Aku Ini Binatang Jalang

| Sunday, August 14, 2011 | |
petang tadi.
disebabkan aktiviti makan tak dapat dilakukan, aku pergi lepak dengan geng-geng meniaga kat amcorp mall.
sebelum masuk kat lobi, aku sempat jeling kat vmc tengok cd adele masih display lagi.
that's my girl!

weekend yang agak boring sebab sales kurang, mungkin warga sekitar petaling jaya tengah sibuk kira duit kat rumah sebelum shopping raya minggu depan.
kalau bukan bulan puasa, mesti aku dah mentekedarah nasi lauk gulai ikan kat restoran salero negori. saja nak try sebab sebelum ni tak pernah tergerak nak try.

atau pun ambik angin sambil hembus asap dari nyalaan winston light kat luar lobi sana.
yup, aku dah tukar ke winston light dengan harapan dapat mengurangkan tabiat `booking lubang kubur lebih awal' ni.
jadi, aku cuba alih perhatian sendiri.
pergi tengok-tengok `oldies collectible' kat hujung sana.

banyak, ada banyak barang yang agak mari jugak.
paling aku berkenan keratan akhbar tahun 1957 yang mana ada beberapa siaran corporate company dan malayan train pasal malayan independent.
teringat koleksi `rare item' aku kat rumah.
itu je, lain-lain macam minggu-minggu yang sudah jugak.

tak puas hati, aku turun tingkat bawah.
cuba membuangkan masa yang terluang sebelum sambung balik menyibuk kat geng-geng berniaga.
belek-belek model, t-shirt, buku-buku.
tiba-tiba...

bam...!
aku jumpa satu stuff.



...entah kenapa aku boleh terbeli benda ni.
aku bukan pengikut tegar karya-karyanya.
mungkin tajuknya yang buat jari-jari aku membelek buku ni.
satu lagi yang aku tertarik, imej pada muka depan.
satu sketching separa abstrak wajah chairil dengan renungan mata tajamnya, dengan sebatang  rokok yang kelihatan leka tersepit di celah jemarinya.

ok, don't judge a book by its cover.
cilakak, aku nak baca (hayati) dulu ni...

elok jugak memahami karya-karya manusia tersohor ni sambil diselimuti kelunakan suara adele.
adele...

29 comments:

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 12:10 AM

hah!!..baguslah..ko beli buku ni..nanti ko akan mula menyukai dia...nanti ko akan jumpa ayat ini, aku ini binatang jalang..laron pada mati..rama-rama...bla! bla! bla!..okeh selamat membaca!

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 12:16 AM

selama ni aku cuma 'menelateni' hasil karyanya yang aku kutip dari banyak sumber. naskhah ni bagai kompilasi puisi chairil sepanjang 1942-49. mamat yang jual ni 1st time aku nampak, newcomer kot.

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 12:23 AM

ko try baca dulu ABJ ini...kalu ko boleh terjemah Gie, mesti ko boleh menyalami juga chairil ini..mamat newcomer ni ko jumpa area mana? i mean bawah (luar) ke atau kat dalam? aku dah lama x jenguk situ sebab hangen nak beli batu cincin x dapat pada harga yg aku nak..masa tu x dak pula org jual buku..

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 12:40 AM

level 2, dia pun ada novel el-shirazy, biografi def lepard pun ada. tapi harga tak menarik. kalau tak memang dah rembat.

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 12:45 AM

ok...memang mamat tu newcomer kot. kalu aku tak silap, ABJ ini adalah kompilasi puisi2 terbaek CA..ada tak Bulan Di Atas Kuburan? Selain ABJ, aku suka juga bulan di atas kuburan...

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 7:43 AM

sekali lalu (aku kena teliti tiap helaian banyak kali, baru puas hati), sukar nak cari sisi pesimis chairil dalam sajak2 dia. aku nampak maksud yang agak sederhana tapi susah jugak nak paham. takde sajak bulan atas kuburan, mungkin guna judul berlainan. sebab ada sebahagian sajak2nya punyai tajuk atau bait2 berbeza mengikut versi terbitan macam Deru Campur Debu atau Tiga Menguak Takdir.

