nyawa 1 sen

| Saturday, July 30, 2011 | 2 comments |
Dulu.
Ketika zaman kegemilangan industri perkapalan Britain yang berpusat di Belfast...
Ketika arang batu seolah-olah nyawa yang menggerakkan dandang...
Ketika golongan artisan dan aristokrat selesa bersandar sambil meneguk wain bermutu tinggi...
...seorang lelaki mati setiap 6 jam, jauh di dalam lubang neraka arang batu.
Nilai nyawa mereka ketika itu berbeza...
Sekarang...
Nilai nyawa setiap daripada kita masih berbeza...

leftenan adnan dan bola

| Friday, July 29, 2011 | 2 comments |
Petang semalam.
Sepanjang perjalanan on the way balik kerja.
Dari pandangan seorang penunggang motosikal berhemah, aku boleh nampak fenomena yang agak asing tapi dah lama aku harapkan.
Ada sorang mamat bawak satria hijau, pakai baju biru lengan merah.
Ada dua orang brader naik LC hitam, dua-dua pakai baju biru lengan merah, kat mudguard ada bendera Malaysia.
Masuk kawasan perumahan aku, kat traffic light exit ke KESAS ada van putih. Kat dalam ada tiga orang. Yang driver tua sikit rambut botak tengah, mungkin bapak pada dua orang lagi tu kot. Dua orang je pakai baju biru lengan merah. yang sorang lagi baju kuning jalur hitam.

...

Malam Tadi.
Tepat 8:31 malam, aku tekan 801 kat remote Astro.
Memang betul, memang sah. Tiket yang dekat 90 ribu dah abis jual.
Pemandangan yang aku jarang tengok. Kali terakhir kalau tak silap masa Sukan Komanwel dulu. Tu pun masing-masing pakai baju macam ada acara anekaragam Tadika Seri Pagi. Tak sekata langsung.
Tapi malam tadi, majoriti aku tengok cuma ada dua jenis baju je. Biru lengan merah, kuning jalur hitam.
Memang betul orang dok kata bola sepak (atau sepak bola kat negara jiran) ni sukan nombor satu, walau pun kita agak mustahil nak memiliki pasukan pada ranking teratas termasuklah untuk kalangan negara serantau.
...

Kegilaan yang aku tengok dengan menggunakan mata aku ni, suatu yang amat sihat. Aku suka, suka aku tengok.
Menunjukkan peminat bola sepak kita tak pernah meninggalkan pasukan kita sendirian walau seteruk mana pun diorang `main telur' kat atas padang.
Semangat tu, semangat!
Keghairahan untuk menyokong dan sama-sama berjuang bersama-sama pasukan dari bangku penonton sehingga wisel penamat. Cuma, yang aku tak berapa berkenan pasal kesetiaan.
Kesetiaan...!
Tak salah penyokong menagih kemenangan dalam setiap perlawanan, itu hak mereka sebagai penyokong. Diorang dah sanggup beli jersi yang harga bukan puluh-puluh ringgit (ketepikan pasar malam!), balasan yang diorang dapat sepatutnya bukan sekadar kemenangan semata, at least kalau kalah pun biarlah pasukan kita main secara bermaruah dan bukan macam budak perempuan bawah 12 tahun main bola jaring. Hak korang, korang patut tuntut.
Tapi, sebagai pasukan yang memerah keringat penat-penat nak `main telur' atas padang bukan senang. Jadi mereka juga berhak mendapat kesetiaan daripada para penyokong.

...

Malam tadi, aku dah nampak seat stadium mula ada yang kosong start minit ke 85:00 lagi. Come on la!!! Berjuang la wei.. Perjuangan tu bukan sepatutnya bersama-sama dengan pihak yang menang je. Tapi perjuangan tu menuntut kesetiaan yang jitu. Sorak sampai ke titisan peluh terakhir, selagi wisel tak ditiup lagi, selagi tu korang jangan bangun langsung. Nama Ultras Malaya tu je dah menunjukkan makna yang besar. Tapi semangat yang segelintir penyokong kita tunjukkan memang jauh ke laut!

...

Aku paling respek dengan supporters Timnas Indonesia...



