Berita dan Manipulasi Perspektif

| Friday, December 30, 2011 | 30 comments |
"...kebanyakan paparan berita mengandungi kecenderungan politik dan ideologi serta ditentukan oleh konteks politik semasa berkaitan masalah tertentu..." cilok dari sini.


Teringat satu masa dahulu, `arwah' ayah aku pernah manjadikan akhbar Berita Harian sebagai bahan bacaan utamanya. Setiap hari, naskhah akhbar utama negara itu pasti akan berada di ruang tamu rumah teres kos rendah aku. Kalau tak sempat dibaca pada waktu pagi minggu, dia akan baca pada waktu tengahari setelah selesai urusan waktu pagi cuti, atau pun akhbar itu akan dibeleknya bermula dari muka hadapan sehingga ke bahagian sukan apabila dia balik dari kerja pada waktu malam. Dia membaca tidak pernah berbunyi, tidak pula sambil menggelengkan atau mengganggukkan kepala seperti sesetengah orang, tidak pula ketawa jikalau ada berita dan kisah-kisah lucu. hanya dagu berjanggut sejemputnya sahaja yang bergerak-gerak. Seperkara lagi yang aku perasan, dia tidak akan meninggalkan walau satu pun artikel walau sekecil mana artikel tu, kecuali ruang iklan.


Ketagihannya terhadap membaca akhbar akhirnya telah menjangkiti pula kepada anak keduanya, iaitu aku. Ketika di asrama, aku berpeluang memperolehi naskhah akhbar dari kedua-dua bahasa Melayu dan English dengan mudah. Antara aktiviti pagi minggu aku semasa kehidupan di asrama sebelum keluar merayap sekitar bandar Johor Bahru adalah membelek-belek cetakan akhbar mingguan atau harian yang mana tak sempat aku belek hari-hari sebelumnya. Dan menjadi kegemaran aku pula akan memotong dan menyimpan rencana-rencana, cerpen atau sajak yang aku rasakan menarik ke dalam fail. Apa-apa sahaja yang menarik, terutama sekali yang berkaitan dengan astronomi seperti penemuan komet Hyakutake, atau dalam bidang kejuruteraan seperti perancangan projek penyaliran air dari negeri Selangor ke Pahang dengan menggunakan kaedah `water tunnel'. Semua aku masih simpan.


Semakin lama, ketagihan aku semakin berkurang dek kerana kesibukan zaman belajar dan juga kemudiannya aku hampir lupakan terus ketika memasuki alam pekerjaan.


Hanya yang aku sedikit addict sebelum ini hanyalah akhbar mingguan pada hari Ahad, Berita Minggu. Sanggup meredah hujan di celah-celah apartment untuk mencari akhbar di kedai runcit mamak. Cukup setakat itu sahaja.


Kini, keghairahan aku untuk menjadikan akhbar sebagai bahan wajib di rumah aku telah lama hilang kerana minat aku sebelum itu telah dibakar oleh berita-berita yang aku anggap ditulis secara manipulasi. Manipulasi di sini bukan sekadar berita-berita berkaitan politik, malahan juga berita kemasyarakatan. Apa perlunya menulis keganjilan luar tabiat yang dilakukan oleh seseorang sebelum ajalnya tiba akibat kemalangan? Kenapa perlu bertanyakan perasaan yang dihadapi oleh si balu yang baru kehilangan suami? Apa perlunya?


Sekarang, aku masih lagi mencari-cari dan menunggu. Menunggu entah bila keghairahan ketika zaman persekolahan itu akan tiba lagi. Entah...


Sekian entri untuk para editor akhbar.

Cis...!

| | 11 comments |
"Dua beradik berusia enam dan dua tahun diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang mengikat kaki mereka dengan rantai besi selain dikurung dalam tandas serta dibiarkan kelaparan." (kalau rajin, klik sini)


Pukimak bastard betul, kalau dah hyperactive pun bukan macam tu cara nak mengajar! Fuck you la! Tak pasal-pasal pahala Jumaat aku dah menipis...

Hari Cuti Penjual Nasi Lemak?

| | 16 comments |
Usai solat Jumaat, aktiviti pelilauan mata langsung tidak mengujakan. Petang ni tiada kelihatan bungkusan nasi lemak bergentayangan di merata-rata tempat. Apakah penjualnya telah menemui cahaya taubat? Arrghh... Satu kerugian bagi lelaki bermata keranjang.


