seketika

| Sunday, August 28, 2011 | 23 comments |

di luar lingkungan radar

kad

| | 28 comments |
Satu-satunya kad raya untuk gua tahun ni. Ikhlas tak ikhlas tu belakang kira, sebab lu cuma sign je atas kad ni. Ntah-ntah kad ni warna apa pun lu tak perasan. Tapi yang penting bila lu dah pos kad ni sampai kat rumah gua maknanya lu memang ingat kat gua la kan...

Tak sia-sia gua beli polisi insurans lu hari tu beb! Pastikan company lu terus pos kad raya kepada gua sampai gua umur 60 tahun kang. Ingat, pos! Bukan penghantaran secara elektronik atau lain-lain method virtual yang lain. Baru syahdu beb dapat kad raya macam 20 tahun dulu.


(siapa-siapa sayang nyawa dan harta benda,
jangan malu calling-calling kawan tak berapa karib gua ni)

***

Aku harap, 100 tahun lagi bila manusia dah semakin bosan dengan perlumbaan mengejar kegilaan teknologi, mereka akan kembali kepada cara tradisional yang sekaligus membawa mereka kepada kehidupan yang lebih bertamadun... Insya-Allah!

orang gila

| Saturday, August 27, 2011 | 13 comments |
The world's priciest pooch sold for $1.5 million earlier this year to a wealthy dog-lover in China. Big Splash is a Tibetan mastiff - a rare breed that's one of the globe's most sought-after puppies.

************************

Anjing ni mesti pandai basuh pinggan sampai si gila ni sanggup abiskan duit berjuta-juta dollar. Oi orang gila, kau dah tengok ke orang kampung kau? Mesti ada lagi yang tak cukup makan, rumah yang atapnya bocor dah bertahun tak bertampal, anak-anak nak pergi sekolah tapi tak berbaju dan berkaki ayam... Jalan masuk ke kampung atuk kau dah turap belum? Kalau dah bagus la, harap-harap kau la orang yang bagi sumbangan buat jalan tu...

...sekian luahan amarah aku dalam bentuk yang paling ayu sekali!

akhirnya...

| | 9 comments |
Kelmarin, hari Khamis.
Pagi, lebih kurang pukul 10am.

BOS: Petang ni jangan lupa.
AKU: Lupa apa?
BOS: Kau jangan buat gila dengan aku. Kan aku dah bagitau petang semalam, si **** dari ** Construction jemput wakil dari ofis ni berbuka puasa kat **** ***** Hotel. Kau kena ikut aku.
AKU: Bila masa dia masuk Islam, nak berbuka dengan kita pulak ni bos?
BOS: Sudah! Aku hempuk kau karang...!

Masih kelmarin jugak.
Petang, dah dekat-dekat waktu Asar.

BOS: Kau macamana, jadi pergi?
AKU: Entah la bos, aku macam malas la nak pergi.
BOS: Macam siol, kau kena pergi la mangkuk. Kau banyak involve projek ni. Tahun lepas dah la kau tak pergi diorang ajak. Tahun ni projek dah siap, kau bagi la muka sikit kat aku ni. Aku tak kira, kau mesti pergi jugak. Aku dah ajak **** sekali bagi cukup korum.
AKU: Adoi, orait bos...
BOS: Kau tau kat mana tempat tu?
AKU: Nak cari kat google map la ni.
BOS: Ingat, datang awal!
AKU: Aye aye chief...

..........................................

Tu dia, akhirnya... Akhirnya, Ramadhan yang ke-25 baru lah aku berbuka puasa kat luar. Aku ni bukan apa, tak bermakna aku ni jual mahal atau sombong atau memilih atau anti-sosial atau cerewet pasal makan, tapi dah jadi tabiat aku tak suka makan kat luar. Aku lebih senang makan kat rumah. Bagi aku, makanan yang dimasak kat rumah ni ada keasyikan yang tersendiri biar pun cuma nasi lauk bawang potong dengan bilis goreng makan dengan kicap je. Ada kenikmatan yang tersendiri...

Petang tu, makanan berbuka kat hotel **** ***** melayankan diorang tu biasa-biasa je pada aku. Tiada yang istimewa memandangkan aku ni bukan jenis suka makan kat luar. Aku dah try hampir separuh jenis makanan yang cantik tersusun dari empat penjuru dunia; utara, selatan, timur dan barat, cuma pulut panggang dengan kopi je yang patut dapat pujian aku.

Nasib baik makan free... Kalau tak, mati hidup balik pun aku tak hingin keluarkan duit RM90++ untuk makanan kat hotel walau sesedap mana pun. Bagi aku, makanan kat rumah adalah syurga dalam dunia ni...

Alhamdullillah, syukur kepadaMu ya Allah atas limpahan kurnia yang tak terbatas ni...

Wag the Dog (1997)

| Friday, August 26, 2011 | 30 comments |
Mana aku nak cari DVD filem ni? Pasar malam kat rumah aku dah puas selongkar tapi tak jumpa jugak. Kalau CD lagu dangdut dengan rock leleh banyak la..

Kali pertama (dan terakhir) aku tonton filem ni melalui chanel tv Singapore TCS 5 lebih 10 tahun dulu. Dulu orang JB langsung tak heran dengan Astro sebab kami ada banyak pilihan tambahan dari dua lagi jiran terdekat kami. Apa yang aku faham masa tu, filem ni mengisahkan exploitasi dan propaganda dalam kempen pilihanraya presiden Amerika. Dua pelakon `macambest' iaitu Robert De Niro dan Dustin Hoffman yang bermuka sengal dalam filem Hero punya penangan memang terbaik.


Filem yang aku kategorikan sebagai filem komedi serius ni terus aku masukkan dalam senarai antara filem terbaik sepanjang hayat yang aku tonton. Banyak perkara-perkara menarik yang aku baru tau sepanjang filem ni berjalan. Dan masa tu baru aku tau yang dalam kempen pemilihan presiden ni tak semua yang kita percaya tu adalah perkara yang sebenarnya berlaku.

Antara part yang paling aku ingat adalah idea `old shoes' yang datang secara tak sengaja daripada Hoffman yang kemudiannya menjadi satu trend kepada seluruh negara. Idea yang memberikan isyarat bahawa (seingat aku la) tanda sokongan rakyat kepada calon presiden itu boleh datang dalam bentuk paling sinis iaitu mencampakkan sepasang kasut lama ke talian elektrik hingga tersangkut (atau dahan pokok dan tiang lampu). Fenomena ni menjadi sangat popular, sehingga mereka (De Niro dan Hoffman) mengupah seorang komposer untuk menggubah lagu bertemakan `old shoes' untuk memperkuatkan lagi kempen.


Satu lagi strategi kempen yang aku paling ingat adalah usaha membawa balik seorang askar Amerika yang hilang di Rusia (kalau tak silap aku jugak) pulang ke tanah Amerika dan pangkuan keluarga. Tapi yang bangangnya, mereka telah tersilap membawa seorang askar yang ada masalah mental dan telah mati ditembak sebab bertindak luar kawalan semasa dalam penerbangan balik. Untuk menyelesaikan masalah bodoh ni, Hoffman yang memang dibayar untuk kempen ni terpaksa tukar strategi dengan menarik perhatian dan emosi rakyat Amerika apabila pulang dengan keranda berisi mayat askar tadi. Gila bijak sial dia pancing undi...!

Cuma, ending filem ni agak menimbulkan persoalan sikit terutama nasib Hoffman sama ada dia dibunuh atau tidak setelah dia sendiri akhirnya tidak menyokong kempen calon presiden dan jugak atas semua yang dia dah buat...

Bam...! Bunyi tembakan di sebalik dinding yang pastinya datang dari pistol De Niro...

*****

Aku nak cerita filem ni dari aspek teknikal pun payah jugak sebab dah lebih 10 tahun, mana nak ingatnya. Sekarang, setiap kali melalui beberapa siri PRU kat Malaysia ni, aku terpikir kemungkinan strategi kotor yang sama digunakan sama ada untuk memenangkan parti atau calon itu sendiri. Pokoknya, aku takkan percaya sepenuhnya atas apa yang aku dengar dan lihat.

Sekadar memetik pendapat seorang bekas ahli politik dan sekarang membuka firma perunding bebas; pilihanraya adalah medan pertembungan idealogi untuk memenangi persepsi pengundi. Lebih kurang macam tu la...

