antara dua derajat

| Monday, July 25, 2011 | |
Simpang Lima, Sekinchan, Selangor.
Lebih kurang 300 meter dari jalan utama Sekinchan - Sungai Besar.
Rumah kampung, tapi tak nampak terlalu ketinggalan zaman dari segi senibina atau terlalu moden.
Dekat laman, ada dua khemah yang didirikan dengan kain pemidang yang jadi pemisah antara jemputan lelaki dengan perempuan.
Kalau mana-mana lelaki yang tak malu tu, boleh la join khemah yang ada makcik-makcik atau cikaro baek kat sebelah tu.
Makanan pun, kalau pada pandangan kebanyakan kita nampak macam ala-ala je, makanan kampung.
Tapi pada aku memang marbeles!
Ada ikan keli goreng, ikan masin, dan satu lagi sajian ikon pada masyarakat minang kat sebahagian Selangor dan Bagan Datoh, Perak iaitu ompok.
Makanan yang macam asam pedas pada aku yang sebelumnya pertama kali menjamah. Tapi ikan dimasak dengan berulang kali sehingga begitu lembut sampai ke tulang.
Suasana, memang meriah tapi sederhana. Pada pandangan mata kasar, aku susah nak bezakan yang mana YB kawasan tu dengan mamat keja bengkel besi kat simpang masuk tu.
Semua jemputan nampak sama je.

***

Satu kawasan perumahan baru, pinggir pekan Slim River, Perak.
Tak susah sangat nak cari, sebab aku berpandukan GPS yang awal-awal aku dah set koordinate dengan kad jemputan yang tak berapa nak cantik sangat. Bayar murah kot.
Dari jauh bila parking kereta kat depan lot-lot kedai yang baru siap, aku dah boleh nampak khemah jemputan warna purple bersulam renda putih.
Nampak biasa tapi cantik, sesuai dengan status pengantin yang bakal jadi bos dalam 5 tahun lagi kalau tak kantoi exam untuk kali ke tiga.
Ada susunan makanan dekat kedua-dua belah khemah. Satu hujung sini, yang paling hampir dengan entrance. Satu lagi kat bahagian tengah, yang jadi pemisah antara khemah pertama dengan khemah kedua.
Meja kat kedua-dua khemah aku tengok disusun sama, memanjang.. Dengan gelas kosong dah siap tersusun secara terlangkup kat atas meja. Satu air basuh tangan untuk tiap empat kerusi. ok, kemas...
Pasal makanan pulak, ok la. Sedap pada tahap yang biasa-biasa, dan boleh buat tambah kalau tak reti segan. Walau pun malamnya aku terpaksa masuk jamban tiga kali sambil maki hamun sebab cirit-birit, dengan perkara sama berlaku pada beberapa kawan-kawan aku yang lain.
Brengsek punya pengantin, sabotaj kawan ke...!

***

Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, KL
Setengah jam tunggu pengantin kat masjid, taknak masuk dulu sebab dah janji dengan yang lain-lain nak masuk sekali dengan pengantin.
Kawasan perumahan yang agak sesak. Sebab khemah jemputan didirikan atas kawasan lapang antara blok-blok apartment lima tingkat.
Ramai orang, mungkin saudara pengantin perempuan kot. Campur lagi jiran-jiran dari blok sebelah-sebelah.
Semua nampak perfect. Dengan bunga manggar, baju pengantin warna biru gelap dengan fabrik jenis songket bunga tabur, makanan sedap tapi aku tak tambah sebab lauk kenduri tak sama macam kat rumah mak yang sedap sampai boleh tambah dua tiga kali.
Sampai hampir ke penghujung majlis aku tunggu, sebab nak cari peluang ambik gambar dengan pengantin.
Antara majlis yang aku akan ingat sebab dah lama aku tunggu mamat ni kahwin tapi tak kahwin-kahwin. Lambat sangat sampai aku ingat dia ni gay!

