aku penghukum?

| Friday, August 19, 2011 | |
pagi tadi, lepas sahur. sementara nak tunggu azan subuh dari surau selang satu jalan sebelah padang sana, aku rebahkan kepala kat sofa sambil cuba lelapkan mata aku sekejap. tapi, tempoh yang aku lalui tak sampai sepuluh minit tu buat aku teringat sesuatu sepanjang hari ni...

sigh...! aku mimpi. aku mimpi aku kehilangan orang yang aku tak kisah tentang kewujudan dia selama ni. aku menangis dalam mimpi tu. menangis yang teramat sangat...

selama waktu aku berjaga sepanjang hari ni, aku tak tau. aku keliru sama ada aku patut rasa kehilangan dan menangis kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku terpaksa berdepan dengan situasi seperti dalam mimpi tu.

atau pun dah tiba masa aku maafkan dia?

...dalam keluarga, aku sering dilihat sebagai seorang yang cool. tapi dalam jiwa aku, aku dah tetapkan yang aku takkan maafkan dia. sampai bila? mungkin sampai akhirnya aku merasa puas menghukum...

40 comments:

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 11:15 PM

banyak manfaatnya ko akan dapat selepas memaafkan seseorang..
paling aku terkesan..hati lapang dan dekat dengan DIA selepas memaafkan org yg paling aku x dapat maafkan sebelum ini...trust me!

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 11:20 PM

aku jenis yang sukar memaafkan, atas apa yang dah dilakukan pada orang yang paling aku sayang...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 11:33 PM

aku tahu..sukar untuk memaafkan, tapi ko akan rasa sangat berlapang dada selepas ko memaafkan dia dengan hati ko yg paling tulus...aku tahu...memaafkan itu sakit!..sakit yang amat!

NenekPenne Says:
August 19, 2011 at 11:34 PM

i tak akan maafkan dia sampai bila2..

eh korang borak lah dulu yer...

mak nak titon...

SM jiwa kacau...

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 11:38 PM

selama ni aku ambil pendekatan yaang berbeza dan jauh: melupakan...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 11:43 PM

NP: selamat mentitonkan diri...i as usual..an owl..missed and waiting for the moon...hahaha...

SM: belajarlah untuk memaafkan..aku tak mahu ko mengalami apa yg aku alami sebelum ini..

SynicalMind Says:
August 19, 2011 at 11:50 PM

aku lahir dari keluarga yang berantakan, dan membesar bukan sebagai seorang pemaaf... aku faham perasaan `single mom', macama mereka berhadapan dengan pandangan skeptikal masyarakat. jadi sebab tu aku lebih suka memilih jalan panjang dalam situasi ini...

Lady Windsor Says:
August 19, 2011 at 11:59 PM

semua antara kita ada kisah yang mencalar perasaan dan disimpan kemas dalam lipatan kenangan, dibawa bersama selagi kita hidup, langsung menjadi luka yang nampak sembuh tapi pedihnya ada dan sesekali darah menitik..luahkan pedih luka itu...tak wajar ditahan kepedihan itu...dan adakah penyudah di hujung jalan yang panjang itu..atau ko harus kembali ke pangkal jalan...untuk memulakan langkah yang lebih kemas dan tersusun..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 12:03 AM

pergh...! dalam tu. sumpah aku tak (tak nak) paham.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 12:06 AM

i was train for that...hahaha ahh ko neh...buat malu aku jer...anyway..baik ko belajar memaafkan sebelum ko jadi lagi sakit...siyes!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 12:10 AM

relax,cuma permainan tidur. lain kali jangan tidur sebelum azan subuh. dah alang-alang tu bangun terus.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 12:13 AM

cehhh....
mai aku tambah, moral of the entry, jangan tidur lepas sahur, tunggu subuh dulu...gitu kan.

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 12:16 AM

tau takpe, jangan jadi malas macam cerita "katak, kerbau, siput'...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 12:19 AM

hahahaha...cerita katak comel yang beracun itu eh...baekkklah!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 12:25 AM

aku rasa takde hero langsung dalam cerita tu. semua ada perangai buruk yang tanpa sedar dah menyusahkan...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 12:55 AM

tau tak pa....tapi saja ditambah2 supaya kisah jadi lebih umphhh..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 12:59 AM

itu sebenarnya bed time story yang aku jumpa, tapi jadi bad time story pulak. ingat nak masukkan watak manusia, tapi malas taip panjang, takut kalau meleret nanti aku sendiri malas nak baca.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 1:14 AM

ahahah..ingat..ko kalu buat entry ayat power sehhh...eh kita kuar barisan ke apa neh...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 1:16 AM

masuk balik... tajuk entri: menghukum. patut ke kita menghukum seseorang tu sampai-bila? pada pendapat ko la...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 1:22 AM

patut!! tapi sehingga suatu ketika..hukuman perlu diketepikan..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 1:25 AM

tapi kadang-kadang untuk satu-satu kesalahan tu, kita patut tunggu sampai dia sendiri yang memohon kemaafan.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 1:30 AM

true...sebab hati manusia bukan pualam..ada sisi gelap, ada sisi putih...nak tungguh sisi putih play a role..lama sikit la kan...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 1:34 AM

dah nama manusia... ada yang terus-terusan senang bermain di dalam kegelapan.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 1:35 AM

itu pilihan mereka...kita hanya mampu berdoa semoga sisi baik mengambil alih...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 9:20 AM

tak payah, biar je...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 10:35 AM

ur choice..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 7:21 PM

...i already made my choice back few years ago.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 7:28 PM

great! but pls think what im saying previously....

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 8:11 PM

hahahaa.... sometimes, i thought it was a nonsense at all!

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 8:41 PM

nonsense or not..it was...happened! but as usual..its suggestion...coz u r big enuff to define that..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 10:29 PM

big? i wish i never grown as a big person to carry this kinda burden anymore. aku mahu duduk mengadap disney chanel sepanjang hari sambil sekali-sekali merengek mahukan bancuhan susu lembu di dalam botol. seronok bukan? menjadi raja di dalam dunia kecil kita sendiri.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 10:41 PM

kenapa aku terpaksa mengatakan ya kepada kenyataan ko ini..kenapa?
"...menjadi raja di dalam dunia kecil kita sendiri.."
kerana ia adalah suatu kebenaran...kita menghukum semahunya..kerana kita yang menjadi raja di dalam dunia sendiri...dunia yg tidak perlu sebarang peraturan...dunia yang kita bentuk..
-situasi ini boleh digunapakai untuk suatu pelepasan beban..atau pelupusan sesuatu yang membebat minda..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 10:45 PM

macam tu la baru buddy aku! hahahaa...!

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:05 PM

baru ko tahu ya...aku dah lama tahu buddy!...hahahah!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:12 PM

kau kena mengiyakan 80% daripada segala yang aku cadangkan.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:22 PM

banyak cantik ko...ada aku kesah...kalu betul..aku kata ya...kalu x betul..no way!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:24 PM

cuma 80%, bukan semua...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:28 PM

noted! no worries buddy!

psstt..mana buddy aku sorang lagi ni..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:32 PM

mungkin awal-awal lagi menyedari adele aku tu mampu buat dia tidur lena.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:34 PM

sigh! tiba-tiba buat aku rasa nak puff...