Apa salahnya kita tanamkan semangat perjuangan dan kesetiaan tu macam manusia legend yang ni...

awek gua pandai nyanyi...!

| Thursday, July 28, 2011 | 3 comments |

dah tiga minggu gua dengar suara lu, ulang-ulang dari pagi sampai petang kat ofis, dari malam bawak ke pagi kat rumah, tak jemu la babe... tak sia-sia gua angkat lu jadi awek gua.

Permata

| | 4 comments |
Perempuan? Wanita?
Hmm, makhluk ciptaan tuhan yang hampir sempurna kejadiannya.
Punyai kelebihan azali tak tertanding yang tak sanggup lelaki pikul.
Tak ubah macam batu permata.
Nilainya akan jatuh merudum kalau dijual di kaki lima atau pasar karat walau digali dari Sierra Leone sekalipun yang saban tahun hanya menumpahkan darah.
Tapi, tidak pula turun darjatnya jika dipamerkan di dalam gegeluk kaca, di atas singgahsana bertingkat 7 walaupun hanya tiruan semata-mata dan hanya diukir daripada serpihan manik terpakai.
Mereka akan lebih menjadikan aku kagum kalau mereka ni meletakkan nilai diri mereka pada tempat yang agung, kalau tinggi biarlah secantik dan bercahaya macam bintang yang jadi perhiasan dan peneman bulan, kalau rendah biarlah tetap berharga macam mutiara di dasar lautan yang jauh tersembunyi di celah-celah karang...
Secantik mana pun rupa wajah wanita, rasa hormat aku tak dapat menandingi mereka yang benar-benar menjaga kehormatan mereka dalam apa cara dan bentuk sekali pun, sama ada dalaman (hati) atau luaran (fizikal).

...

Tutuplah, sebab... semakin wanita itu menutup (pada aku perkataan yang sesuai adalah MELINDUNGI) diri mereka, makin mereka akan mendapat sanjungan dan bernilai tinggi di sisiNya.

kerja bodoh oleh orang gila

| Wednesday, July 27, 2011 | 4 comments |
nak gelak ada, nak marah pun ada. tapi nak marah pun tak guna sebab diorang ni jenis budak yang bila bapak hantar pergi sekolah, tapi bapak belum sampai rumah, dia dah ada kat depan pintu. macamana nak buat ni....????

LOKASI: Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.


LOKASI: Persimpangan Bandar Kinrara, Lebuhraya Bukit Jalil


Rumpelstiltskin

| | 5 comments |


Suatu masa dahulu, ada seorang pekebun sayur penternak ikan patin yang suka bercakap besar mengatakan anak dara suntinya boleh memintal jerami menjadi emas. Apabila raja mendengar tentang penipu bedebah itu, baginda bertitah, “Bawakan anak badigol itu kepada beta!”. Setelah dibawa mengadap, raja menitahkan gadis itu dibawa ke dalam bilik yang dipenuhi jerami dan berkata, “Pintal jerami ini menjadi emas atau kamu akan dihukum melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama 100 jam.” Gadis itu menangis kerana sebenarnya, dia tidak boleh memintal jerami menjadi emas.

..

Tiba-tiba seorang lelaki kerdil yang ganjil menjelma. “Jangan gusar wahai manusia normal yang tidak berdaya, dalam tiga hari, aku akan memintal jerami itu menjadi emas dan akan aku hamparkan di hadapanmu bagaikan rumput tiruan di Stadium Jalan Besar,” katanya, “tetapi kamu mesti memberikanku pengeras.” Gadis itu pun memberikan rantai lehernya.

..

Hari berikutnya, dia memberikan lelaki kerdil itu cincinnya yang pernah dihadiahkan oleh bekas kekasihnya ketika zaman persekolahan dulu. Tetapi pada hari ketiga, tiada apa-apa lagi untuk diberikan kepada lelaki kerdil itu kecuali pakaian yang membaluti tubuhnya ketika itu. “Baiklah, jika begitu, berikan anak sulungmu kepadaku,” kata lelaki kerdil yang hodoh seperti ahli parlimen itu. Dengan rasa sedih dan bimbang diapa-apakan, gadis itu bersetuju.

..

Raja amat bergembira dengan semua emas itu sehingga baginda membuat keputusan bodoh dengan mengahwini gadis itu tanpa mengambilkira status sosial dan latar belakang DNA gadis itu. Setahun kemudian, mereka mendapat seorang anak. Tetapi lelaki kerdil yang ganjil itu datang kembali untuk mengambil anak itu.

