akhirnya...

| Saturday, August 27, 2011 | |
Kelmarin, hari Khamis.
Pagi, lebih kurang pukul 10am.

BOS: Petang ni jangan lupa.
AKU: Lupa apa?
BOS: Kau jangan buat gila dengan aku. Kan aku dah bagitau petang semalam, si **** dari ** Construction jemput wakil dari ofis ni berbuka puasa kat **** ***** Hotel. Kau kena ikut aku.
AKU: Bila masa dia masuk Islam, nak berbuka dengan kita pulak ni bos?
BOS: Sudah! Aku hempuk kau karang...!

Masih kelmarin jugak.
Petang, dah dekat-dekat waktu Asar.

BOS: Kau macamana, jadi pergi?
AKU: Entah la bos, aku macam malas la nak pergi.
BOS: Macam siol, kau kena pergi la mangkuk. Kau banyak involve projek ni. Tahun lepas dah la kau tak pergi diorang ajak. Tahun ni projek dah siap, kau bagi la muka sikit kat aku ni. Aku tak kira, kau mesti pergi jugak. Aku dah ajak **** sekali bagi cukup korum.
AKU: Adoi, orait bos...
BOS: Kau tau kat mana tempat tu?
AKU: Nak cari kat google map la ni.
BOS: Ingat, datang awal!
AKU: Aye aye chief...

..........................................

Tu dia, akhirnya... Akhirnya, Ramadhan yang ke-25 baru lah aku berbuka puasa kat luar. Aku ni bukan apa, tak bermakna aku ni jual mahal atau sombong atau memilih atau anti-sosial atau cerewet pasal makan, tapi dah jadi tabiat aku tak suka makan kat luar. Aku lebih senang makan kat rumah. Bagi aku, makanan yang dimasak kat rumah ni ada keasyikan yang tersendiri biar pun cuma nasi lauk bawang potong dengan bilis goreng makan dengan kicap je. Ada kenikmatan yang tersendiri...

Petang tu, makanan berbuka kat hotel **** ***** melayankan diorang tu biasa-biasa je pada aku. Tiada yang istimewa memandangkan aku ni bukan jenis suka makan kat luar. Aku dah try hampir separuh jenis makanan yang cantik tersusun dari empat penjuru dunia; utara, selatan, timur dan barat, cuma pulut panggang dengan kopi je yang patut dapat pujian aku.

Nasib baik makan free... Kalau tak, mati hidup balik pun aku tak hingin keluarkan duit RM90++ untuk makanan kat hotel walau sesedap mana pun. Bagi aku, makanan kat rumah adalah syurga dalam dunia ni...

Alhamdullillah, syukur kepadaMu ya Allah atas limpahan kurnia yang tak terbatas ni...

9 comments:

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 7:06 AM

ala ko ni...org dah jemput..pergi je la..bawak perut jer...

#beza sungguh dengan budak2 opis aku...setiap hari buka pose kat hotel..oleh sebab arahan bos juga..kami terpaksa pergi walopon perut mengemis nak makan telur mata kerbau yg di goreng malas dgn minyak kedekut je dalam kuali...kat hotel mana ada lauk sopan macam ni kan...

errr SM ko suka pulut ek?

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 8:57 AM

aku takde jenis makanan yang spesifik jadi favourite. tapi pulut panggang dia dengan kopi memang true, yang lain2, biasa je... lagi pun aku ni selera orang kampung je.

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 9:51 AM

selera orang kampung tu yg mahal tu...org bandar dia main taram je..x de nak pilih-pilih..tapi org kg berhati-hati...pilih barang baik saja...ahak!

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 10:06 AM

barang baik dan mudah, aku pun bedal je semua.

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 10:12 AM

Janji halal kan...Makanan yg simple tu yg sempurna sebenarnya..memang betul2 untuk keperluan tubuh badan je..

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 10:29 AM

simplicity is the ultimate sophistication... bukan aku kata!

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 10:30 AM

Less is more...pun bukan aku kata!

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 11:13 AM

tak terkata aku...

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 11:24 AM

Tak payah kata apa-apa lah...