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 9:51 AM

sajak dia sekali lalu nampak mudah tapi jangan tertipu, ada maksud berlapis...

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 12:41 PM

aku bukan seorang yang biasa bergelut dengan perihal sastera dan seni abstrak macam ni, tapi sekali imbas macam paham. cuma aku tak puas hati kalau cuma dua tiga kali baca je. pada ko la kan yang dah lama follow hasil dia, apa sebenarnya yang sesuai untuk mendefinisikan karya-karya chairil ni...?

Mommy Fara Says:
August 15, 2011 at 1:33 PM

Wow!
Beli buku nie kat mane?

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 1:35 PM

kalu ikut definisi, puisi2 Chairil memperjuangkan kemanusiaan yang amat sarat dengan suara pembebasan, kebangkitan terhadap hak mereka di negara Indonesia. Ko tau la Indon pun banyak ketidakadilan dan korupt jadi Chairil guna puisi untuk meraih perhatian rakyat yang sedar akan kehidupan mereka ditindas pemimpin. Kalau di Indon puisi mampu menyatukan rakyat dan Chairil adalah individu yang sangat tajam mata penanya...Aku Ini Binatang Jalang itu memang sedap dibaca dan kalau dikupas, berjela2 sebab banyak interpretasi tersirat..sorry aku tanya ko puisi Bulan Di atas Kuburan tadi, bukan Chairil punya...itu hasil tulisan Iwan Simatupang...pun penyair mapan di Indonesia...ada satu karya tersohor yang aku nak cadang ko baca...Para Priayi..pun bagus juga pada telahan aku..

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 1:40 PM

Para Priayi... ok, nanti brader yang jual kat aku semalam tu boleh buat kawan. nak beli kang dapat harga kawan-kawan...

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 1:55 PM

brader tu ada buku ni ek? bagus...

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 2:00 PM

semalam aku tengok takde, tapi dari cara sembang, aku tau dia ni mesti follower chairil jugak...

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 2:08 PM

selalunya kalau dia ada satu..dia akan ada banyak lagi buku2 pengarang Indon..cer tanya dia pasal Gie tu ada tak bukunya?

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 2:12 PM

apa yang aku search kalau tak silap, Gie ni selain Catatan Seorang Demonstran, ada juga orang terbitkan satu buku biogfari berserta dengan karya-karya dia macam sajak, kritik dan rencana dalam tahun awal 90-an dulu. next time, mate. aku cerita dengan dia. yang best dvd cerita deddy mizwar (lupa tajuk) masa muda pun ada jugak tu!

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 2:17 PM

okeh kalu ada terjumpa let me know..aku nak memilikinya...brader tu mesti jenis taksub dengan produk indon neh..

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 2:25 PM

hahaa, kalau Catatan Seorang Demonstran tu aku dah ada. cuma sekarang aku nak cari yang versi terbaru terbitan publication dari Australia tu.

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 2:38 PM

ko beli kat mana? ok la aku nak google..

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 2:45 PM

hahahaa... pandai2 la cari.

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 2:52 PM

kekwat!!

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 3:04 PM

hahahaa... kang kalau dah penat cari tak jumpa, bagitau aku. aku bagi tips je...

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 3:06 PM

tak pe..encik google ada..

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 3:09 PM

encik SM tengok sambil gelak. hahahaaaa...!

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 3:26 PM

emoticon: tongue!!!!

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 8:12 AM

SM..since ko tengah meneliti AIBJ Chairil, ko patut juga menjenguk Bumi Manusia by Pramoedya Ananta Toer dan Nyanyian Angsa by WS Rendra..

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 8:17 AM

barang yang agak rare jugak tu... tiap kali aku pergi buat `scanning' kat MPH tak perasan pulak stuff macam ni...

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 8:25 AM

aku rasa MPH mungkin tak dak..kalu ada pun kira damn lucky..ko patut p kedai buku yang macam Minerva atau kalu rajin, boleh tanya brader penjual buku di Ruman Pena..

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 9:22 AM

...dan jugak brader amcorp mall tu!

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 9:41 AM

yerp!