..

Gadis itu yang kini telah menjadi seorang permaisuri yang gila kuasa, telah menawarkan batu permata sebagai ganti. Tetapi lelaki kerdil itu enggan menerimanya kerana tahu harta-harta itu diperolehi dengan cara mengenakan cukai yang tak masuk akal terhadap rakyat. Kemudian dia berkata, “Jika kamu berjaya meneka namaku seperti yang tertera pada kad pengenalan dalam tempoh tiga hari, nescaya kamu boleh pelihara bayi kamu.” Selama dua hari permaisuri telah menyebut semua nama seperti yang tertulis pada buku Panduan Menamakan Anak. Namun malang, semuanya tidak betul.

..

Kemudian, seorang tali barut istana di kalangan rakyat memberitahu permaisuri bahawa dia telah ternampak lelaki kerdil di hutan sedang berdangdut, sambil mendendangkan lirik yang amat harganya berupa kenaikan pangkat sebanyak dua tangga menegak “Ha, ha, ha! Rumpelstiltskin adalah namaku!” ajuk tali barut itu tergedik-gedik sambil menggayakan aksi si kerdil yang berupa penjahat di mata permaisuri.

..

Pada hari ketiga usai waktu zohor, permaisuri bertanya sambil menggaru ibu jari kakinya, “Adakah nama kamu... Rumpelstiltskin?” Lelaki kerdil itu pun terkejut dan secara sengaja terkencing di dalam seluar! Dia menghentak-hentak lantai sekuat hatinya tanda geram dengan kedua-dua kepala lututnya sehingga menyebabkan lantai balairong seri itu berlubang dan menampakkan api neraka di dasar istana tersebut. Lalu, orang kerdil yang ganjil dan bebal itu pun jatuh ke dalam api neraka jahannam untuk selama-lamanya...

Tamat.

..

Aku sangat-sangat tak paham dengan pemikiran orang barat dalam mendidik anak-anak mereka menggunakan cerita-cerita dongeng tak masuk akal yang aku langsung tak dapat kesan langsung pun nilai-nilai positif yang budak-budak kecil patut ambil manfaat. Semua cerita dongeng yang diorang cerita kat anak-anak sebelum masuk tidur lebih banyak negatif berbanding positif. Aku cuma perasan, anak-anak mat saleh ni diajar bila dah besar untuk menjadi penipu, putar belit, pencuri atau pun perompak harta orang lain macam kisah Hansel and Gretel atau pun Jack and The Beanstalk.

Kalau macam ni gaya, aku nak jadi penerbit buku kecil-kecilan yang beroperasi kat Seattle dan terbitkan buku cerita rakyat kita dan aku nak edarkan kat sekolah-sekolah swasta. Genius idea ni...!

kerja?

| Monday, July 25, 2011 | 6 comments |
hari-hariku akan berlalu dengan begitu perfect sekali kalau...
-aku seorang wanita berumur 30-an
-seorang penjawat awam
-bekerja mengikur waktu pejabat
-berpendapatan lebih rm3000 sebulan
-pergi tapau makanan bila tengok jam pukul 12:25 tgh
-hari ni hari jumaat
-pagi tadi baru gaji!
....macam gampang!

antara dua derajat

| | 2 comments |
Simpang Lima, Sekinchan, Selangor.
Lebih kurang 300 meter dari jalan utama Sekinchan - Sungai Besar.
Rumah kampung, tapi tak nampak terlalu ketinggalan zaman dari segi senibina atau terlalu moden.
Dekat laman, ada dua khemah yang didirikan dengan kain pemidang yang jadi pemisah antara jemputan lelaki dengan perempuan.
Kalau mana-mana lelaki yang tak malu tu, boleh la join khemah yang ada makcik-makcik atau cikaro baek kat sebelah tu.
Makanan pun, kalau pada pandangan kebanyakan kita nampak macam ala-ala je, makanan kampung.
Tapi pada aku memang marbeles!
Ada ikan keli goreng, ikan masin, dan satu lagi sajian ikon pada masyarakat minang kat sebahagian Selangor dan Bagan Datoh, Perak iaitu ompok.
Makanan yang macam asam pedas pada aku yang sebelumnya pertama kali menjamah. Tapi ikan dimasak dengan berulang kali sehingga begitu lembut sampai ke tulang.
Suasana, memang meriah tapi sederhana. Pada pandangan mata kasar, aku susah nak bezakan yang mana YB kawasan tu dengan mamat keja bengkel besi kat simpang masuk tu.
Semua jemputan nampak sama je.

