Permata

| Thursday, July 28, 2011 | |
Perempuan? Wanita?
Hmm, makhluk ciptaan tuhan yang hampir sempurna kejadiannya.
Punyai kelebihan azali tak tertanding yang tak sanggup lelaki pikul.
Tak ubah macam batu permata.
Nilainya akan jatuh merudum kalau dijual di kaki lima atau pasar karat walau digali dari Sierra Leone sekalipun yang saban tahun hanya menumpahkan darah.
Tapi, tidak pula turun darjatnya jika dipamerkan di dalam gegeluk kaca, di atas singgahsana bertingkat 7 walaupun hanya tiruan semata-mata dan hanya diukir daripada serpihan manik terpakai.
Mereka akan lebih menjadikan aku kagum kalau mereka ni meletakkan nilai diri mereka pada tempat yang agung, kalau tinggi biarlah secantik dan bercahaya macam bintang yang jadi perhiasan dan peneman bulan, kalau rendah biarlah tetap berharga macam mutiara di dasar lautan yang jauh tersembunyi di celah-celah karang...
Secantik mana pun rupa wajah wanita, rasa hormat aku tak dapat menandingi mereka yang benar-benar menjaga kehormatan mereka dalam apa cara dan bentuk sekali pun, sama ada dalaman (hati) atau luaran (fizikal).

...

Tutuplah, sebab... semakin wanita itu menutup (pada aku perkataan yang sesuai adalah MELINDUNGI) diri mereka, makin mereka akan mendapat sanjungan dan bernilai tinggi di sisiNya.

4 comments:

Cik Ina Do do Cheng Says:
July 28, 2011 at 9:07 AM

nilai manusia bukan pada wajah.manusia lebih bernilai kalau berperibadi mulia.

SynicalMind Says:
July 28, 2011 at 11:00 AM

ya betul, untuk melengkapkan kemuliaan tu mesti (mandatori) melindungi diri dari luar dan dalam. sejauh mana kita sanggup taat pada perkara-perkara yang di anggap remeh masa kini tapi sebenarnya suatu kewajipan (sekali lagi mandatori).

Mommy Fara Says:
July 28, 2011 at 12:57 PM

Itu budak bawah umur yang terang-terangan masih bodoh tapi tunjuk pandai. Tak nak terima ajaran dan teguran org pulak.

Kalau dah terpengaruh abis dgn Justin Bieber, mmg mcm tu la jadinye..

Tapi bagi aku, biarlah bodoh dari berlagak pandai. Kalau aku bodoh, sekurang-kurangnya aku masih ada hati nak belajar, belajar dan belajar lagi.

SynicalMind Says:
July 28, 2011 at 4:31 PM

...yang berlagak pandai pun masalah jugak. masalah nak belajar, masalah nak mengajar, sampai ada yang jadi kurang ajar.
justin bieber? hahahaa...! aku suka kau petik nama budak jambu ni.