atas jalan, atas sejadah

| Tuesday, August 16, 2011 | |
Masa: 11.22 pg
Lokasi: Lebuhraya Utara-Selatan, 1.2 km selepas hentian sebelah Nilai arah Utara
Situasi: Ada satu eksiden yang tak berapa nak teruk, cuma bas lapar yang terbabas ke tepi sampai makan guard rail, nyaris-nyaris nak lepas ke tebing. Trafik sesak sepanjang lebih 3 km sebab Malaysia mempunyai rakyat yang sangat prihatin dengan memberikan sumbangan `penglihatan' pada mangsa eksiden tu. Masing-masing pakat bawak kereta slow, ada jugak yang berfikiran kontot sampai benda kecik macam tu pun nak rakam dengan tujuan bila sampai rumah terus nak upload ke fesbuk atau youtube. Itu belum kira brader-brader bebal yang potong ikut emergency lane.

Masa: 3.03 ptg
Lokasi: Persimpangan hadapan Hospital an-Nur, Bandar Baru Bangi
Situasi: Traffic light rosak. Semua kenderaan berebut nak keluar simpang. Keadaan diburukkan lagi dengan perangai tak senonoh sorang driver bas sekolah yang nak buat u-turn. Mungkin dia tertinggal wallet kat tandas sekolah lepas hantar budak-budak sebelumnya. Sesak, sangat sesak. Pemandangan yang agak luar biasa sebab Bandar Baru Bangi mempunyai banyak lagi jalan alternatif kalau-kalau ada sebarang masalah di satu-satu persimpangan. Kebetulan petang tu ramai pulak driver yang nak tunjuk perangai asshole kat atas jalan, masing-masing berebut sampai ada sorang makcik menggigil lutut bila side mirror iswara putih dia pecah bergesel dengan van kilang yang jugak bangang sedang diisi oleh driver kuat mencarut.

Masa: 5.46 ptg
Lokasi: Persimpangan Jalan Pantai Baru - Jalan Bukit Pantai
Situasi: Trafik sesak teruk, masing-masing berpusu-pusu balik ke rumah. Bagi yang muslim, berkejar balik ke rumah untuk mengejar waktu berbuka. Yang non-muslim pulak ambil kesempatan keluar dari pejabat semata-mata bertujuan untuk mencari juadah `berbuka' sendiri sambil-sambil menjelajah dari satu `param' ke `param' yang lain. Kebanyakan kenderaan di Jalan Bukit Pantai dari arah Jospital Pantai tak dapat membelok ke kanan sebab persimpangan lampu isyarat terhalang dengan kenderaan dari arah Universiti Malaya dan Stadium Hoki yang buat kerja bangang berhenti dalam petak kuning, langsung block kenderaan lain yang nak belok. Satu kelebihan untuk motosikal.



....kalau dalam solat, pandai pulak kita berperaturan dengan mengikut semua tertib dan rukun dari mula niat membawa ke takbir pertama sampailah ke duduk tahiyat akhir dan salam. Tapi, bila kita hidup berhubungan sesama manusia atas jalan raya, sikap toleransi kita terus kita simpan dalam poket kemas-kemas. Kenapa kita perlu berpura-pura depan Tuhan sebanyak lima waktu sehari tu dengan menunjukkan sikap terpuji; cukup menutup auratnya, berdiri qiam dengan tenang, bacaan yang tak gopoh, disudahi pulak dengan doa' dan zikir.

Amat malang bila sikap mengikut peraturan dan berhemah tu terus lesap sebaik punggung kita terpisah dari permukaan sejadah. Kenapa sifat tunduk pada tertib solat kita tak dapat aplikasikan atas jalan raya? Tak perlu tepuk dada sambil bertanya pada iman...

28 comments:

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 8:20 AM

...kerana di atas sejadah kita ini sentiasa ingin dilihat insan kerdil dan pasrah akan ketentuan Yang Maha Esa @ pura-pura maksum walaupun Allah tahu apa sebenarnya dalam kalbu kita yang terbahagi dua itu, hitam dan putih..

dan di atas jalan...hey aku lah pembuli jalan, jangan nak potong aku, Sh&%..f*&ck..segala bagai perkataan yang menggemukkan setan...adalah

sekali lagi, aku rasa nak migrate duduk di Seoul kerana aku tidak akan mendengar bunyi hon walaupun sekali dalam sebulan...