Sekian entri tidak menyelerakan...

Hormat vs Takut

| | 32 comments |
Semalam, lebih kurang jam 5:45 petang. Macam biasa, cuma ada beberapa orang je yang tinggal kat ofis ni. Antaranya aku dan Stan. Dah menjadi kebiasaan, setiap hari adalah muka orang yang sama lepak kadang-kadang sampai dekat pukul tujuh baru berambus. Tak kira sama ada time ada banyak kerja atau pun buat-buat ada kerja. Staf yang lain-lain rata-ratanya adalah dari golongan manusia rajin. Rajin nak balik cepat.


Masa tu, entah apa punya birah si Stan ni dah meresap dalam badan, dia tak reti duduk diam. Sekejap masuk pantri, sekejap bersandar kat tingkap. Yang aku paling menyampah, bila last sekali dia stay kat meja aku. Mem`parking'kan bontot kirinya kat atas meja aku tak ubah macam pelacur tua mintak terajang kat pondok polis Jalan Chow Kit.


Aku macam biasa, tetap `sejuk' melayan job luar kat monitor sambil membiarkan speaker dengan kadar kelantangan maksimum memainkan dua keping cd yang aku baru beli. Pergi mati, bukan ada orang nak marah pun...


Tak lupa jugak, satu lagi aksesori penting yang wajib ada di celah jari kami. Aku tetap dengan Winston Light, Stan dengan Dunhill kelatnya tu. Sekali sekala, si anak setan ni bertanya itu dan ini pada aku. Tapi, aku tetap `sejuk' dan fokus.


"Ehem, ehem...!" kedengaran satu suara berdehem kecil dari pintu di sebelah pantri.


Cepat-cepat aku menyembunyikan tangan aku ke bawah meja. Tak jadi nak pam. Beberapa saat kemudian, bos kecik si Stan lalu melintasi meja Stan yang terletak di depan meja aku. Fuhh...! Selamat...


"Hek eleh, takut. Cepat-cepat sembunyi rokok. Mentang-mentang la bos gua bontot lentik, takkan takut kot..." ejek Stan pada aku.


"Lancau, gua bukan takut. Gua hormat la..." balas aku...


******************************


Ada suami hormat isteri, ada jugak yang takut gila babi. Ada isteri takut suami, ada jugak yang hormat membuta tuli. Ada pekerja takut orang atasan, ada jugak yang hormat sampai tahap menjilat. Ada umat yang takutkan Tuhan, ada jugak yang tahap hormatnya sekadar ada.


Rasa-rasanya kalau ditakdirkan Tuhan memberikan peluang kita menjadi orang yang memegang tampuk kekuasaan tak kira dalam kerajaan, institusi masyarakat setempat, di tempat kerja atau dalam keluarga sekali pun, yang mana satu akan kita pilih. Dihormati atau ditakuti?


Sekian entri tanpa gambar sebelum sarapan...

Fokus Apa Ke Jadah?

| Thursday, December 29, 2011 | 28 comments |
Sekarang adalah zaman slogan. Sesiapa yang punyai gagasan yang dirasakan mampu membuta-tulikan mata dan telinga orang kebanyakan, jadi dia juga haruslah bijak mem`puzzle'kan sekian banyak perbendaharaan kata menjadi susunan ayat yang sedap ditapisi gegendang telinga.


Ada yang punyai ritma kata yang seakan-akan pantun rakyat, ada juga yang punyai perkataan yang tak pernah kita fahami. Dan ada juga yang langsung tidak mahu kita fahami, asalkan kita tidak terhalang daripada menadah kedua belah tangan menanti sisa-sisa keprihatinan.


Ah, bodoh kayu la itu semua...!


Tapi, pagi tadi ada sedikit kejutan yang aku perhatikan pada dinding sebuah bangunan. Aku sedikit tertanya. Apakah perang slogan akan digantikan dengan perang logo?


Lokasi, Pos Malaysia Cawangan Serahan Kawasan Puchong,
Jalan Industri PBP 11,
Taman Industri Puchong, Selangor.


Sekian entri malas taip panjang-panjang.