Pawn and Pick

| Thursday, August 25, 2011 | 34 comments |
Pawn Stars




Dalam program ni ada tiga orang watak utama dalam siri realiti yang mana mereka bertiga adalah sekeluarga dari tiga generasi. Navy pencen si tua Richard Harrison, si botak muka brutal tapi suci Rick Harrison dengan anaknya si gemuk yang selalu buat salah Corey Harrison. Bersama-sama mereka ni ada sorang lagi si gemuk pemalas yang langsung tak boleh harap, Chumlee.

Setiap daripada mereka ni pulak ada tahap obsesi mereka yang tersendiri. Seperti si botak Rick yang begitu menggemari senjata lama terutama senjata zaman perang dunia pertama atau sebelumnya, peralatan mekanikal antik macam mesin basuh manual yang dianggap sebagai maju ketika tahun 1900-an dulu dan jugak matawang lama yang kebanyakannya berupa bon perang zaman perang saudara dulu. Bagi si tua Richard pula, dia adalah seorang yang pakar dalam item berkaitan dengan perang dunia kedua sementelah dia dulu pun pernah berkhidmat dalam tentera laut dan menyertai misi kententeraan di kepulauan Pasifik.

Corey `The Big Hoss' pulak apa cerita? Dia ni tak ambik port sangat semua tu memandangkan dia tau yang tak lama lagi atuk dia bakal mati dan memang sah-sah share bisnes atuk dia akan dibahagi sama rata dengan bapak dia. Manakala si gemuk lembab Chumlee pulak dari episod pertama sampai yang latest ni, dia berjaya mengekalkan tahap kemalasannya tak ubah macam khinzir dalam kandang. Datang kerja dengan muka sengal, jalan lambat-lambat kalau kena panggil, kuat makan, suka curi tulang; itulah perkara-perkara yang sinonim dengan dia.

Mula-mula dulu, aku tak berapa kisah sangat dengan siri ni. Tengok pun gitu-gitu je. Tapi lama-lama aku tertarik dengan cara diorang running bisnes pajak gadai tu. Yang tambah dramatik, setiap siri aku boleh tengok bermacam-macam barang yang orang datang nak jual atau pajakkan.

Pendek kata, setiap barang sama ada setem kenangan yang semurah 5 dollar sekotak atau sehingga kepada tiket loteri bertandatangan George Washington yang mencecah 15 ribu dollar, semua tu mempunyai kisah yang menarik.

Seperti kata Rick; selama 21 tahun dia menceburi bidang ni, kita takkan tau apa yang melalui pintu kedainya...

American Pickers



Satu lagi siri yang mengambil masa nak tangkap perhatian aku. Tapi bila aku dah mengadap depan tv selama sejam dengan siri realiti ni, kira boleh layan jugak la. Cerita pasal dua orang sahabat si kurus tinggi Mike Wolfe dan si gemuk pendek Frank Fritz yang aku boleh anggap gelandangan berkelas tinggi yang menjalankan bisnes mengutip barang-barang lusuh dari satu tempat ke satu tempat lain serata Amerika.

Berkelana menyusuri jalan-jalan dan segala ceruk setiap pelusuk Amerika, mamat dua orang ni dibantu oleh sorang awek piercing banyak tatu Danielle yang kerja dia nampak macam tak penting, jaga kedai dengan cari info kat mana-mana ada orang kumpul barang scrap.

Mamat dua orang ni memang gila dengan barang-barang lama dan rare. Sampaikan botol jem atau signage lama pun diorang sanggup selongkar dari celah-celah longgokan `sampah'. Yang penting pada mereka ni selain boleh dijual, barang-barang tu ada sejarah yang tersendiri.

Yang membuatkan aku tak bangun dari menonton siri ni adalah setiap tempat yang mereka pergi tu, mereka akan berdepan dengan barang berbeza yang tak terjangka, disamping bertemu dengan sejarawan amatur setempat yang menjadikan barang-barang lusuh sebagai cara untuk menyimpan sejarah.

Bak kata mereka, picking ini adalah cara mereka yang tersendiri dalam menceritakan sejarah Amerika. Itu yang aku kagum dan buat aku tertunggu-tunggu episod baru tiap minggu.


Balan The Daily Rider

 (sehingga entri ini siap ditaip, Balan masih enggan gambarnya dirakamkan)

Balan ni adalah seorang pemuda pertengahan 20-an yang berperwatakan sederhana dan berkulit gelap, bukan sebab dia berketurunan India tapi sebab rutin hariannya adalah menyusur jalan-jalan perumahan tempat aku tinggal.

Bertemankan Yamaha RXS hitam yang diubahsuai menjadi sidecar, di mana terdapat bucket khas hampir setinggi imam surau aku kalau berdiri kat sebelah, mata dia akan tajam menjelajah halaman depan barisan rumah yang dilaluinya.

Dia memang seorang yang berdedikasi dengan tugas memandangkan dia tidak mempunyai pendapatan tetap macam askar pencen depan rumah aku yang jadi polis bantuan, dia mesti melalui hadapan rumah aku dua kali sehari; pagi dan petang. Semata-mata untuk mendapatkan barang yang boleh dijual walau pun hanya berharga 50 sen.

Pernah suatu pagi dulu aku meletakkan aluminium sink yang baru aku gantikan dengan yang baru kat laman depan, tak sampai setengah jam kemudian bila aku jenguk keluar tingkap, ex-sinki aku dah lesap. Pergh, efisien betul si Balan ni!

Selain daripada Balan, ada beberapa orang lagi sekutu dia yang menjalan operasi yang sama. Tapi antara mereka tak pernah timbul masalah sebab dah wujud seakan pakatan ghaib yang akan membahagikan setiap mereka mempunyai wilayah authority sendiri.

Kalau dilihat secara imbas, apa yang Balan dan sekutu dia buat macam tak mendatangkan makna langsung. Dan ada antara kita pulak yang memandang rendah dengan profesion ni. Kalau nak tau, Balan ni dah kahwin dan ada sorang anak, menyewa rumah flat kat Jalan Klang Lama, ada kereta Kancil 660 pulak tu (walau pun dah tak baru lagi)!

*****

Jadi, sebagai perancangan jangka panjang aku bila dah pencen esok, aku nak gabungkan apa yang Rick Harrison dan Mike/Frank aplikasikan dalam bidang perniagaan mereka, tapi aku akan sesuaikan dengan environment yang Balan lalui sehari-hari...

mak nyah!

| | 21 comments |

Angkara tapai mak nyah ni la, aku nyaris-nyaris lupa beli air tebu...!
Nasib baik sempat singgah bundle usha jeans...

rare (2)

| Wednesday, August 24, 2011 | 26 comments |
nazir, lu memang otai la... macamana benda ni lu boleh sembunyi dalam kotak je. bak mai gua kasi sedut masuk dalam kotak sanyo gua ni...

gila, terangkat siak gua dengar lagu dalam kaset ni. sound quality memang hancur, sebab barang dah nak masuk antik, head gua pun dah kotor sebab lama tak sumbat kaset, tapi itu la yang gua suka.

nak pulak kena time petang-petang hujan macam ni sambil layan kerja. perghh...! memang cara abis!!!

nak cerita sikit

| | 33 comments |
The Malaysian Malay Chamber of Commerce and Industry and also Malay rights groups had previously demanded Prasarana’s stringent contractors requirements were relaxed so that more Bumiputera companies qualified.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mrt-bumi-quota-shows-nem-like-nep-say-pakatan-leaders/

*****

Aku dah lama tau. Bukan takde kontraktor bumi ni yang tak mampu buat projek mega, ada walau pun jumlah boleh dihitung dengan jari termasuk jari kaki. Tapi itu lah dia, fenomena dalam Malaysia negara tercinta ni. Nak buat bisnes bukan setakat bermodalkan kemampuan fizikal atau kewangan semata-mata, tapi air liur kita mesti bernilai di mata orang-orang yang tanda tangan mereka laku.

Pernah berdepan dengan kontraktor cakap besar masa meeting yang dia boleh jumpa siapa-siapa je asalkan dia dapat sambung projek. Pergh! Rasa macam nak lari laju-laju dari jauh, lepas tu sliding tulang kering dia, biar terjelupuk bawah meja meeting. Setakat buat rumah 32 unit pun dah tujuh tahun tertangguh, lagi nak cakap banyak..