***

Satu kawasan perumahan baru, pinggir pekan Slim River, Perak.
Tak susah sangat nak cari, sebab aku berpandukan GPS yang awal-awal aku dah set koordinate dengan kad jemputan yang tak berapa nak cantik sangat. Bayar murah kot.
Dari jauh bila parking kereta kat depan lot-lot kedai yang baru siap, aku dah boleh nampak khemah jemputan warna purple bersulam renda putih.
Nampak biasa tapi cantik, sesuai dengan status pengantin yang bakal jadi bos dalam 5 tahun lagi kalau tak kantoi exam untuk kali ke tiga.
Ada susunan makanan dekat kedua-dua belah khemah. Satu hujung sini, yang paling hampir dengan entrance. Satu lagi kat bahagian tengah, yang jadi pemisah antara khemah pertama dengan khemah kedua.
Meja kat kedua-dua khemah aku tengok disusun sama, memanjang.. Dengan gelas kosong dah siap tersusun secara terlangkup kat atas meja. Satu air basuh tangan untuk tiap empat kerusi. ok, kemas...
Pasal makanan pulak, ok la. Sedap pada tahap yang biasa-biasa, dan boleh buat tambah kalau tak reti segan. Walau pun malamnya aku terpaksa masuk jamban tiga kali sambil maki hamun sebab cirit-birit, dengan perkara sama berlaku pada beberapa kawan-kawan aku yang lain.
Brengsek punya pengantin, sabotaj kawan ke...!

***

Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, KL
Setengah jam tunggu pengantin kat masjid, taknak masuk dulu sebab dah janji dengan yang lain-lain nak masuk sekali dengan pengantin.
Kawasan perumahan yang agak sesak. Sebab khemah jemputan didirikan atas kawasan lapang antara blok-blok apartment lima tingkat.
Ramai orang, mungkin saudara pengantin perempuan kot. Campur lagi jiran-jiran dari blok sebelah-sebelah.
Semua nampak perfect. Dengan bunga manggar, baju pengantin warna biru gelap dengan fabrik jenis songket bunga tabur, makanan sedap tapi aku tak tambah sebab lauk kenduri tak sama macam kat rumah mak yang sedap sampai boleh tambah dua tiga kali.
Sampai hampir ke penghujung majlis aku tunggu, sebab nak cari peluang ambik gambar dengan pengantin.
Antara majlis yang aku akan ingat sebab dah lama aku tunggu mamat ni kahwin tapi tak kahwin-kahwin. Lambat sangat sampai aku ingat dia ni gay!

***

Dewan Serbaguna, Kuala Pilah, NS
Pun takde la susah sangat nak cari lokasi majlis ni sebab aku dah agak familiar dengan jalan-jalan kat daerah ni.
Rumah mak dia ni kat Tanjung Ipoh, jalan menuju ke Sri Menanti.
Dia buat majlis kat dewan bukan sebab dia dah pindah kat situ atau dapat kerja jadi guard, tapi sebab kawasan rumah dia memang tak muat nak tampung 15 ribu (katanya) jemputan. Memang betul pun, kawasan rumah dia takkan muat nak buat majlis kahwin untuk anak tunggal dan jugak cucu kesayangan.
Pertama kali melangkah masuk dewan, aku sangat tertarik dengan permainan kumpulan gamelan, asyik...
Dan yang paling penting, sekali lagi aku dapat merasa masakan ala kampung dalam majlis yang macam ni besar. Masak lomak cili api. Pergh...! Meleleh sial!

