Rumpelstiltskin

| Wednesday, July 27, 2011 | |


Suatu masa dahulu, ada seorang pekebun sayur penternak ikan patin yang suka bercakap besar mengatakan anak dara suntinya boleh memintal jerami menjadi emas. Apabila raja mendengar tentang penipu bedebah itu, baginda bertitah, “Bawakan anak badigol itu kepada beta!”. Setelah dibawa mengadap, raja menitahkan gadis itu dibawa ke dalam bilik yang dipenuhi jerami dan berkata, “Pintal jerami ini menjadi emas atau kamu akan dihukum melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama 100 jam.” Gadis itu menangis kerana sebenarnya, dia tidak boleh memintal jerami menjadi emas.

..

Tiba-tiba seorang lelaki kerdil yang ganjil menjelma. “Jangan gusar wahai manusia normal yang tidak berdaya, dalam tiga hari, aku akan memintal jerami itu menjadi emas dan akan aku hamparkan di hadapanmu bagaikan rumput tiruan di Stadium Jalan Besar,” katanya, “tetapi kamu mesti memberikanku pengeras.” Gadis itu pun memberikan rantai lehernya.

..

Hari berikutnya, dia memberikan lelaki kerdil itu cincinnya yang pernah dihadiahkan oleh bekas kekasihnya ketika zaman persekolahan dulu. Tetapi pada hari ketiga, tiada apa-apa lagi untuk diberikan kepada lelaki kerdil itu kecuali pakaian yang membaluti tubuhnya ketika itu. “Baiklah, jika begitu, berikan anak sulungmu kepadaku,” kata lelaki kerdil yang hodoh seperti ahli parlimen itu. Dengan rasa sedih dan bimbang diapa-apakan, gadis itu bersetuju.

..

Raja amat bergembira dengan semua emas itu sehingga baginda membuat keputusan bodoh dengan mengahwini gadis itu tanpa mengambilkira status sosial dan latar belakang DNA gadis itu. Setahun kemudian, mereka mendapat seorang anak. Tetapi lelaki kerdil yang ganjil itu datang kembali untuk mengambil anak itu.

..

Gadis itu yang kini telah menjadi seorang permaisuri yang gila kuasa, telah menawarkan batu permata sebagai ganti. Tetapi lelaki kerdil itu enggan menerimanya kerana tahu harta-harta itu diperolehi dengan cara mengenakan cukai yang tak masuk akal terhadap rakyat. Kemudian dia berkata, “Jika kamu berjaya meneka namaku seperti yang tertera pada kad pengenalan dalam tempoh tiga hari, nescaya kamu boleh pelihara bayi kamu.” Selama dua hari permaisuri telah menyebut semua nama seperti yang tertulis pada buku Panduan Menamakan Anak. Namun malang, semuanya tidak betul.

..

Kemudian, seorang tali barut istana di kalangan rakyat memberitahu permaisuri bahawa dia telah ternampak lelaki kerdil di hutan sedang berdangdut, sambil mendendangkan lirik yang amat harganya berupa kenaikan pangkat sebanyak dua tangga menegak “Ha, ha, ha! Rumpelstiltskin adalah namaku!” ajuk tali barut itu tergedik-gedik sambil menggayakan aksi si kerdil yang berupa penjahat di mata permaisuri.

..

Pada hari ketiga usai waktu zohor, permaisuri bertanya sambil menggaru ibu jari kakinya, “Adakah nama kamu... Rumpelstiltskin?” Lelaki kerdil itu pun terkejut dan secara sengaja terkencing di dalam seluar! Dia menghentak-hentak lantai sekuat hatinya tanda geram dengan kedua-dua kepala lututnya sehingga menyebabkan lantai balairong seri itu berlubang dan menampakkan api neraka di dasar istana tersebut. Lalu, orang kerdil yang ganjil dan bebal itu pun jatuh ke dalam api neraka jahannam untuk selama-lamanya...

Tamat.

..

Aku sangat-sangat tak paham dengan pemikiran orang barat dalam mendidik anak-anak mereka menggunakan cerita-cerita dongeng tak masuk akal yang aku langsung tak dapat kesan langsung pun nilai-nilai positif yang budak-budak kecil patut ambil manfaat. Semua cerita dongeng yang diorang cerita kat anak-anak sebelum masuk tidur lebih banyak negatif berbanding positif. Aku cuma perasan, anak-anak mat saleh ni diajar bila dah besar untuk menjadi penipu, putar belit, pencuri atau pun perompak harta orang lain macam kisah Hansel and Gretel atau pun Jack and The Beanstalk.

Kalau macam ni gaya, aku nak jadi penerbit buku kecil-kecilan yang beroperasi kat Seattle dan terbitkan buku cerita rakyat kita dan aku nak edarkan kat sekolah-sekolah swasta. Genius idea ni...!

5 comments:

aloy_paradoks Says:
July 27, 2011 at 12:59 AM

ok la, market sana besar gak..

SynicalMind Says:
July 27, 2011 at 1:09 AM

strategi kena padat, tembak mesti tepat, baru result melekat! mana nak cari orang, material, lubang market yang terbaek. cerita dongeng kita yang agak2 diorang boleh terima tanpa perlu berasimilasi yang keterlaluan. yang penting, kita ajar diorang apa tu makna `bed time story', bukan `bad time story'...

Anonymous Says:
July 27, 2011 at 8:07 AM

power ar!

Mommy Fara Says:
July 28, 2011 at 12:54 PM

Tapi klu nak jadik succesful author kat Seattle sana, kena ada jdk Freemason. Pas tu cite mende2 merepek takde moral. Nak2 ada unsur mata satu. Wah! Lagi kaya raya! Amacam?

Silap2 ley beat populariti Lady Gaga la! Wahahahahah!

SynicalMind Says:
July 28, 2011 at 4:28 PM

itu dah macam masuk kandang rimau kena mengaum, apa kata kita buat diorang mengembek pulak. ada cara?