Panas hati betul la...!

pembalasan tunai

| | 36 comments |
petang ahad hari tu, aku melewati sebatang jalan kat tengah-tengah kawasan perumahan. di kiri jalan kedapatan deretan rumah teres dan sebelah kiri ada padang bola dengan surau kecil kat penjuru sana.

sepanjang jalan ni, terasa agak teduh sikit sebab kesan biasan bayang-bayang dari pokok rimbun cantik tersusun di sepanjang jalan ditambah pulak dengan cuaca yang tak berapa nak terik. aku tak tau pun apa nama spesis pokok ni. aku tak peduli, bukan cita-cita aku nak jadi pakar botani.

tengah sedang elok aku mengamalkan gaya pemanduan berhemah yang sempurna, tiba-tiba datang sorang mamat berjersi liverpool dari belakang aku menunggang 125z warna hitam. memotong dengan gaya ketua kongsi gelapnya dari sebelah kiri aku, hampir-hampir terkena side mirror kereta buatan malaysia kesayangan aku. tanpa menoleh ke belakang, beruk bermotosikal tu dengan tiba-tiba melakukan aksi separa akrobatik, merebahkan badan membuat corner baring cecah lutut atas tarmac membelok ke kanan.

aku terkejut. tindakan refleks oleh saraf-saraf aku telah membuatkan kaki kanan aku memijak pedal brek semahunya. berdesit keempat-empat tayar dunlop aku menyeretkan dirinya atas permukaan tarmac yang kasar tu.

"woi, kimak anjing...!" aku jerit sekuat hati. aku rasa masa tu muka aku dah merah padam menahan marah, tangan kanan aku menggigil menggenggam penumbuk bersedia untuk dilepaskan kat muka beruk tadi, kalau-kalau dia tergolek depan mata aku karang.

doa aku tak dimakbulkan. beruk tu meneruskan perjalan masuk ke simpang jalan tu dengan selamba dan angkuh dalam hati. cibai punya beruk! perangai macam anak celaka. lain kali kalau kau tergolek kat tempat lain, masa tu aku datang terus pijak-pijak sampai lumat! aku maki lagi dalam hati.

sembilan saat kemudian, aku meneruskan perjalanan tanpa beristighfar...

*****

...habis, seluar aku basah hingga ke paras separuh betis. selipar fipper classic base hitam tali merah sebelah kanan aku entah hanyut ke mana. di luar pintu kereta aku, serpihan kayu dan sampah-sarap terus menghentam bertalu-talu ke arah kereta aku mengikut arus yang deras.

muka aku pucat. jari-jari kaki dan tangan aku sejuk, kecut, kebas tak terasa. paras air semakin naik. aku kini terkandas di tengah-tengah persimpangan jalan. kebanyakan kereta yang lain di depan aku berjaya melepaskan diri dan di belakang, banyak kenderaan mula membuat u-turn mengelak dari menjadi mangsa kedua daripada deruan banjir kilat yang datang secara tiba-tiba tanpa amaran.

aku mendongakkan muka bujur sirih aku ke langit menembusi windscreen yang sudah kelihatan beberapa crack di penjuru kanan. dari bawah sini, jelas kelihatan awan hitam pekat betul-betul berada di atas kepala aku. curahan air hujan begitu menggila seakan-akan ingin menghentam bumbung kereta hingga remuk. di kejauhan horizon sana, kilat sabung-menyabung dan diikuti dengan bunyi guruh hinggap ke telinga aku beberapa saat kemudiannya. terasa tarian kilat itu semakin mendekati aku.

aku hilang arah, mati akal. tangan aku meraba-raba ke arah pintu kereta untuk memastikan pintu aku kekal terkunci sebab aku tak nak mayat aku dijumpai terapung entah di hilir sungai mana. biar pasukan penyelamat dapat mengesan jasad kembung aku berdasarkan bangkai kereta aku nanti walau pun tenggelam di dasar sungai yang dalam.

...aarghhh! baru saat ini aku teringat akan kebesaran tuhan. aku pasrah, aku sedar yang hidup mati aku (dan mamat 125z tadi) bukan di tangan aku...

Jusoh, aku pun nak ke sana

| | 36 comments |
Jusoh, aku pun nak ke sana

Pagi-pagi lagi Miyah sudah kesot-kesot. Kadang-kadang merangkak pula. Memang dunia Miyah dunia kesot dan merangkak ke sana sini. Pusing kiri kesot pusing kanan merangkak.

Sudah lapan tahun Miyah buat seperti itu. Nak tukar kain kencing kesot. Nak bancuh kopi secawan pun terpaksa merangkak pula. Ambil wuduk kena juga merangkak macam mengkarung panjat busut. Besi dalam betis dan dalam paha sudah lama menojah-nojah. Sakit menyucuk di sana sini.

Miyah tidak minta pun hidup dengan cara mengesot-ngesot. Tapi apa boleh buat kalau tidak kesot merangkak menyulur kena juga. Siapa yang mau tolong. Takkan hari-hari anak-anak mau cempung usung sedangkan pada laki kena taat. Selagi ada tenaga, walaupun dengan kesot, walaupun merangkak, laki kena jaga. Miyah mau masuk syurga dengan laki. Miyah mau beremba masuk syurga dengan laki.Sebab itu Miyah gagah-gagah juga jaga laki. Busuk hapak macam mana pun laki tetap laki.

Tapi Miyah tidak dapat lakukan yang terbaik. Miyah cukup kesal. Badan laki memang gemuk. Badan gemuk gedebab mana ada kudrat nak cempung, apa lagi nak angkat usung. Nak mengharap anak-anak, maklum sajalah. Kalau masuk bilik lima minit, panggil ayah-ayah, selepas itu keluar cekup hidung. Busuk bengit macam daging mentah busuk dihurung lalat. Mana boleh tahan.

Tapi Miyah tak peduli semua itu. Busuk hanyir, hapak bengit, kaki itu kaki laki. Tubuh itu tubuh laki. Besar gedebab besar gedebab laki. Tidak dua, tidak tiga. Jusohlah satu-satunya laki.

Anak-anak bukan benci. Miyah tahu itu. Buruk baik Jusoh, itu adalah ayah mereka. Tapi siapa yang boleh tahan lama berada dalam bilik kalau asyik kena halau lalat hijau, kalau terpaksa tutup hidung kerana bau busuk.

Tapi Miyah tak peduli itu semua. Banyak mana pun lalat hijau berdehau kerumun di  luka kaki kencing manis laki, Miyah tetap halau. Tanggung jawab jaga suami mesti sampai ke pintu kubur. Di kampung akhirat nanti Miyah yakin Jusoh akan tunggunya di pintu syurga.Jusoh pasti cempungnya pula melintas Titi Sirattul Mustaqim. Jusoh tak akan menikah dengan bidadari.

Pejam celik, pejam celik Miyah kesot-kesot sudah lapan tahun sedangkan Jusoh tak boleh berjalan baru lima bulan. Jusoh terasa sakit baru dua bulan. Kaki meroyak luka baru sebulan. Busuk dan medak ibu jari kaki hingga bengkak betis baru dua puluh hari. Tapi meroyak dan meliau kini macam sudah tiga tahun. Lebam merah macam buah manggis dan cekang cening di sepanjang betis. Begitu pun Miyah tidak pernah ungkit dan bersungut pasal Jusoh tidak pernah dukung cempungnya ketika sehat dulu. Tapi dia tahu Jusoh memang sayang padanya.

Bomoh kata lumpuh Miyah sebab kena tegur busut besar tepi permatang sawah ketika mengail ikan puyu. Puncanya cuma tergeleceh dalam parit. Miyah memang badan besar. Jatuhnya macam jatuh buah nangka besar. Kepala terhantuk di batang kelapa tumbang. Sejak itulah Miyah tak boleh berjalan lagi.

Anak-anak lima orang, ada yang sudah menikah, ada yang belum menikah, tidak duduk sekali. Semua sudah berkerja. Ada anak jantan seorang, kerja di Kuala Lumpur. Balik seminggu sekali sejak ayahnya sakit. Kadang-kadang semua balik serentak. Tapi bila bau busuk dan hapak kaki ayah mereka yang kena kencing manis itu menjadikan mereka balik tidak serentak pula dan beri alasan banyak kerja. Miyah tak kata apa-apa pun. Jaga laki lebih afdal dari layan anak menantu.