*nota kaki busuk : Pos Malaysia memang bapak pemalas. Hantar dokumen kat rumah aku pun susah sangat ke, terpaksa aku keluar dari mood malas semata-mata nak melayankan perangai buruk diorang ni...

Baik Punya Songlap

| Wednesday, December 28, 2011 | 18 comments |
"Cerita ini bukan untuk pencari hiburan picisan; cerita ini juga tidak diselangi elemen-elemen melodrama terlampau; cerita ini untuk mereka yang memahami bahawa hidup bukan pelangi." - Elviza Michele
Ok, aku dah lama tak tergerak nak cari dvd filem melayu kat pasar malam. Cantik, petang ni ada pasar malam, makanya ini adalah waktu yang sesuai untuk aku mengkhianati sinema perfileman lokal untuk ke sekian kalinya.


Sekian entri pengkhianatan...

Surat Cinta Tanpa Bedak

| | 31 comments |
Tunggakan untuk tiga tahun berturut-turut. Pada awal mendiami hartanah jenis `landed property' tidak begitu memikirkan tentang perkara-perkara asas macam ni. Sebab itu, pada tahun pertama dan kedua menerima notis tuntutan cukai, aku buat tak tahu dengan jumlah yang kononnya `tak seberapa' dan beranggapan itu bukan sesuatu yang penting.


Kemudian, pemberontakan yang berlaku dalam jiwa telah membisikkan agar aku mempraktikkan pemikiran ala hippy supaya membayar cukai kepada pemerintah pada kadar separuh daripada yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang. Itu cara puak-puak hippy dengan alasan sebagai tanda protes terhadap dasar-dasar pemerintah yang tak dipersetujui. Tapi, macamana dengan aku yang hampir tidak menyenangi hampir semua dasar-dasar yang cuba diperkenalkan oleh pihak pemerintah?


Apakah aku tidak perlu membayar langsung? Ya, jawapannya aku langsung enggan membayar dan sengaja membatukan hati atas alasan yang sama, iaitu sebagai tanda protes.


Sebagai menambahkan rasa tidak puas hati lagi dan juga sebagai alasan tambahan, aku tidak suka duit yang keluar hasil perahan keringat aku setiap hari bakal digunakan oleh mereka sebagai elaun dalam bentuk tiket flight ke luar negara!


Selain itu, apa yang membuatkan hati aku bertambah-tambah baran adalah, caj untuk pengeluaran notis sebanyak RM20 juga telah dikenakan.


Makanya, aku tidak setuju sama sekali!


........................................


Tapi, akhirnya aku terpaksa akur pada perkara yang satu ini. Apa pun tindakan protes yang aku jalankan, semuanya tidak akan mendatangkan bekas. Malahan, padahnya akan diterima oleh aku sekeluarga. Aku tak mahu tiba satu hari kediaman aku akan didatangi oleh sekumpulan lelaki beruniform menaiki lori dan ditemani oleh wartawan Sinar Harian bertujuan untuk mengosongkan kediaman aku atas alasan undang-undang.


Motherfucker!!!


Sekian entri untuk penerima cukai.

Kecamukan Si Gila

| Monday, December 26, 2011 | 37 comments |
Pertama kali melangkah menghampiri pintu masuk, aku dah tergamam. Jarum pendek jam di tangan kiri aku belum lagi betul-betul tegak ke nombor 9, tapi begitu ramai manusia yang dah sedia duduk dan beratur tak ubah macam sekumpulan ahli Pergerakan Wanita Umno yang mengerumuni penjual tudung lelong.


Melihat ke arah ruang makan yang aku kira menempatkan hampir seratus buah meja, apa yang aku nampak hanya susunan kepala manusia duduk tinggi rendah dalam susunan puzzle glow in the dark Mickey Mouse. Cantik. Kalau jumlahnya digandakan sepuluh kali lagi, dan pandangan aku di`zoom out' lagi sejauh empat kali ganda, maka aku akan dapat melihat hamparan permaidani hitam bercampur sedikit warna-warni tudung kemas meliputi ruang platform kayu beberapa kaki dari aras air pasang maksimum. Terasa gatal pulak tapak kaki, macam nak pijak hamparan mewah tu.


Beratur untuk menunggu giliran ikan, sotong dan udang ditimbang sepanjang lebih 30 meter iaitu melebihi pintu masuk premis selama lebih kurang 40 minit, betul-betul menguji kesabaran aku pada tahap tertinggi.