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 9:18 AM

SATU: Kau tak suka dengar bunyi hon? Aku syorkan jangan pergi ke Pekan Baru, situasi trafik kat sana hampir sama dengan tanah di sebelah sini; plus your ears would getting numb hearing that crazy fuckig honking sound (ni kira mencarut ke?). hon kat sana sama penting macam head lamp.
DUA: ya, semua kita ada sisi hitam dan putih, cuma kita akan pamerkan kebusukan warna hitam (atau betapa sucinya warna putih tu) pada keadaan tan tempat tertentu. malangnya, kita seringkali memilih jalan raya untuk menjadi separa syaitan.

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 9:38 AM

bunyi hon selalu buat aku hilang fokus kala memandu..btw..aku pernah baca kat mana ntah (long time ago) kekerapan bunyi hon di kota metropolitan is a benchmark for the metropolice itself..maksudnya kalau jarang dengar bunyi hon..penghuni kota berstatus sangat membangun dan berkualiti...kat mesia ni ada?
sometimes we need to be kiasu too kalau orang lain dah potong stim ko memandu kan..kalau kita elok2 je ikut que..tetiba ada kutu datang cilok and potong que..ko hangen tak?

Mommy Fara Says:
August 16, 2011 at 9:58 AM

Cara penceritaan 3 situasi kat atas mmg buat aku gelak sendiri mcm org gila.

Dan perenggan bawah sekali buat aku bermuhasabah diri....

Dan kebetulan, MP3 player sedang berkumandang lagu Perjalanan Hidup - Ramli Sarip...Ouh!

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 9:59 AM

SATU: aku rilek je... tapi telinga orang sebelah kena tahan la aku mencarut sampai rumah...
DUA: pasal hon; maksudnya penghuni Bandar Kajang punyai status yang lebih rendah daripada penduduk Parit Yaani?

NenekPenne Says:
August 16, 2011 at 9:59 AM

orang kita memang prihatin + kepoh... asal ada orang eksiden langar vontot kereta manja2 pun, sibuk nak tengok... haiii i kalau jumpa orang mcm ni i honk terus, tak pun i sound...nak tengok berenti laaaaaahhh

lagi satu ada manusia tak reti apa itu petak kuning...nak gak dia masuk... dah blocked semua laluan...orang yang buat kerja gila mcmni selalunya driver bas atau lori sebab dia tahu dia besar dan tak siapa berani nak langgar depa... pastu kalau kita bagi ruang kat petak kuning tu, depa honk2 kita suruh kita masuk jgak kat dalam petak kuning tu... siap beam2 lampu lagi..watthehell...

tapi kat vietnam, tak ada trafic lite pun, i tengok pengguna jalanraya okay jer...honk pun mild2 jer tak adalah sampai pecah gegendang telinga....

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 10:00 AM

MF: tu situasi rekaan je, tapi berdasarkan pengalaman. cuma diubah masa dan lokasi.

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 10:01 AM

NP: aku kadang-kadang terikut gak memaki sambil hon kuat-kuat. cuma tak pernah tunjuk jari tengah je.

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 10:13 AM

Kenyataannya tiga kisah itu ada dalam realiti..life's no choice due to traffic flow in KL etc..kena hadap juga..kecuali bawak heli g keje..g pasar atau g mana. Bunyi tak logik tapi ada org berwang buat.

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 10:26 AM

SATU: memang beruang sungguh orang berwang itu...
DUA: terpaksa jugak hadap trafik bodoh ni bagi yang takde alternatif lain. jadi, selamanya la kita akan terus mempamerkan sisi gelap kita atas jalan ni? tiba suatu masa, pasti akan ada yang jadi mangsa sikap separa syaitan kita tu...

NenekPenne Says:
August 16, 2011 at 11:42 AM

sometimes i do show my middle finger... ha haha...my bad...

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 12:40 PM

(a dark side of you) bad attitude...!

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 1:16 PM

NP: wow!!! hihi..

NenekPenne Says:
August 16, 2011 at 1:55 PM

yelah i'm not angel maaaa
ada devil sikit2 dalam badan
combination of both... muahahaha....

ehhh makan angel hair pasta pun sedap ni...makan kat la bodega..i tell u...marvellous...