Ramai jiran-jiran kata Jusoh kena hantar ke hospital. Anak-anak pun kata, kita hantar ayah ke hospital. Kaki ayah sudah mula meroyak. Kaki ayah sudah banyak nanah. Biar lama-lama tentu akan meliau. Tapi Miyah tak mahu. Jiran apa namanya kalau tak boleh tolong baca Yasin. Miyah juga marah pada anak-anak. Biar ayah kamu mati di riba aku, katanya. Biar aku jaga macam dia jaga aku yang kesot-kesot sana sini selama lapan tahun. Duduk di hospital siapa yang nak jaga. Siapa yang nak baca Yasin tepi telinganya kalau penat lelah. Siapa yang nak tolong ambil wuduknya ketika tiba waktu solat. Begitu Miyah kata pada anak-anak.

Bila Jusuh mengerang sakit, Miyah cepat-cepat kata, sabarlah, mengucap banyak-banyak. Bila Jusoh mengaduh, Miyah kata lagi, sabarlah kerana diakhirat lebih dahsyat. Miyah kata lagi, sakit adalah ujian Tuhan. Tapi bila Jusoh mengerang habis sampai minta potong tempat sakit, Miyah cepat-cepat beristighfar. Miyah kata, berdosa potong anggota yang Tuhan bagi jadi. Lalu Miyah pun cepat-cepat buka surah Yasin. Miyah baca berulang kali. Akhirnya Jusoh terlena juga dalam keadaan mengerut muka tahan sakit. Anak-anak tahu apa. Baca yasin pun tergagap-gagap.

Pada ketika Miyah buka balutan bau hanyir, bau busuk sangat meloya. Tempat luka nampak meneneh. Isinya kemerahan macam daging lembu kena siram asid. Ulart tidak ada pun tapi busuk lebih dari ada ulat. Bukan apa cuma tersepak tunggul kayu saja beberapa bulan yang lalu. Memang tunggul kayu itu bisa.

Buka pelan-pelan, usap pelan-pelan macam usap kepala bisul, hembus pelan-pelan barulah Jusoh lena. Miyah pun sapu pelan-pelan luka busuk itu dan peroi serbuk ubat kemudian Miyah bungkus semula. Baik tak baik kuasa Allah Taala. Takkan tak sembuh kalau kaki luka hanya kerana tersepak tunggul. Yang meliau dan meroyak kalau sapu air Zam-Zam tentu baik juga.

"Tak boleh jadi. Ayah kena masuk hospital," kata anak lelaki yang yang tinggal di Kuala Lumpur. Dia sudah ambil cuti panjang.

Apa Miyah nak kata melainkan terkelip-kelip mata saja. Itu kemahuan anak lelaki bungsu. Anak lelaki waris keras. Alasannya pula boleh diterima.

" Siapa nak jaga ayah kau? Aku ni kan tak boleh berdiri, berjalan? Siapa nak baca Yasin? Siapa nak tolong ambil wuduk?" begitu alasan Miyah pada anak bungsu. Suaranya diperlahan sedikit takut-takuy Jusoh dengar.

" Di hospital ada orang jaga. Jururawat, doktor."

" Mana boleh!" jerkahnya tapi matanya menjeling arah bilik Jusoh.

"Kalau nak bawa juga, biar aku yang jaga. Ayah kau tu, laki aku. Tau tak?"

Anak lelaki bungsu itu sudah nampak lain macam. Melahirkan kasih cinta dalam keadaan tua-tua rasa hendak meloya. Emak merajuk buruk padahnya. Tapi mereka anak beranak pun bermesyuarat. Keputusan di ambil. Miyah kecuali. Hantar saja ke hospital swasta. Di sana boleh teman. Hospital kerajaan lain sikit. Soal belanja mahal, pakat-pakat keluar.

Maka gaya hidup Miyah pun bertukar begitu pantas. Miyah kerisin kernyih bila dia dibawa dengan kerusi roda oleh anak-anaknya ke sana sini di hospital swasta itu. Duduk, mandi dan solat dalam bilik itu sejuk dua puluh empat jam. Makan minum Jusoh ada orang hantar. Kaki busuk orang basuh. Kain selimut tukar hari-hari. Cadar katil pun tukar selalu. Barulah Miyah terasa ringan beban tapi kadang-kadang naik cemburu juga. Kalau begini caranya, kuranglah pahalanya khidmat pada laki. Waktu muda-muda dulu Miyah belajar pada guru pondok. Kata Tok Guru, bini yang solleh ialah bini yang pandai jaga laki. Masuk syurga mesti taat pada laki.

Miyah tak mau jadi bini yang tidak solleh. Miyah mau masuk syurga sama-sama. Buang tahi mata laki pun tentu jadi kebajikan. Masakan kalau sudah sakit terkedang.

Masuk hari ketiga, ketika anak-anak balik berehat di rumah, Miyah menyinga pada jururawat. Apa saja Jururawat hendak buat,Miyah halang.

"Jangan sentuh laki aku!" jerkahnya.

Jururawat tersentak tapi kemudian tersenyum bila terdengar bunyi kentut biji cempedak dari Miyah.

Jusoh yang sudah dua hari hanya mampu celik dan menguap, memandang Miyah begitu-begitu. Kalau sehat dulu-dulu, cemburu seperti itu dia akan gelak berdekah-dekah.

Juruawat yang terperanjat tersentot agak lama. Miyah tentu orang kolot, sangka mereka. Lalu mereka pun memberitahu, itu adalah tugas mereka. Mereka mau mengubat, bukan apa-apa. Tapi Miyah tak peduli. Pegang lakinya batal wuduk. Sentuh kulit lakinya haram. Miyah tak mau Jusoh disentuh oleh bukan muhrim. Membiar orang sentuh bererti membiar Jusoh berdosa. Dan dia sendiri cukup merasa berdosa kalau dibiarkan orang lain mengubatnya. Ada satu kali jururawat menyelak kain Jusoh sampai celah kangkang. Miyah macam hendak menempek. Kalau Jusoh kuat ketika itu mau disuruh Jusoh terajang saja jururawat yang tak tahu hukum hakam itu. Adakah pula dalam keadaan sakit mau jenguk anu lakinya.

Bila keadaan menjadi sedikit kacau, doktor pun masuk campur. Rawatan tentu terganggu. Akhirnya pihak hospital menasehati anak lelaki Miyah supaya Miyah tinggal di rumah saja dan boleh datang pada waktu-waktu tertentu.

Miyah berontak. Di atas kerusi roda ketika anak-anak menyurung hendak naik kereta, Miyah membebel-bebel. Membawa baliknya bererti memisahkan syurga dengan Jusoh.

"Dia laki aku. Syurga aku syurga laki aku. Laki sakit bini kena jaga. Dulu dia yang jaga aku," begitu Miyah merintih sambil
mengepal-ngepal kain kelumbung mengesat air matanya.

Sampai di rumah Miyah menuduh anak-anaknya tidak sayangkan ayah mereka. Sejak itu Miyah tak lekang dengan surah Yasin. Dibacanya berulang kali minta Tuhan sembuh penyakit kencing manis Jusoh.Biar Jusoh balik cepat. Lama tidak solat berjemaah dengan Jusoh.

Anak-anak bergilir-gilir menjaga Jusoh di hospital. Miyah tahu itu. Tapi Miyah sepatah pun tak tanya tentang Jusoh. Miyah meluat pada anak-anak yang tak sayangkan ayah mereka. Bagaimana pun bila anak-anak berbual sesama mereka Miyah pasang telinga juga. Mana tahu Jusoh di hospital sudah boleh bangkit berjalan. Kalau Jusoh sudah boleh bangkit, tentu berkat baca Yasinnya.

Miyah yakin Jusoh sudah boleh bangkit. Setidak-tidaknya boleh ambil wuduk sendiri. Maka bilik Jusoh yang dulu busuk dan bersepah dengan kain buruk pun dibersih habis. Bantal Jusoh ditepuk-tepuk.Tilam Jusoh pun digabus-gabus.

Esoknya, selepas solat zohor, anak lelakinya dan dua orang lagi anak perempuannya balik tergesa-gesa. Miyah sudah agak Jusoh tentu sudah sembuh.

"Mak…ayah…"

"Aku dah agak. Tuhan itu berkuasa," jawabnya cepat memintas cakap anak lelakinya yang bungsu itu. Dia merangkak ke tengah ruang macam memerang kejar ikan.