***

Dewan Serbaguna, Kuala Pilah, NS
Pun takde la susah sangat nak cari lokasi majlis ni sebab aku dah agak familiar dengan jalan-jalan kat daerah ni.
Rumah mak dia ni kat Tanjung Ipoh, jalan menuju ke Sri Menanti.
Dia buat majlis kat dewan bukan sebab dia dah pindah kat situ atau dapat kerja jadi guard, tapi sebab kawasan rumah dia memang tak muat nak tampung 15 ribu (katanya) jemputan. Memang betul pun, kawasan rumah dia takkan muat nak buat majlis kahwin untuk anak tunggal dan jugak cucu kesayangan.
Pertama kali melangkah masuk dewan, aku sangat tertarik dengan permainan kumpulan gamelan, asyik...
Dan yang paling penting, sekali lagi aku dapat merasa masakan ala kampung dalam majlis yang macam ni besar. Masak lomak cili api. Pergh...! Meleleh sial!

***

...tapi semalam, 23hb Julai.
Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, KL.
Aku dapat undangan untuk majlis resepsi anak sorang kenamaan yang dah bergelar jutawan (kata orang), seorang profesor yang dah pencen tapi masih kerja secara kontrak kat UiTM.
Gila khinzir apa! Ni la first time aku datang jemputan sorang jutawan. Ntah protokol yang macamana aku nak pakai. Nak Suap nasik pakai tangan ke? Tu pun kalau diorang hidang nasi, kalau chicken chop macamana? Apa sewel aku nak datang majlis macam tu? Nak kena salam dengan VIP lagi, dato'-dato',
datin-datin... Arghhh... Tak pergi pun takpe.
Sebab apa yang aku pasti, mesti dalam dewan tu akan disediakan dua jenis meja. Meja VIP dengan yang bukan VIP. Satu perkara yang jadi kepantangan aku kalau ada yang nak jadi hakim, cuba membeza-bezakan manusia lebih-lebih lagi kalau bab makan. Memang aku tak gemor la...
...sampai sana, aku masuk dalam dewan lepas salam dengan si professor ni.
Mata aku sibuk usha dari hujung sana sebelah kanan dewan sampai hujung sini sebelah kiri dewan.
Ah sudah... Ini sudah kes berat. Rasa macam nak balik pun ada. Nak nangis pun ada, sebab rasa macam tak layak pulak aku datang.
Langsung tak jumpa! Langsung tak nampak! Weh, mana meja untuk yang bukan VIP ni? Semua meja cantik-cantik je decor dia. Gila, takkan aku nak makan kat luar,
mana ada meja...
Sial la!

***

Aku sangat-sangat respek pada tuan rumah kedaung sebab dia tak macam sesetengah orang yang melihat taraf manusia pada kedudukan sosial dalam masyarakat, jawatan dalam kerjaya atau berapa banyak pendapatan tahunan kita. Kenapa kita mesti buat khemah yang berasingan dalam majlis kita sendiri? Majlis yang sepatutnya meraikan dan menghargai tetamu yang sudi datang memeriahkan sesuatu upacara penting dalam keluarga kita? Aku tak rasa Tan Sri yang makan dalam khemah VIP yang cantik dihias dengan kipas paling laju semesta alam di setiap penjuru khemah tu akan keluarkan kentut lyang ebih wangi daripada lelaki beranak empat berjawatan juruteknik kilang air-con yang makan kat khemah panas sebab kipas ada satu je kat tengah-tengah kanopi, sambil hirup bau busuk sebab meja dia betul-betul sebelah tong sampah.
Bullshit la macam ni...!!!

2 comments:

Mommy Fara Says:
July 25, 2011 at 2:24 PM

Teringat satu majlis. Majlis biasa-biasa aje. Rumah teres. Tapi kawasan kampung. Tak ada asing2 lelaki perempuan. Semua boleh campur gaul. Tapi pelik. Meja pengantin nun jauh 10 depa org dewasa. Termasuk meja VIP. Meja org kebanyakan pulak, ada sebelah sinun. Mmg jarak abis! Yg penting, meja makan jenis mcm kantin sekolah. Bkn macam VIP tu. Meja bulat. Siap ada bunga2 lagi.

Yg peliknya, bukan catering. Tp hasil kerjasama org kampung. Mgkn jns pengantin tak sedar diri kot. Berangan nak kawen kat hotel. Tapi tak ckp duit. Maka, btlah stail2 kat hotel.

Kelakar.

SynicalMind Says:
July 25, 2011 at 2:32 PM

ini semua aku anggap sebagai mentaliti luar sedar sesetengah orang yang membuat pengasingan taraf sesama manusia.