Menunggu lagi untuk hidangan pertama ikan bakar selama hampir sejam, telah melatih aku menebalkan lapisan kesabaran aku setebal tiga lapisan tilam spring.


Sekali lagi menunggu sotong goreng tepung yang dah sejuk dihidangkan di atas meja untuk 40 minit berikutnya, ternyata aku telah digolongkan dalam kalangan umat penyabar malam tadi.


Tambahan, untuk hampir 45 minit berikutnya menunggu tomyam udang berbau hanyir di letakkan di depan muka aku, aku telah bergelar juara dalam menahan kesabaran.


Dan akhirnya, menyudu kuah ikan tiga rasa selepas keseluruhan masa terbuang lebih dua jam, apa yang lidah aku rasa cuma ada satu iaitu, hairan...


(lokasi dirahsiakan)


Aku hairan, sebegitu ramai umat manusia yang datang. Dan sepanjang masa aku dicurahkan di tempat penuh puaka itu, aku masih gagal membuat kesimpulan yang mampu membezakan antara `orang gila' makan dengan orang `gila makan'.


Mujur, pembaziran dalam bentuk wang ringgit pula bukan datangnya dari dompet nipis aku!


Sekian entri komplen tempat makan paling jahanam!

Ulasan Hukuman Dunia, Suatu Penaakulan Ringkas

| Sunday, December 25, 2011 | 31 comments |
(nak lebih-lebih lagi, klik sini)


BERSALAH!
Kerana...
1 . Menyamun seorang mangsa yang masih kecil.
2. Mempunyai pendapatan yang agak tinggi tetapi memilih untuk menjadi mat gian kelas bawahan. Lebih baik menjadi penagih dadah sintetik dan menghabiskan gaji di kelab-kelab malam eksklusif.
3. Tidak merompak dalam jumlah yang lebih banyak seperti ratusan ribu ringgit supaya mampu mengupah peguam yang lebih handal agar mudah terlepas dari sebarang hukuman oleh hakim yang bodoh kayu.
4. Sepatutnya memecah masuk rumah ADUN atau ahli parlimen di kawasannya, di mana terdapat lebih banyak wang tunai dan model televisyen yang serba canggih dan terkini.
5. Tidak merancang rompakan dengan teliti hingga terkantoi secara memalukan dan menjadi bahan berita kegemaran tabloid utama negara.






(kalau bukan Melayu pemalas, klik sini pulak)


BERSALAH!
Kerana...
1. Gagal menjalinkan jaringan perhubungan yang lebih baik antara pengamal undang-undang hingga kecurangannya enggan ditutupi oleh orang yang sepatutnya.
2. Tidak sepatutnya mencilok dua lot banglo sekaligus, kerana pasti akan dihidu oleh musuh-musuh politik dan akan menjadi modal untuk menjatuhkannya. Lebih baik dia membeli 700 ekor lembu dan ditempatkan di dalam sebuah kondominium mewah. Untung-untung bila dah beranak, dia mampu menjadi usahawan dalam bidang agriculture apabila parti pimpinannya masih gagal dalam peperangan pusingan kedua nanti.
3. Tidak menjaga hati musuh politiknya, hingga karier politiknya ditamatkan sebegitu rupa.
4. Enggan mengakui pernah menyuntik botox ke muka, sebaliknya menyalahkan amalan pengambilan tempe yang menyebabkan kulitnya kekal remaja bagaikan model iklan Fair and Lovely. Tempe tu favourite aku la weh!!! Cicah dengan sambal kicap. Pergh...!
5. ...dia ahli politik!


Sekian entri isu semasa, balik kenduri rumah jiran.

Yang Pertama, Kekal Segar...

| | 25 comments |
Sepanjang hidup, kita akan mengalami beberapa pengalaman pertama. Tak kisah sama ada pengalaman pahit atau manis. Kekuatan memori yang kemas tersimpan dalam kepala kita pasti akan kekal segar sampai bila-bila dan tak akan dapat ditandingi oleh pengalaman yang kedua atau yang ke sekian kalinya.


Persoalan dalam kepala aku, apakah kita akan menghargai setiap saat yang kita kecapi ketika melalui pengalaman pertama itu, sama seperti kita merindui untuk melaluinya sekali lagi, tatkala kita tahu kita telah kehilangannya?