" Tapi mak…"

" Kamu dan kakak-kakak kamu saja yang tak percaya kuasa Tuhan,"

katanya dengan bangga. "Tak percaya berkat baca Yasin."

"Bukan itu mak. Tapi…"

"Apa, kau ingat doktor yang bagi sembuh? Kau ingat jururawat yang pegang sana, sentuh sini tubuh ayah kau tu yang bagi sembuh?"

"Mak…" anak perempuan nombor tiga cuba berkata tapi tak jadi. Wajah emaknya direnung tajam dengan genangan air. Bibirnya bergerak-gerak.

"Macam itulah kalau tak mengaji aqoid. " kata Miyah pelan. Dia menyulur ke kusyen, merangkak naik dan menjenguk muka ke arah jendela.

"Doktor dah ikhtiar, mak," kata anak lelaki bungsunya dengan hati-hati sekali.

"Mak juga ikhtiar di sini. Dah berpuluh kali mak ulang baca Yasin.Aku baca surah Al-Mulk. Aku baca ayat seribu dinar. Kau fikir mak tak baca?"

"Mak…ayah tu…" sekali lagi anak itu terhenti. Terkedu. Yang dilakukan, mengepak-ngepak jarinya sahaja.

"Apa lagi?" Miyah jerkah sungguh-sungguh. Memang dia marah kalau anak-anak jahil aqoid. Itulah, dulu suruh belajar sifat dua puluh, malas.

Anak perempuan nombor tiga nampak menyempung seperti bungkusan lemang nampaknya. Pelan-pelan, dengan lenangan air mata dia mendekati Miyah.

" Mak…" katanya dengan sebak.

"Apa lagi?" Miyah mula terasa sesuatu. Dia yang duduk hendak mengesot, seperti mendapat tenaga baru. Dia cuba hendak berdiri.

"Kaki ayah."

"Kenapa?"

"Kaki ayah terpaksa di potong. Kaki ayah ni nak tanam di mana?" anak lelaki bungsu memberitahu dengan sebak.Dia memegang bahu emaknya kalau-kalau emaknya rebah begitu sahaja.

Miyah jadi tergamam. Di pandang muka anak-anak kemudian tunduk mengurut-ngurut pahanya. Kemudian seperti seekur singa betina yang marah pada anak-anak, Miyah melepaskan kata geramnya sambil memangis:

"Apa jadahnya. Selama aku jaga di rumah, tak ada siapa pun kata nak potong. Takkan manusia ni kejam-kejam belaka. Susah nak jaga, susah nak berubat, potong. Macamlah kaki itu tak berguna. Kalau macam itu siapa pun boleh jadi doktor. " Lalu seperti seekur kucing menikus, kaki Jusoh diambil dengan kasar.

Memang pun kaki Jusoh. Miyah kenal kaki yang diambilnya kaki lakinya. Dengan sebak pilu Miyah memeluk kaki Jusoh. Dunia lumpuhnya jadi berpusing-pusing. Wajah anak-anaknya yang kebengungan itu nampak macam serigala yang sedang menunggu daging mentah.

"Mak, Doktor kata, hanya dengan cara ini saja ayah boleh diselamatkan. Jika tidak, penyakit tu akan melarat." Kata anak lelakinya.

"Macam mana kalau sampai ke pinggang, ke badan kalau tak cepat-cepat potong," kata pula anak perempuannya.

Miyah membungkam sekian lama. Bila anak lelakinya mengambil kaki yang sudahpun dibalut dari dakapannya, dia membiarkan saja.

"Pergi tanam di kubur. Lepas tu bawa mak. Mak nak bagi tahu ayah kau, bukan mak yang suruh potong. Mak nak beritahu ayah kau, bukan mak tak mau jaganya," Miyah meratus merintih seperti orang hilang akal. Basah pipinya oleh temuak air mata. Dia sedikit meraung bila perasaan sedih tidak dapat dikawal.

"Ayah masih belum sedar. Dia di ICU," beritahu anak lelakinya.

"Bawa juga. Mak tak mau berdosa dengan laki mak. Mak nak bagi tahu, mak kamu ni, bininya. Mak ni bininya. Mak ni bininya. Mak ni bininya yang tak sikitpun berubah kasih sayang." Katanya seperti merayu dalam suara basahan air mata.

Anak-nak pun mengaku walaupun mereka tahu doktor tidak akan membenarkan sesiapa pun melawat ke bilik ICU.

Selepas saja kaki yang dipotong itu di tanam, Miyah pun di bawa ke hospital. Dalam perjalanan Miyah tidak bercakap apa-apa pun. Dia lebih banyak mengepak-ngepak jari tangan dan menekan-nekan tangan ke dada.

Di atas kerusi roda yang disurung oleh anak-anaknya, Miyah hanya membilang kasau-kasau, jenang dan keping-keping syiling sepanjang koridor. Kalaulah dia tidak lumpuh, mau rasanya dia berlari-lari.
Tapi alangkah terkejutnya, malah anak lelakinya yang selama ini pantas mengelola ayahnya menjadi hairan, terpinga-pinga apabila dilihat katil yang Jusoh ditempatkan sudah kosong.

"Mana ayah kau?" Miyah jadi terharu bila melihat katil Jusoh kosong.
Anak lelakinya mula panik. Dia ke sana sini dan akhirnya bertanya jururawat di kaunter. Jururawat itu kelihatan menunjuk-nunjuk ke satu arah dan anak lelakinya hanya angguk-angguk saja.

Sebaik-baik saja Miyah minta dibawa ke bilik ICU, seorang jururawat kelihatan bergegas ke arah mereka. Keadaannya nampak cemas.

"Encik anak Jusoh?" Tanya jururawat yang tinggi lampai itu.

"Saya bininya," Miyah cepat menjawab.

Tiga empat orang jururawat dan dua tiga orang yang lalu di situ kelihatan tersenyum.

"Sila ke bilik sana tu. Cepat!"

Miyah disurung oleh anak-anaknya sampai terdengar bunyi tayar kerusi roda itu berkeriot-keriot. Miyah yakin Jusoh akan berkata sesuatu. Tapi alangkah terperanjatnya bila pintu bilik itu terkuak, seorang doktor kelihatan tunduk menembabkan mulutnya ke telinga Jusoh.

"Jusoh, aku datang ni." Miyah seperti hendak melompat dari kerusi roda.

Tapi Jusoh tidak apa-apa. Jusoh macam Jusoh lima enam hari yang lalu. Jusoh tidak pun menyua tangan. Jusoh tidak pun bangkit bersalam. Jusoh terbujur dengan mata terpejam.

"Jusoh, aku datang ni."

Jusoh tidak menjawab pun. Jusoh dalam selimut putih yang cukup bersih.

Miyah menggesak kerusi roda menembab tebing katil Jusoh. "Jusoh, maafkan aku. Bukan aku tak mau bela kau, tapi mereka yang tak bagi. Jusoh…kaki kau aku dah tanam. Jusoh…"

Miyah terasa kerusi roda yang didudukinya diundur ke belakang.
"Jusoh…kau tunggu di sana tau. Aku pun nak ke sana," kedengaran suara itu suara yang hampir hilang tenaga.

Kerusi roda semakin diundur kebelakang.

"Jusoh…kau tunggu tau. Aku pun nak ke sana." Dan kemudiannya Miyah tidak tahu apa-apa lagi.

*****

Cerpen yang dah lama dalam simpanan aku. Hari ni masuk hari ketiga, aku masih teringatkan kata-kata pedas dalam hampir setiap hasil tulisannya. Sekarang dia dah tiada lagi...

Pagi tadi aku sebaik aku labuhkan punggung di kerusi dan segala sistem serta rangkaian di pc siap untuk beroperasi, aku memeriksa kembali laporan akhbar online yang buat aku terpaku hari sebelumnya.

Masih ada. Tajuk yang sama, isi laporan yang sama. Bermakna harapan aku yang menyangkakan berita yang aku terima pada pagi hari sebelumnya tu cuma mimpi, meleset sama sekali. Ini kenyataan. Bukan mimpi. Aku mesti bangun dan cepat sedar dengan segera...

