durian dan penyesalan

| Thursday, July 21, 2011 | |
petang tadi.
sebelum maghrib...
aku tengok (tonton!) edisi 7.
ini memang antara bahan wajib aku sementara tunggu waktu maghrib.
banyak jugak bahan-bahan lawak, lebih kurang macam buletin utama la.
tapi, tu semua langsung tak tinggalkan kesan kat aku, kecuali awek baca berita yang pakai baju merah pulak petang ni.
kalau la dia pandai nyanyi macam skandal aku si adele tu, kompom aku bomohkan dia.
lain-lain berita?
ilek, dah biasa sangat.

***

cuma.
bila aku tengok (tonton!) segmen yang last sekali.
ada sedikit menitik darah kat dahi aku.
memang mata aku tengok (ye betul, aku dah tak tonton) visual orang-orang kat skrin tv aku yang tengah hepi tak ingat akhirat tengah makan durian.
ada sorang dua awek siap tunjuk ulas durian kat kamera lagi.
konon-konon bangga muka masuk tv, balik kampung mesti tanya kat mak uda: ada nampak tak muka lina makan durian kat sri pentas hari tu?


kat penang, ada kaitan sikit.

apa yang sinis sangat dalam kepala aku?
takde apa pun.
itu kan rezeki dia.
tuhan bagi kita rezeki dalam bermacam cara dan gaya.
orang-orang yang aku tengok (iye, tengok) dalam tv tu tuhan dah bagi rezeki dapat makan durian dalam suasana yang gembira sambil sekali sekala ingat dunia sikit-sikit.

***

apa yang aku fikir masa tu...
ada tak kevin carter tergerak hati nak tolong budak perempuan yang dia tangkap gambar masa kat uganda tahun 1993 dulu.
mungkin:
1. dia dah terlalu obses nak dapat shot yang paling menarik sampaikan ambik beberapa minit nak setting kamera dia.
2. memang dia tak ada keinginan nak jadi manusia walau seketika, yang dia tau kerja dia masa tu cuma tangkap gambar.
3. "kalau aku tolong dia, apa faedah yang aku dapat. langsung tak datangkan kesan, sebab ada beribu lagi budak kecik yang tengah merangkak menuju kem mintak makan. nanti aku tolong dia, tak adil la dengan yang lain-lain tu".

gambar ada kaitan sangat

tapi, karma tuhan kadang-kadang menyedarkan kita. carter mati bunuh diri beberapa bulan lepas dapat pullitzer tahun 1994.
dia mati atas nama.... penyesalan!

5 comments:

Mommy Fara Says:
July 22, 2011 at 11:21 AM

Saya tak bercerita tentang politik. Jangan kaitkan cerita saya dgn politik. Senang cerita untuk kesenangan semua pihak;

Orang yang suci, bersih dan tegak. Mampukah mereka dapat kuasa politik di negara Malaysia?

Saya bercerita berlandaskan pengalaman saya. Bukan momokan orang lain. Dan jika hendak menyentuh pasal politik pun, Melayu bukan hak mutlak UMNO. Itu saja.....

SynicalMind Says:
July 22, 2011 at 11:31 AM

ok, terima kasih.
berbalik kepada persoalan "Orang yang suci, bersih dan tegak. Mampukah mereka dapat kuasa politik di negara Malaysia?"...
saya lebih menganggap perjuangan mendapatkan kuasa (pasti atas tujuan murni) oleh pihak yang suci-bersih-tegak tu sebagai graf kalau melihatkan kepada sejarah. kadang-kala di bawah, dan kini saya yakin kalau kena cara dan sokongan orang-orang yang juga suci-murni-tegak akan dapat berkuasa, cuma mungkin terpaksa melangkaui tempoh masa yang kita sendiri tak pasti.

Mommy Fara Says:
July 22, 2011 at 11:57 AM

Saya sendiri pun tak pasti bila boleh naik sebab kelilingnya malah yg memegang kuasa sekalipun sudah terlalu kotor. Takut terpalit kotor pd org yg suci-bersih-tegak tu. Bila dah terpalit, tujuan murni sudah menjadi tujuan yg bengkok. Itu belum dapat. Bila dah dapat, khuatir akan jadi seperti yg sekarang. Kotor. Cakap tak serupa bikin. Fitnah. Dan segala macam lagi.

Ah...tak nak cerita politik lagi. Walau pergi mengundi tapi hakikat dunia...

Politik tetap politik. Kotor. Itu sudah semesti.

SynicalMind Says:
July 22, 2011 at 12:30 PM

...sigh! yup.
harap2.

Zul Fattah Says:
July 22, 2011 at 3:30 PM

woo.. nice..