Video yang memang menjadi tujuan utama aku menaip entri seawal jam dua pagi, walau pun projek ratusan juta aku masih terbengkalai. Dalam kesibukan melayan asyiknya urusan duniawi, tempoh bermalas-malasan selama 15 minit di depan MTV Channel bersama minuman Orange Pulpy yang tak sedap, video ini dapat aku hayati.


Sekian entri awal pagi minggu.

Gua Nak Berambus

| Thursday, December 22, 2011 | 36 comments |
Stan : Wei Botak, awalnya lu kemas. Takkan dah nak berambus kot.
Aku : Gua ada urusan duniawi yang lagi penting.
Stan : Jadah apa yang penting sangat tu?
Aku : Gua nak beli nasi kukus. Kebulur gila babi, dari pagi tak makan. Nak mintak lu suapkan tapak kaki, bukan nak bagi pun.
Stan : Podaah...!


Sekian entri lepas batuk di tangga...

Cis!

| | |




Cinabeng, gua punya layout background tak keluar pulak! 
Ah, pergi jahanam.
Gua tengah sibuk...



Road Bastard : Padan Muka Kau, Si Bodoh Sombong...!

| Wednesday, December 21, 2011 | 25 comments |
Petang semalam, macam biasa aku melalui jalan susur keluar dari Lebuhraya KESAS menuju ke kawasan perumahan Taman Kinrara. Dalam kesamaran saki-baki cahaya yang tertinggal dari celah-celah awan renyai, aku berjaya mengelak lubang-lubang jahanam yang sejak akhir-akhir ni semakin bermaharajalela. Berbekalkan belalang tempur warna hitam, aku dengan selamba melenggang-lenggokkan badan seirama dengan deruman enjin hasil putaran throttle di tangan kanan aku, menghimpit ke kiri jalan mendekati guard rail agar bahu aku tidak tersenggol side mirror sebuah van pest control, membrek sedikit untuk memberi laluan sebuah myvi lagi best milik Reen (eh bukan, kancil 660 je la) yang cuba menghulurkan muncungnya di tengah laluan aku, dan sesekali mengangkat bontot aku sedikit agar tidak terhentak dengan seat belalang tempur aku yang semakin keras. Semuanya itu aku lakukan dengan lagak bersahaja tetapi kekal fokus berkat pengalaman aku selama bertahun-tahun menangani kerenah cuaca dan `road bastard' di Lembah Klang dan juga bandaraya selatan tanah air, Johor Bahru.


Ketika menghampiri sebuah stesen minyak yang keadaan sambutannya seakan `rumah kata pergi, kubur kata berambus', aku perasan akan kehadiran sebuah kereta buruk yang terhenti di laluan masuk stesen tu. Dan kelihatan seorang lelaki tua berkulit gelap sedang duduk seperti termenung mengenangkan rumah jagaan orang tua mana yang bakal dihuninya beberapa tahun lagi. Kebetulan, ketika itu lampu isyarat bertukar daripada hijau kepada kuning membuatkan aku berpura-pura tak sempat untuk meneruskan perjalanan seperti biasa seolah pengguna jalanraya yang begitu tertib dan berhemah. Di kesempatan beberapa minit itu, aku melirikkan mata aku meneliti apa yang tak kena dengan kereta buruk import itu. Seketika kemudian, baru aku tersedar yang kereta itu tak mungkin dapat digerakkan dengan sempurna dek kerana keadaan tayar hadapannya yang `flat'.


Hah, padan muka kau! Eh, tiba-tiba pulak kepala hotak berjambul aku teringat akan peristiwa yang berlaku tak jauh dari situ beberapa tahun dulu. Peristiwa yang sampai sekarang menjadi bahan sengihan aku.


******************************


Jalan Puchong, beberapa ratus meter selepas SMK Dharma dari arah Jalan Klang Lama menghala Kinrara. Langit yang runtuh sejak tengahari telah memberhentikan amarannya hampir dua jam yang lalu, namun permukaan jalan masih lagi basah. Dengan beberapa lopak air masih ditakungi air. Percikan-percikan airnya pantas menerpa dan tersebar ke serata arah sebaik dasar lubang di tengah jalan dihentam tayar beberapa kenderaan yang meluncur manja.