***

...tapi semalam, 23hb Julai.
Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, KL.
Aku dapat undangan untuk majlis resepsi anak sorang kenamaan yang dah bergelar jutawan (kata orang), seorang profesor yang dah pencen tapi masih kerja secara kontrak kat UiTM.
Gila khinzir apa! Ni la first time aku datang jemputan sorang jutawan. Ntah protokol yang macamana aku nak pakai. Nak Suap nasik pakai tangan ke? Tu pun kalau diorang hidang nasi, kalau chicken chop macamana? Apa sewel aku nak datang majlis macam tu? Nak kena salam dengan VIP lagi, dato'-dato',
datin-datin... Arghhh... Tak pergi pun takpe.
Sebab apa yang aku pasti, mesti dalam dewan tu akan disediakan dua jenis meja. Meja VIP dengan yang bukan VIP. Satu perkara yang jadi kepantangan aku kalau ada yang nak jadi hakim, cuba membeza-bezakan manusia lebih-lebih lagi kalau bab makan. Memang aku tak gemor la...
...sampai sana, aku masuk dalam dewan lepas salam dengan si professor ni.
Mata aku sibuk usha dari hujung sana sebelah kanan dewan sampai hujung sini sebelah kiri dewan.
Ah sudah... Ini sudah kes berat. Rasa macam nak balik pun ada. Nak nangis pun ada, sebab rasa macam tak layak pulak aku datang.
Langsung tak jumpa! Langsung tak nampak! Weh, mana meja untuk yang bukan VIP ni? Semua meja cantik-cantik je decor dia. Gila, takkan aku nak makan kat luar,
mana ada meja...
Sial la!

***

Aku sangat-sangat respek pada tuan rumah kedaung sebab dia tak macam sesetengah orang yang melihat taraf manusia pada kedudukan sosial dalam masyarakat, jawatan dalam kerjaya atau berapa banyak pendapatan tahunan kita. Kenapa kita mesti buat khemah yang berasingan dalam majlis kita sendiri? Majlis yang sepatutnya meraikan dan menghargai tetamu yang sudi datang memeriahkan sesuatu upacara penting dalam keluarga kita? Aku tak rasa Tan Sri yang makan dalam khemah VIP yang cantik dihias dengan kipas paling laju semesta alam di setiap penjuru khemah tu akan keluarkan kentut lyang ebih wangi daripada lelaki beranak empat berjawatan juruteknik kilang air-con yang makan kat khemah panas sebab kipas ada satu je kat tengah-tengah kanopi, sambil hirup bau busuk sebab meja dia betul-betul sebelah tong sampah.
Bullshit la macam ni...!!!

decibel01

| Sunday, July 24, 2011 | 6 comments |



Yes...! Jumpa.
Kena selongkar satu rumah baru jumpa!
Album yang di`attached'kan bersama edisi pertama KLUE tahun 2002 (kot?) dulu.
Dalam ni ada beberapa lagu terbaik sepanjang zaman yang sampai sekarang masih lagi jadi siulan kalau aku drive sorang-sorang tengah malam.
Satu lagi, lagu brader Meor (Sama Antara Sesama) yang dah jadi ringtone aku sejak 5 tahun dulu...
Kredit untuk Meor.

durian dan penyesalan

| Thursday, July 21, 2011 | 5 comments |
petang tadi.
sebelum maghrib...
aku tengok (tonton!) edisi 7.
ini memang antara bahan wajib aku sementara tunggu waktu maghrib.
banyak jugak bahan-bahan lawak, lebih kurang macam buletin utama la.
tapi, tu semua langsung tak tinggalkan kesan kat aku, kecuali awek baca berita yang pakai baju merah pulak petang ni.
kalau la dia pandai nyanyi macam skandal aku si adele tu, kompom aku bomohkan dia.
lain-lain berita?
ilek, dah biasa sangat.

***

cuma.
bila aku tengok (tonton!) segmen yang last sekali.
ada sedikit menitik darah kat dahi aku.
memang mata aku tengok (ye betul, aku dah tak tonton) visual orang-orang kat skrin tv aku yang tengah hepi tak ingat akhirat tengah makan durian.
ada sorang dua awek siap tunjuk ulas durian kat kamera lagi.
konon-konon bangga muka masuk tv, balik kampung mesti tanya kat mak uda: ada nampak tak muka lina makan durian kat sri pentas hari tu?


kat penang, ada kaitan sikit.

apa yang sinis sangat dalam kepala aku?
takde apa pun.
itu kan rezeki dia.
tuhan bagi kita rezeki dalam bermacam cara dan gaya.
orang-orang yang aku tengok (iye, tengok) dalam tv tu tuhan dah bagi rezeki dapat makan durian dalam suasana yang gembira sambil sekali sekala ingat dunia sikit-sikit.