SATU KEHILANGAN BESAR...

sempadan ini

| Tuesday, August 23, 2011 | 67 comments |

...kepelbagaian rupa bentuk geografi yang kemudiannya mewujudkan sempadan politik, kekal sampai bila-bila. Kita berasal dari rumpun darah yang sama, tapi akhirnya sempadan di atas glob ini juga kemudiannya memisahkan rasa persaudaraan yang sepatutnya kekal kukuh dan wujud selamanya di seantero rantau ini. Kerana itu, kita pernah diperdengarkan dengan istilah menjengkelkan seperti `Malingsia' atau `Indonesial'.

*Suara dari sekumpulan lelaki bingai yang mulut penuh disumbat roti canai di Bangsar: kami adalah sebuah negara berdaulat yang kaya dengan sumber dan dilimpahi dengan kemakmuran sehingga ada semut-semut dari seberang sana yang sibuk berduyun-duyun datang menghurungi kemanisan serta rakus menyedut  madu bumi ini.

*Laungan dari susuk terpencil di tengah-tengah kesibukan kotaraya Jakarta: tanah ini mempunyai sejarah yang panjang, kamilah bangsa yang mengilhamkan pembebesan dari cengkaman tangan kolonial kepada saudara-saudara kami di sekelilingnya, kami juga bangsa yang penuh identiti dan kebudayaan sehingga ada maling-maling yang tanpa segan silu mencurinya daripada kami dan mengakui hak mutlak sendiri.

*Bisikan keras dari tingkat 20 perumahan dua bilik di kota Singa: kami punyai jiwa yang sangat besar dan kental yang membolehkan kami muncul sebagai bangsa bersatu dan mampu bermandiri di tengah-tengah kecamukan bangsa-bangsa yang sering bertelingkah; selagi kami mengekalkan semangat kiasu ini, selagi itu kami mampu menjadi negara kecil berupa abang kepada jiran-jiran besar kami.

Cukuplah setakat itu...

...selamat ulang tahun kelahiran negara bangsa, semoga kalian terus mencari makna kemerdekaan sebenar tanpa jemu:

Indonesia, 17 Ogos 1945
Malaysia, 31 Ogos 1957
Singapura, 9 Ogos 1965

...dari luar sini

| | 73 comments |
Maaf dark vamp, helaan asap tar dan nikotin dari sebatang winston dan tegukan secawan coke sejuk buat aku tenang di bawah porch sambil mendengar rengekan bertingkah si cengkerik dari celah batu sana...

hutang tertangguh

| Monday, August 22, 2011 | 24 comments |
...maaf tuan, malam ini saya akan jelaskan hutang saya pada tuan yang tertangguh itu.
al-Fatihah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

...daripada ALLAH dia datang (segala sesuatu) kepada ALLAH dia akan kembali..

HILANG

| | 5 comments |

Ke mana tuan menghilang?
Entah apa khabar tuan sekarang?
Berita melalui sms yang tuan kirimkan beberapa bulan yang lalu masih tak dapat menghilangkan rasa gusar saya, tuan...
Rindu untuk menatap hasil tangan tuan seperti waktu yang dulu-dulu lagi.
Semoga tuan bertambah sihat.
Insya-Allah.


***

Pagi ni aku betul-betul terkejut.
Hilang kata-kata.
Orang yang sangat aku kagumi dah tiada lagi...
Maaf, aku tak mahu melakukan (menulis) apa-apa hari ini...

(Entri di atas aku tulis minggu lepas, tapi masih belum aku post lagi sebab aku perlu menghubungi Allahyarham untuk mengetahui status kesihatannya. Izinkan aku menangis dalam hati...)

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/novelis-azizi-abdullah-meninggal-dunia/

sentap jantung

| | 15 comments |
Sepasang suami isteri sedang duduk bersama-sama dua orang lagi anak mereka mengadap hidang sementara menanti waktu berbuka.
Salah seorang anak mereka berkata dengan pandangan teruja, "Wah, banyaknya lauk!"
Dan dijawab oleh anak mereka yang seorang lagi, "Mestilah, ayah kita kan banyak duit..."
Serta-merta kedua-dua suami isteri itu berpandangan sesama sendiri. Jelas sekali si suami menunjukkan riak wajah yang sedikit murung...

*****

Tiap kali nak masuk waktu berbuka aku mesti tunggu iklan ni macam tahun lepas, tapi tak muncul-muncul jugak sampai la dah nak masuk hujung-hujung Ramadhan ni. Iklan yang sederhana tapi buat aku sentap...

tom morello

| Sunday, August 21, 2011 | 21 comments |
aku perlukan tonik untuk mata aku terus segar mengadap garisan-garisan vektor di atas skrin monitor aku, mungkin sehingga waktu sahur nanti.

...video yang seingat aku (tapi yang ni aku rembat dari youtube), dah lebih lima tahun dalam simpanan. sekarang setelah lebih 10 tahun aku masih mengagumi mereka, walau pun mereka tidak lagi seperti dulu dan kini membawa hala tuju yang baru.



I'm a brother with a furious mind
Action must be taken
We don't need the key
We'll break in

...untuk buddies aku, mungkin korang tak mengenali mereka.



It's a beautiful world we live in
A sweet romantic place
Beautiful people everywhere
The way they show they care
Makes me want to say
It's a beautiful world
Oh what a beautiful world
For you

It's a wonderful time to be here
It's nice to be alive
Wonderful people everywhere
The way they comb their hair
Makes me want to say
It's a wonderful place
Oh what a wonderful place
For you, not me...!

...damn! mereka masih memberikan aku semangat yang sama, seperti dulu!

Tanah Kubur

| | 20 comments |
Babak terakhir, situasi yang berlaku di sebuah tanah perkuburan.

Ketika Tok Adi usai menggali liang lahad bersama-sama dengan beberapa orang lagi, disedari terdapat tompokan darah yang sedikit demi sedikit mula menggenangi jenazah yang telah siap sedia untuk diturunkan. Bermula dari bahagian perut jenazah, kemudiannya darah itu seakan berlinang sehingga mulai membasahi pangkal peha arwah.

Beberapa penduduk kampung yang menyaksikan kejadian itu mulai panik sementara ada antaranya yang berbisik sesama sendiri, dan beberapa penduduk yang lainnya berundur beberapa langkah ke belakang menjauhi liang lahad tersebut. Terkejut dengan kejadian itu, Tok Adi cuba menenangkan penduduk kampung yang mulai riuh.

Setelah keadaan kembali tenang sedikit, Tok Adi mengarahkan beberapa penduduk kampung yang membantunya mengangkat jenazah untuk dimuatkan ke dalam liang lahad. Sekali lagi, lelaki-lelaki tadi gempar dan serta-merta melompat naik dari liang lahad dan muka salah seorang daripada mereka seakan merah padam. Salah seorang daripada mereka menudingkan jari ke arah liang lahad.

Sebaik menjenguk ke dalam liang lahad, wajah Tok Adi berubah melihatkan beberapa jasad bayi yang siap berkapan dan dilumuri tanah bergelimpangan merata di dalam liang lahad. Memang mengerikan fenomena yang betul-betul berlaku di depan matanya. Walau pun sebelum ini dia telah beberapa kali berhadapan dengan perkara pelik ketika tugasnya menggali kubur, namun ini adalah kali pertama dia diperlihatkan dengan jasad kanak-kanak di dalam liang lahad yang baru sahaja digalinya...


***

Dua tiga hari lepas, tanpa terniat aku berkenan pulak menonton drama ni time sahur. Sekali sekala layan drama Astro apa salahnya. Lagi pun zaman sekarang ni sahur sambil tengok (bukan tonton) tv dah jadi semacam trend pulak. Ada yang yang tengok Aznil menggedik sama-sama penonton kecil (dan besar), ada yang alih ke Astro Ceria, ada jugak yang lebih senang mengadap binatang mandi sungai kat Animal Planet je.

Terfikir jugak, drama setengah jam yang bermesej macam ni kenapa disiarkan time orang tengah sahur. Time orang payah nak bukak mata dan minda. Time orang yang jenis pemalas bangun pagi tengah sedap mengerekot atas tilam empuk.

Aku tau, slot yang pukul 5.00 pagi ni cuma ulangan je yang aku sendiri pun tak tau entah bila waktu tayangan sebenarnya.

Ok, terus kepada kepala entri. Aku pasti drama ni dibikin untuk menyedarkan tentang keterlanjuran atas bumi semasa hidup sama ada sengaja atau tidak, pasti akan dibalas Tuhan. Dan sesetengahnya diperlihatkan sebelum jasad kita sempat dibaringkan di dalam liang lahad lagi, semata-semata untuk memberi peringatan kepada yang hidup.