Aku seperti biasa, masih mengamalkan gaya tunggangan santai bak seorang nyonya bertenggek di atas Passola menuju ke pasar pagi. Deruan enjin belalang tempur aku sekejap kuat, sekejap perlahan. Sekejap aku menggelek ke kiri, sekejap ke kanan. Semua lubang yang dah mula bertapak ganas sejak beberapa hari sebelumnya berjaya aku perdayakan kerana kedudukan mereka sudah sedia tersimpan dalam cakera keras di kepala hangguk aku. Datang la lubang sebapak mana besar atau sedalam mana pun, aku tetap dapat mengelak dengan aman dan nyaman. Kalau dah tiap-tiap hari lalu tapi tak ingat jugak kat mana ada lubang, maknanya otak aku dengan otak udang takde bezanya. Lebih kurang layak dihumban ke dalam tombot*.


Sedang aku asyik melayan kenakalan lubang-lubang di tengah jalan, aku hampir-hampir melompat setinggi 73 meter dari aras laut apabila sebuah objek berwarna putih melepasi aku dengan agak laju sehinggakan aku nyaris gagal mengawal belalang tempur aku. Babi betul la, anak haram...! Aku menyumpah dalam hati.


Di kejauhan depan sana, aku dapat melihat dengan jelas sebuah kereta Nissan Datsun tonggek meninggalkan aku dengan kepulan asap hitamnya. Celaka kau! Sekali lagi aku menyumpah hati. Dapat aku perhatikan `road bastard' tu kerap kali menukar lane. Sekejap ke kiri, dan beberapa saat kemudiannya ke kanan. Memandu tak ubah macam mambang mabuk minum brandi. Pergerakannya langsung tidak tersekat. Trafik sepanjang jalan pada petang tu masih lagi belum sesak dan berjalan lancar, memudahkan si `road bastard' itu menjadi raja.


Hehe, sekejap lagi kena la kau kat depan sana. Tuhan tengah tunggu kat simpang empat sana. Si bodoh sombong!


Beberapa minit kemudian... Menghampiri simpang empat sebelum flyover yang melintasi lebuhraya KESAS, aku dapat melihat keadaan sedikit berserabut. Beberapa buah kenderaan mengelak ke kiri. Beberapa lagi menukar lorong ke kanan dengan segera. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena berlaku. Ada kemalangan? Minta dijauhkan. Traffic light rosak? Kebarangkaliannya kurang sebab sepanjang tempoh aku bergelar manusia, traffic light kat depan tu jarang menghampakan lebih-lebih lagi dalam keadaan yang genting. Ohye, atau pun si `road bastard' tadi dah mampus langgar bontot lori pasir? Mungkin...


Semakin lama, belalang tempur aku makin menghampiri lokasi tumpuan mata aku sejak beberapa saat sebelumnya. Jantung aku berdebar. Apakah?


.
.
.
.
.
.


Nah, tu dia. Kan betul cakap aku. Tu la, berlagak sangat tadi. Konon-konon bawak kereta dah macam hero la sangat. Macam la jalan ni arwah moyang dia yang bikin. Kalau setakat sekali sekala lalu sini, jangan nak buat macam samseng yang redah rumah orang tak reti bagi salam. Sekarang, tuhan bagi balasan secara cash. Dah malas dah Dia nak tangguh-tangguh. Ramai lagi `road bastard' macam kau yang Dia nak sekolahkan hari tu.


Aku tengok, Datsun tonggek warna putih tu dah tercegat betul-betul kat tengah simpang empat. Beberapa meter di belakangnya, ada satu lubang besar kesan tampalan pada manhole yang tak kemas. Tampalan yang dibuat lebih kurang seminggu sebelum tu, aku perasan dah terbarai sejak petang semalamnya. Memang ngam-ngam sebiji tayar kereta masuk. Kalau nak ukur kedalaman tu, ada la lebih kurang setengah kaki.


Aku `slow'kan belalang tempur aku untuk menoleh ke kanan. Dengan jelas aku dapat lihat tayar kiri bahagian hadapan `road bastard' ni dah pecah.


Hahahaaa... Padan muka kau, si bodoh sombong...!