***

apa yang aku fikir masa tu...
ada tak kevin carter tergerak hati nak tolong budak perempuan yang dia tangkap gambar masa kat uganda tahun 1993 dulu.
mungkin:
1. dia dah terlalu obses nak dapat shot yang paling menarik sampaikan ambik beberapa minit nak setting kamera dia.
2. memang dia tak ada keinginan nak jadi manusia walau seketika, yang dia tau kerja dia masa tu cuma tangkap gambar.
3. "kalau aku tolong dia, apa faedah yang aku dapat. langsung tak datangkan kesan, sebab ada beribu lagi budak kecik yang tengah merangkak menuju kem mintak makan. nanti aku tolong dia, tak adil la dengan yang lain-lain tu".

gambar ada kaitan sangat

tapi, karma tuhan kadang-kadang menyedarkan kita. carter mati bunuh diri beberapa bulan lepas dapat pullitzer tahun 1994.
dia mati atas nama.... penyesalan!

dari skrin tv aku

| Tuesday, July 19, 2011 | 0 comments |
Hahaha...! Macam sial la sitkom jam 8 ni! Baik untuk meredakan ketegangan emosi dalaman aku. Kalau tak gelak, at least aku ada bahan amatur yang mampu buat aku tersengih...

katanotanya...

| Saturday, July 16, 2011 | 0 comments |
Kita hidup sentiasa berlandaskan sejarah, tapi malangnya sejarah itu sendiri seringkali dimanipulasi oleh segelintir tangan dan otak yang berkepentingan... (kredit untuk Pyan Ndouk)

protes senyap

| Friday, July 15, 2011 | 0 comments |
petang tu.
23 april 2011.
tengah malam ni road tax dengan insurans moto nak expired dah.
ah, pergi mati ar aku nak renew.
untuk menunjukkan rasa protes terhadap beberapa dasar pemerintah yang aku tak berapa nak berkenan, jadi aku berjanji takkan renew seberapa lama yang aku tahan.
kalau sampai pencen pun tak pe.

petang semalam.
pergh, lega sial.
dah renew.
kalau aku tak bayar kang, macamana pemerintah sedia ada nak dapat duit buat tampal jalan yang pecah barai tiap kalau musim hujan.

maafkan aku sebab aku terpaksa mengkhianati janji aku sebelum ini.
aku harap takde rakyat malaysia yang berpendirian macam aku.
kesian kat menteri, macamana nak bayar gaji diorang kalau ramai-ramai rakyat malaysia buat protes macam aku.

damn!

BAD COP vs GOOD COP

| Wednesday, July 13, 2011 | 0 comments |
Tiap kali aku log in fesbuk, mesti aku kena tanya...
"What's on your mind?"
Tapi hari tu aku jawab..
"Polis babi!"

***

siang tadi...

tengahari sebenarnya dalam pukul dua lebih. dah masuk ofis hour, tapi aku kat luar. sukati aku la, menteri tu pak ngah aku... kat kedai makan tepi jalan area kerinchi yang tak berapa nak sedap tapi ramai orang, aku makan sorang-sorang.

nak angkat bontot pegi bayar duit nasik dengan sirap limau kat akak gemuk tu, nampak satu muka yang macam familiar je. dengan raut muka agak panjang lebih kurang latiff borgiba, takde misai takde janggut... macam sial, tak jantan langsung siak, nasib baik ada nampak halkum! aku datang dekat...

"abang ni keja polis trafik kan?". aku tanya, muka gamble.
"haah", dia jawab...
aku sengih, dia blah...

sah! dia ni la yang selalu jaga trafik petang-petang kat traffic light Jalan Universiti depan KWSP tu. kadang-kadang kat roundabout Jalan Othman, takpun kat short cut masuk KESAS dari Sri Manja. sekarang tima pagi kadang-kadang kat NPE exit Jalan Gasing.

aku memang respek brader ni, ada penah sekali aku balik keja naik keta lalu kat depan PPUM. tengah-tengah jalan jem. hujan pulak dah macam renyai-renyai sikit. selamba je aku tengok brader ni jaga trafik tak pakai rain coat. lagi aku respek, masa tu bulan puasa. aku tengok member dia yang simpang UM tu macam dah tak tentu arah kena ujan, takut telur kecut kot.