Tapi. berapa kerat daripada kita; selain Kak Zurin cikgu sekolah menengah, Abdul Muiz penjaga stor kilang kat Shah Alam dan Makcik Noriah seorang penjawat awam yang tinggal lagi kurang setahun nak habiskan servis kat Putrajaya; akan terkesan dengan babak dalam drama ni?

Siapa sebenarnya penonton yang patut menjadi target drama Tanah Kubur ni? Adakah mereka ini berpeluang menonton, atau setidak-tidaknya tanpa sengaja telah menekan button 106 kat remote mereka?

Kalau ada pun yang menonton secara tanpa sengaja, adakah mereka akan betul-betul memahami mesej baik yang cuba disampaikan tu?

...apa pun, Nasir Bilal Khan memang orang yang paling layak memegang watak Tok Adi. Sekian, awal pagi ni aku akan menonton lagi.

tempah tiket

| Saturday, August 20, 2011 | 26 comments |

Antara fadhilat Ramadhan yang dapat aku lihat secara zahirnya tahun ni adalah, aku berjaya mengurangkan tempahan tiket ke neraka lebih awal...

gaung paling dalam...

| | 28 comments |
susulan daripada kejadian buruk iaitu mimpi ngeri yang aku dapat masa tidur sementara tunggu azan subuh pagi semalam, aku dah tak nak tidur lagi lepas sahur dah.


tapi masalahnya, hari ni sabtu. hari cuti. apa aktiviti yang aku boleh buat kalau bukan baring-baring depan tv? memang confirm aku boleh lelap punya!


jadi, aku cuba melayani nafsu pendengaran aku kepada sesuatu yang boleh buat aku jatuh ke dalam gaung yang paling dalam. ya, yang paling dalam bersama-sama dia, adele...


...my hands, they were strong, but my knees were far too weak,
to stand in your arms without falling to your feet...

...i set fire to the rain
watched it pour as i touch your face
well, it burned while i cried
cause i heard it screaming out your name, your name...

...i set fire to the rain
and i threw us into the flames
when we fell, something died
cause i knew that was the last time, last time...







gila, memang gila...! tiap kali aku dengar rangkap lagu ni, aku dapat imagine situasi kekecewaan yang ada dalam diri si adele ni. aku faham betapa susah dia nak lepaskan sesuatu yang dia paling hargai dalam hidup, walau pun memang itu hakikat yang dia mesti terima.


mesti, dia mesti lepaskan jugak... walau pun sangat perit, sangat sukar, sangat menyeksa diri seolah-olah keengganannya melepaskan suatu itu melebihi segalanya. hmmm, adele...

aku penghukum?

| Friday, August 19, 2011 | 40 comments |
pagi tadi, lepas sahur. sementara nak tunggu azan subuh dari surau selang satu jalan sebelah padang sana, aku rebahkan kepala kat sofa sambil cuba lelapkan mata aku sekejap. tapi, tempoh yang aku lalui tak sampai sepuluh minit tu buat aku teringat sesuatu sepanjang hari ni...

sigh...! aku mimpi. aku mimpi aku kehilangan orang yang aku tak kisah tentang kewujudan dia selama ni. aku menangis dalam mimpi tu. menangis yang teramat sangat...

selama waktu aku berjaga sepanjang hari ni, aku tak tau. aku keliru sama ada aku patut rasa kehilangan dan menangis kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku terpaksa berdepan dengan situasi seperti dalam mimpi tu.

atau pun dah tiba masa aku maafkan dia?

...dalam keluarga, aku sering dilihat sebagai seorang yang cool. tapi dalam jiwa aku, aku dah tetapkan yang aku takkan maafkan dia. sampai bila? mungkin sampai akhirnya aku merasa puas menghukum...

fuck the system!

| | 53 comments |
malam semalam. old town bandar kinrara 5 sebelah giant. mangkuk hayun punya hamdi, ajak aku minum kat sini. mesti nak cilok wifi free kat situ. dah la sebelum ni ada isu banyak kopitiam tak apply sijil halal, ini semua syubhat ni beb, goyang aku...

gila, malam-malam macam ni aku nak keluar naik moto. dah la petang tadi hujan, tak berapa nak mari naik moto sejuk-sejuk ni. sorang-sorang pulak tu. bukannya aku tak biasa keluar malam, tapi sejak umur dah masuk golongan dewasa ni, aktiviti malam aku cuma tertumpu dalam rumah je. astro, internet, kerja, ps2, dvd... memang benda-benda yang boleh buat aku relax sampai pagi.

nak bawak keluar kereta buatan malaysia kesayangan aku tu, malas la pulak aku nak tolak pagar tengah-tengah malam karang. nanti askar pencen depan rumah tu ingat aku baru balik dangdut pulak! tak pasal-pasal pulak aku dah sebabkan jiran-jiran aku saling memfitnah.

lebih kurang pukul 10:15 aku sampai. pusing barang seround dua, lepas tu aku berhenti kat penjuru bangunan lot kedai pejabat paling hujung tu, ngam-ngam kat bawah pokok setinggi lebih kurang dua kali aku. dah tongkat moto elok-elok, ikat helmet rempit si sepol ni punya kat seat, aku jalan dengan kaedah paling steady masuk premis yang rata-rata kaki minum kat situ tengah sembang sambil ngadap laptop masing-masing.

...

sembang punya sembang dengan mamat bandar tenggara ni, baru aku sedar bukan aku je yang tak banyak berubah sejak kami tinggalkan sekolah teknik dulu. banyak cerita yang keluar. dari beli rumah semi-d kat bangi dengan harga tak masuk akal, developer kuat kencing, awek hot kat kelas dulu kawin dengan mamat paling barai perangai, sampai la ke cerita dia kerja kilang drypers dulu. almaklum, banyak benda nak kongsi since kami dulu pernah stay dalam dorm yang sama, tapi dia masuk lambat sebab dorm mate aku ramai yang kena buang sekolah kes kantoi ganja dengan pukul budak junior sampai patah rusuk.

kali terakhir aku jumpa dia masa aku kerja drafting kat tampoi dalam 8 ke 9 tahun dulu. itu pun kebetulan je, bulan puasa jugak la. paling bebal aku punya perangai, pergi kenduri kawin dia tahun lepas tapi tak jumpa pengantin, takat salam dan sembang ala carte je dengan mak bapak dia. tak sangka pulak kali ni jumpa pun bulan puasa jugak, berkat ramadhan kot... tapi walau pun bertahun-tahun tak jumpa, kami tetap stick tak lost contact.

...

last sekali, sampai ke topik utama yang mempertemukan kami malam tu selepas sekian lama dan jugak selepas abis asap rokok dari 5 batang winston light aku buat ulam.

dia tanya aku: botak, apsal selama ni ko  tak pernah ambik insuran?

dengan selamba aku jawab: sebab selama ni kawan-kawan aku takde yang jadi agen. kawan atas kawan tu ramai la.

hamdi: ok la tu, ambik je dengan siapa-siapa pun, asalkan ada coverage.

aku: aku tau, tapi aku memilih untuk mempertaruhkan kepercayaan kepada kawan aku sendiri atau manusia yang aku kenal berbanding meletakkan kebergantungan hidup aku sepenuhnya terhadap sistem!

hamdi: ...macamana kopi tu, ok? mintak rokok sebatang...

video

cerita politik sikit

| Thursday, August 18, 2011 | 35 comments |
Najib had said that censorship laws are no longer effective in this day and age and can cause even more damage, citing the example of how his administration’s blacking out of an article on the July 9 Bersih rally by The Economist garnered more negative reaction than the actual story itself.
-Malaysian Insider; August 17, 2011


...la, baru tau ke? Ada antara kami yang melihat dengan telinga, mendengar dengan mata, merasa dengan hati. Kami membutuhkan keterbukaan...