NenekPenne Says:
August 16, 2011 at 1:58 PM

eh jap jap
tapi kan orang tu lagi best
profile pic dia lagi tunjuk middle finger..hua hua hua...siapa kah orangnya????

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 2:04 PM

NP: yeszaa...la bodega tu banyak menu sedap..dia punya scrambler omellete cold portion pun yummylicious...
eh ya la..ada orang guna middle finger aarr jadi profile pic...
(owh terkeluar topic, mesti tuan punya belog hangen..)
larriii.....

NenekPenne Says:
August 16, 2011 at 2:15 PM

hari tu i try pasta jer sebab maklumlah first time... ala2 rusa masuk bandar gituh kaedahnya....

lepas ni boleh try lagi dan lagi dan lagi...

takper,tuan punya blog tengah tidor kot...

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 2:30 PM

banyak menu la bodega yang ok..konpem ek tuan punya blog ni tido..mungkin Adele ada dok teman dia tu..

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 2:34 PM

pening aku... ni topik pasal punggung atas sejadah yang takde attitude baik atas jalan la. bukan middle finger atau pasta. masuk baris cepat! kat mana kita tadi? jadi, ada konklusi selain helikopter wahai cik pasta?

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 2:40 PM

pssttt NP...itu dia suda marii..

NenekPenne Says:
August 16, 2011 at 2:51 PM

sorry tuan tanah..sebab buat blog tuan tanah mcm blog sendiri....:P

i cadangkan kita buat kereta mcm iklan kopi tu...tekan suis keluar wing...ok tak...tak pun buat je mcm singapore tapi singapore,public transport dia bagus... bas 5 min sekali... kat sini, pergghhhh 5 jam sekali kot....

kuasa aaah nak masuk baris...
nanti lambat sampai...potong que haidar laa best..

kan LW kan....

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 3:02 PM

(elok-elok sikit bulan puasa ni, jangan sampai aku hambat)
cerita pasal public transportation ni memang boleh buat aku berbulu. dengan ketidakcekapan sistem tu satu hal, kualiti khidmat tu satu hal pulak, belum perangai driver bas/teksi yang agak bedebah. serupa macam takde konklusi!

NenekPenne Says:
August 16, 2011 at 3:41 PM

bulan puasa tak baik hambat2 orang tau...

dulu guna Bas Mini Wilayah, depa hapuskan sebab driver dikatakan kurang pengajaran tapi masalahnya driver BMW tu disalurkan pula menjadi driver bas panjang.. sama jugak pun... sebab wlau ditukar kemana pun, driver tetap sama maka isu sama tetap juga ada..

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 3:52 PM

NP: yesszzaa...kita kan atasan punya orang..ada air track..

ok lah tuan tanah@SM, konklusinya, walau sepuluh tahun akan datang pemandu di negara ku yang tercinta ini tahap kesedaran moralnya kala di jalan tetap mengalahkan penduduk kajang apatah lagi parit yaani kerana ketidakdisiplinannya itu
satu lagi..kerajaan sendiri kena tegar melaksanakan undang2. kalau masuk yellow box, caj betul2.. letak polis traffic terus..notice dak, dekat persimpangan kerinci nak ke mid valley tu kan sentiasa ada polis, maka semua bawak keta ala-ala merekalah pemandu berhemah...plastik. lepas tu, time nak bayar saman, boleh bagi diskaun pulak tu..mana tak naik lemak pemandu bedebah tu...lebih bagus, ada yg dah set kepala otak...ala jangan risau esok lusa mesti ada masa tambahan dan diskaun..tahun depan pun gitu-gitu le juga konklusinya...

NenekPenne Says:
August 16, 2011 at 4:03 PM

ekceli tiada konklusi
sudah2 lah kita perdebatkan isu yang tak munkin disolvekan ini...

weeet ada orang nak banjer makan hari ini..byebye

murah rezeki mak

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 4:11 PM

NP: okeh selamat makan taw..makan dengan lemah gemalai ya...hihi

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 6:27 PM

akhirnya, setelah beberapa kali terbabas... (sengih je la aku)

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 6:33 PM

sengih je...