dalam dua tiga hari ni, aku makin kerap keluarkan kata-kata hina kat polis, mungkin rasa amarah belum pulih kepada tahap yang sepatutnya kot. biasa la, siapa yang tak ada rasa benci walau sikit pun kat polis kan. kena pau dengan polis memang tak heran la. cuma, dalam sesetengah kes, rasa hormat aku tetap ada pada mereka ni walau hanya segelintir je.

bila sebut perkataan polis, aku memang jaki yang amat... itu memang aku tak pernah nafikan.
bahagian yang positif pulak, dengan adanya mereka ni aku akan rasa timbulnya sedikit (?) rasa selamat walaupun aku tak pernah langsung mengharap pada mereka ni. apa pun, perkenalan aku dengan brader polis trafik ni (bukan berkenalan pun, cuma tanya kerja apa je. ok la tu, lain kali kalau terserempak kat simpang jalan, aku bunyikan hon lambai tangan) tetap tak mengubah persepsi aku pada profesion dan mereka yang bergelar polis.


ah, rasa bodoh pulak aku cerita pasal polis ni. cari pasal kat fesbuk lagi best!!!

Adele

| Tuesday, July 12, 2011 | 0 comments |
Sah! Aku memang dah gila dengan dia ni...

A SAMAD SAID : muka legend, hati pun legend...

| | 0 comments |
Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.



Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

puisi cilok

| | 2 comments |
Epigram Stalin

tanah ini berbicara dan kita tak mendengar
tak kedengaran dari sepuluh langkah, kata-kata menghilang

yang kita dengar adalah pendaki Kremlin
pembunuh upahan dan sekumpulan jagal

setiap jemarinya tebal, montel, gagah
setiap patah katanya adalah besi berat menghempap

ada kecoa tertawa di bibir atas, pada wajahnya
pada butnya ada kilau yang tak akan pudar

dari kilau but itu, terpantul wajah-wajah
tuan-tuan berleher-ayam yang berlutut mengelilinginya

satu mengicau, yang lain mengiau, yang lain lagi mengisak
dia menghalakan jari telunjuk lalu omong kosong

dia menjatuhkan hukuman semudah mengulum strawberi dengan lidahnya,
dia bisa saja memeluk mangsanya seperti sahabat lama dari rumah

-oleh Osip Mandelstam
(terjemahan Wahyudi Mohd Yunus)

BERSIH 2.0 vs JUSTIN BIEBER

| Sunday, July 10, 2011 | 0 comments |


ok, terpikir satu perkara.
satu perkara antara dua pilihan yang ada.
kalau ditakdirkan satu masa ada muncung AK47 yang ditalakan kat lubang hidung kita, dan pada masa tu kita kena buat pilihan.
"pilih antara dua, sama ada kau nak pergi konsert justin bieber atau pergi join bersih 2.0 tu, jawab!"
boleh terkencing aku kalau kena gertak dengan senjata yang dah jadi legend dalam dunia pengganasan, selain M16 atau Tommy Gun.
kita semua mesti akan dapat jawapan sama (sebab pilihan soalan pun ada dua je) tetapi dengan alasan yang berbeza kalau soalan tu ditanyakan kat beberapa orang yang berlainan latar belakang.
1. en. khalid yang tengah servis dengan gomen dan ada lagi lapan bulan lagi nak bersara wajib.
2. saiful (tak penah kena liwat atau onani sekali pun) baru abis spm yang baru hantar borang nak masuk pertubuhan perkasa.
3. kak elly, typist kat sebuah firma guaman yang cuma ada tiga orang staff termasuk mat peon.
4. kak nani, surirumah sepenuh masa yang cuma tau tekan 105 aje kat remote astro.
5. en. zaki seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam yang dah 6 kali dapat anugerah perkhidmatan cemerlang tahunan, berselang tiap tiga tahun.
aku? hmmmm.... aku?
aku ada sebab aku sendiri.

gelandangan kecil

| Saturday, July 09, 2011 | 2 comments |
sial...!
aku takkan menangis kalau sepah terkeluar dari maharaja lawak.
jauh sekali nak sedih kalau hazama tersingkir sebelum sempat masuk final akademi fantasia 9 sekali pun.
tapi, inilah imej-imej yang tiba-tiba buat air mata aku meleleh...
damn!