*aku suka baca paper pagi-pagi sebab dapat tengok banyak drama free.

dedicated to my two buddies

| | 60 comments |




dulu ada orang kata aku ni jiwang sebab aku boleh layan matahariku (agnes monica) secara marathon kat ofis. ada jugak orang pernah kata aku ni jiwa lembut sebab aku simpan video adia (sarah mclachlan) versi live kat handset. aku peduli apa kan...! aku akan minat semua benda yang aku anggap ada suntikan seni yang kemas dan berjiwa dalam satu-satu hasil karya tu.

tak kisah la kalau si adele aku tu boring tunggu aku lama sangat belek-belek baju kat bundle, lantak la. kalau aku yang berkepala botak (kadang-kadang) dan berpenampilan budak jahat ni tapi boleh bersandar dengan tenang sambil dengar angel (sarah mclachlan jugak)... yang penting aku cuba menghayati semua hasil kerja-kerja keras insan seni lain dalam bentuk visual, bunyi atau pun teks...

ok, video lonely day ni aku tujukan kat si NP tu supaya dia tak payah susah-susah cari bahu siapa-siapa lagi, needless tu pulak untuk LW, pandai-pandai la dengar... ingat, aku bukan jiwang ar...!

sedikit info untuk diri sendiri, selain daripada soulfly yang berasal dari brazil yang mempunyai basist serupa macam system of a down ni dah tangkap aku sejak album prophecy dulu (tahun tak ingat, lama dah), aku dah follow band ni sejak album steal this album lagi. lagu-lagu diorang memang cara sial...! lagi satu peel aku, aku lebih suka collect diorang punya vcd (zaman dvd belum naik) konsert. tak kisah la kat pertama complex atau kat pasar malam sekali pun (pernah beli vcd konsert slipknot kat pasar malam, brader jual tu siap tanya aku; cerita apa ni bang?). bangang meletup-letup...!

ok, untuk NP dan LW, enjoy je la sebab korang pernah komplen aku kasi up lagu-lagu sedih. kalau tak boleh layan, nasib la. sebab aku ni jenis pukul rata apa yang aku anggap berbaloi untuk dinikmati, tak kira la apa genre sekalipun, kecuali dangdut dan hindustan!

..........

Catatan Seorang Demonstran (2)

| Wednesday, August 17, 2011 | 35 comments |


Jenazah dibawa oleh pesawat terbang AURI, dari Malang mampir Yogja dan kemudian ke Jakarta. Ketika di Yogja, kami turun dari pesawat dan duduk-duduk di lapangan rumput. Pilot yang mengemudikan pesawat tersebut duduk bersama kami. Kami bercakap-cakap. Kemudian dia bertanya, apakah benar jenazah yang dibawa adalah jenazah Soe Hok Gie. Saya membenarkan. Dia kemudian berkata, "Saya kenal namanya. Saya senang membaca karang-karangannya. Sayang sekali dia meninggal. Dia mungkin bisa berbuat lebih banyak, kalau dia hidup terus". saya memandang ke arah cakrawala yang membatasi lapangan terbang ini dan hayalan saya mencoba menembus ruang hampa yang ada di balik awan sana. Apakah suara yang perlahan dari penerbangan AURI ini bergema juga di ruang hampa tersebut?

Saya tahu, di mana Soe Hok Gie menulis karang-karangannya. Di rumah di Jalan Kebon Jeruk, di kamar belakang, ada sebuah meja panjang. Penerangan listrik suram, karena voltase yang selalu turun kalau malam hari. Di sana juga banyak nyamuk. Ketika orang-orang lain sudah tidur, seringkali masih terdengar suara mesin tik dari kamar belakang Soe Hok Gie, di kamar yang suram dan banyak nyamuk itu, sendirian, sedang mengetik membuat karangannya. Pernahkah dia membayangkan bahwa karangan tersebut akan dibaca oleh seorang penerbang AURI atau oleh seorang tukang peti mati di Malang?

Tiba-tiba, saya melihat sebuah gambaran yang menimbulkan pelbagai macam perasaan di dalam diri saya. Ketidak-adilan bisa merajalela, tapi bagi seorang yang secara jujur dan berani berusaha melawan semua ini, dia akan mendapat dukungan tanpa suara dari banyak orang. Mereka memang tidak berani membuka mulutnya, karena kekuasaan membungkamkannya. Tapi kekuasaan tidak bisa menghilangkan dukungan itu sendiri, karena betapa kuat pun kekuasaan, seseorang tetap masih memiliki kemerdekaan untuk berkata "Ya" atau "Tidak", meskipun cuma di dalam hatinya.

Saya terbangun dari lamunan saya ketika saya dipanggil naik pesawat terbang. Kami segera akan berangkat lagi. Saya berdiri kembali di samping peti matinya. Di dalam hati saya berbisik, "Gie, kamu tidak sendirian". Saya tak tahu apakah Hok Gie mendengar atau tidak apa yang saya katakan itu.

-Arief Budiman.

**********

...walau pun aku mengambil masa tak sampai seminit untuk membaca bab pertama naskhah ini, tapi seketika kemudiannya aku terkedu sendirian dalam bingit suara orang-orang sekeliling di pejabat dan gema lagu dari mini hi-fi di sebelah selama hampir lima minit, mungkin kerana rasa kekaguman aku mulai menebal padanya...

Catatan Seorang Demonstran (1)

| | 34 comments |


Dia berkata, "Akhir-akhir ini saya selalu berpikir, apa gunanya semua yang saya lakukan ini. Saya menulis, melakukan kritik kepada banyak orang yang saya anggap tidak benar dan yang sejenisnya lagi. Makin lama, makin banyak musuh saya dan makin sedikit orang yang mengerti saya. Dan kritik-kritik saya tidak mengubah keadaan. Jadi apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya ingin menolong rakyat kecil yang tertindas, tapi kalau keadaan tidak berubah, apa gunanya kritik-kritik saya? Apa ini bukan semacam onani yang konyol? Kadang-kadang saya merasa sungguh kesepian".

Saya tahu, mengapa dia berkata begitu. Dia menulis kritik-kritik yang keras di koran-koran, bahkan kadang-kadang dengan menyebut nama. Dia pernah mendapat surat-surat kaleng yang antara lain memaki-maki dia sebagai "Cina yang tidak tahu diri, sebaiknya pulang ke negerimu saja". Ibu saya sering gelisah dan berkata, "Gie, untuk apa semuanya ini. Kamu hanya mencari musuh saja, tidak mendapat uang". Terhadap ibu, dia cuma tersenyum dan berkata, "Ah, mama tidak mengerti".

Kemudian, dia juga jatuh cinta dengan deorang gadis. Tapi orang-tuanya tidak setuju - mereka selalu dihalangi untuk bertemu. Orang-tua gadis itu adalah seorang pedagang yang cukup kaya dan Hok Gie sudah beberapa kali bicara dengan dia. Kepada saya, Hok Gie berkata, "kadang-kadang saya merasa sedih. Kalau saya bicara dengan ayahnya si ..., saya merasa dia sangat menghargai saya. Bahkan dia mengagumi keberanian saya dalam tulisan-tulisan saya. Tetapi kalau anaknya diminta, dia pasti akan menolak. Terlalu besar risikonya. Orang hanya membutuhkan keberanian saya tanpa mau terlibat dengan diri saya". Karena itu, ketika seorang temannya dari Amerika menulis kepadanya: "Gie seorang intelektual yang bebas adalah seorang pejuang yang sendirian. Selalu. Mula-mula, kau membantu menggulingkan suatu kekuasaan yang korup untuk menegakkan kekuasaan lain yang lebih bersih. Tapi sesudah kekuasaan baru ini berkuasa, orang seperti kau akan terasing dan akan terlempar keluar dari sistem kekuasaan. Ini akan terjadi terus-menerus. Bersedialah menerima nasib ini, kalau kau mau bertahan sebagai seorang intelektual yang merdeka; sendirian, kesepian, penderitaan". Surat ini dia tunjukkan kepada saya. Dari wajahnya saya lihat dia seakan mau berkata; ya, saya siap.

-Arief Budiman

**********

...pastinya naskhah ini mempunyai pemilikan hakciptanya yang tersendiri, tapi aku punya alasan aku yang tersendiri kenapa aku harus berkongsi bersama dunia...

Anger...!

| | 40 comments |



rasa macam nak tengok, tapi schedule kat tgv tak keluar lagi. aku suka watak antagonis filem ni yang aku rasa memang true abis...!

terbaik sepanjang zaman

| | 39 comments |
video

kalau seratus tahun lagi pun, aku tetap dengar lagu ni bila tiba ramadhan (bawak ke syawal)... inilah lagu terbaik sepanjang zaman untuk kategori lagu bermusim.