1:56 PM

mcm tu pulak yer...
i sekolah bantuan penuh...mmm jadi orang jugak...
yang penting, yang nak masuk sekolah tu adalah berminat...

jangan yang ada bercita2 nak masuk Henry Gurney sudah...

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 2:00 PM

terpulanglah pada parents. ketidakpercayaan mereka tu mengatasi pertimbangan.

Lady Windsor Says:
August 17, 2011 at 2:48 PM

SM: rasanya skolah mana2 pun bagus..tinggal lagi apa harapan parents pada anak2 mereka dan bagaimana si anak sendiri mempunyai minat untuk belajar...aku rasa budak tu memang dilahirkan untuk jadi pencinta ilmu...rumah dia mak dia buat style kiri buku, kanan pun buku..atas pun buku...rumah dia x dak lemari pinggan mangkuk atau lemari collection apa pun..yang ada hanya lemari buku...

NP: i skolah kampung je dulu tapi ala-ala bording skool le..sempat masuk skola agama jap..tapi sebab kemalasan tahap otromen gaban, tak kemana-mana le...i am who i am now...tu yg bila mak budak tu citer dia nak anta anak dia ke international school...terlopong jap i..untungnya budak tu...

SynicalMind Says:
August 17, 2011 at 4:23 PM

LW: satu cara pendekatan yang cantik... nah, sekarang tengok hasilnya... salute laju-laju!

NenekPenne Says:
August 17, 2011 at 10:11 PM

i sekolah kat bandar..ala2 skolah famous gitu kat negeri i.. tapi tu sekolah untuk orang2 pompuan jer..
bila masuk situ dari form 1 sampai form 6, nak bergaul dgn lelaki pun kekok gila..mcm lelaki tu aliens gituh...ha ha ha...

walaupun sekolah biasa, alhamdulillah, jadi orang gak...

Lady Windsor Says:
August 17, 2011 at 10:26 PM

NP: ZS ke?

SynicalMind Says:
August 18, 2011 at 1:45 AM

NP: sekolah teknik aku dulu majoriti lelaki, tambah malang lagi cikaro semua stok tak boleh buat awek. hahahahaaa...!
LW: nate ghapo tu?

Lady Windsor Says:
August 18, 2011 at 7:21 AM

SM: waaa aku lagi best..skolah aku dalam kawasan kompleks skolah2..ada tiga skolah berdekatan yg mana kedua-duanya adalah skolah campur, cuma skolah aku jer semua pompuan. bila balik skolah, time yg paling aku suka sebab boleh usha student skolah joran yang bermata hijau...arghhh...poyo je aku rasa bila lalu depan dia...
ZS=zainab school, sekolah femes kat KB.

Lady Windsor Says:
August 18, 2011 at 7:22 AM

*jiran

SynicalMind Says:
August 18, 2011 at 8:08 AM

...macam STF kat jb, tapi cikaro semua tak boleh blah!

Lady Windsor Says:
August 18, 2011 at 8:25 AM

hahaha STF skolah elit kan...

SynicalMind Says:
August 18, 2011 at 8:36 AM

STF, EC; these are elite and well known school among the southern community. shit, really miss those days...

Lady Windsor Says:
August 18, 2011 at 9:31 AM

aku skola pondok jer...hihi

SynicalMind Says:
August 18, 2011 at 11:19 AM

tak kisah la sekolah pondok ke, atap rumbia ke... yang penting di mana kita sekarang.

Lady Windsor Says:
August 18, 2011 at 11:28 AM

true!

NenekPenne Says:
August 19, 2011 at 12:05 AM

@LW: yesss ZS tepat sekali... orang kalau sebut ZS couplenya SIC

ZS ramai orang kaya2..i tak, i semikin..

masa form 3, ada sorang anak orang kaya tu pegi tuition mcm nak pegi party..siap dgn high heel lagi.. baju memang lawa2..setiap minggu lain2..i tengok dia mcm tengah buat fashion show pulak...

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 12:14 AM

memang chick abis la budak macam tu...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 1:19 AM

NP: ZS eh...waa kelasss u...SIC..hmmm apa jadi budak yg i pernah kenal tu dulu...ooppsss!
SM: ZS tu femes 1 Kelantan le gua cakap lu.....

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 1:27 AM

LW: mesti budak-budak ZSramai yang pandai speaking walau pun zaman tu takde astro lg...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 7:28 AM

SM: true! true! skola paling vogueh kat KB...kita orang kalau berpapasan dengan bebudak ZS, ngeri sehhh..

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 7:58 AM

sekolah vogue yang juga menghasilkan pelajar yang vogue...!

NenekPenne Says:
August 19, 2011 at 10:19 PM

kalau budak tu asalnya sekolah rendah ZS, memang speaking abis laaa..

tapi i asal bukan dari sekolah rendah ZS...masuk menengah jer ZS

tak, i vogue bila kerja jer... maklumlah dapat duit gaji...

tu yang beli mcm2 tu... lepas geramm sebab masa sekolah dan masa uitm adalah sangat semikin...

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 10:33 PM

jangan over vogue sudah...

NenekPenne Says:
August 19, 2011 at 10:53 PM

ha ha..mana ada vogue pun...saje je main2...