******************************


Kepada para pemandu sama ada yang dari jenis `road bastard' atau bukan, aku nak bagi nasihat tak berguna. Kalau memandu dalam musim hujan macam sekarang, sila la tambahkan lagi `hati' dalam diri tu supaya kalian lebih ber`hati-hati' lagi. Walau pun kalian dah biasa dengan laluan pergi balik kerja, tapi tak mustahil jalan raya yang diperbuat dengan campuran tepung beras dan santan akan terbarai dalam masa yang kalian tak sedar.


Sekian, entri untuk si bodoh sombong...


*tombot=tapak pelupusan sampah.

Perempuan Gemok Di Sebelah Meja

| | 19 comments |






Seorang diri sepi adalah beban
Seorang isteri cantik adalah beban
Seorang anak comel adalah beban
Seorang ibu nyanyuk adalah ehsan

Sebuah rumah milik PKNS adalah beban
Sebuah proton wira bayar secara ansuran adalah beban
Sebuah masjid dalam taman perumahan adalah ehsan

Kekasih adalah beban
Teman adalah beban
Taulan adalah beban
Ikhlas adalah ehsan

Kerja di pejabat kerajaan adalah beban
Amanah tidak makan suap adalah ehsan
Aku adalah beban
Aku adalah beban
Perempuan gemuk di sebelah meja adalah ehsan

Sajak : Abdullah Jones
Nyanyian : Airmas SZ




Banyak betul bebanan dalam hidup kita. Beban yang kadang-kala menjadi keperluan, dan kadang-kala pula menjadi kemahuan. Tapi kebanyakannya jarang sekali kita sedari akan kewujudannya yang asyik terus-terusan kita tanggung.


Sekian entri penuh bebanan...

Membenarkan Kebodohan

| | 8 comments |



Siapa agaknya yang membenarkan kebodohan
Tidur terlentang dalam kehidupan
Menjerti-jerit tentang kematian
Pekik lolongnya kosong...

Siapa agaknya yang memberi izin
Kepada kebodohan datang ke rumah kami
Semadikan diri di jiwa kami...

Bicaranya bohong
Janjinya bohong
Semangatnya bohong
Juangnya bohong...

Siapa agaknya yang meletakkan kebodohan
Di tempat yang amat tinggi
Tentu saja siapa itu adalah kami
Yang berjalan berkaki ayam
Kerana sepatu kami tertinggal di rumah bapak menteri...

Sajak : Abdullah Jones
Nyanyian : Meor Yusoff Aziddin

Gua tak boleh blah sial dengar ayat berjalan berkaki ayam sebab sepatu tertinggal di rumah pak menteri tu. Sangat dalam...

Sekian entri penghargaan untuk para karyawan hebat.

FYI(2)

| Tuesday, December 20, 2011 | 15 comments |
Si dia yang berwajah legend ada la weh!!!
(cilok dari sini)

Retorik Taik

| | 8 comments |
"Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti,” Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.


Teringat zaman aku bergelar pelajar dulu. Kebanyakan kami yang dididik untuk menjadi teknokrat langsung tak ambil peduli dengan situasi yang berlaku di luar pagar kampus. Pagi pergi kelas, tengahari pergi tapau nasi bungkus makan dalam bilik. Petang kalau ada masa membuta sekejap. Hari minggu pergi dating kat Lake Garden. Tak pun kat Perpustakaan Negara.


Dan sekarang, dapat dilihat satu perkembangan yang positif di kalangan anak-anak muda kita, walaupun kebelakangan ni diselubungi dengan pelbagai polemik yang memeningkan. Jangan takut dik, abang ada kat sebelah ni. Bukan belakang. Apa-apa hal abang besar ni boleh back up!


Satu lagi, aku berasa sangat-sangat takjub dengan sikap mendewa-dewakan pemimpin oleh sesetengah orang kita. Pantang dicuit sikit. Masing-masing berebut-rebut nak jadi ayam jaguh. Sanggup ludah-meludah, tumbuk-menumbuk dan memaki hamun. Sikit lagi aku tengok perangai diorang ni macam nak bunuh orang je lagaknya. Layak sangat aku panggil barbarian!


Kan elok kalau semangat yang berapi-api tu disalurkan ke tempat yang sebaiknya. Banyak lagi yang boleh dibuat. Nak aku bagi nasihat tak berguna jugak ke? Tak payah, masing-masing dah tua bangka. Taksub tak bertempat!


Sekian entri bendera separuh tiang.

Aku Terima.... Sah!

| | 20 comments |
Tak lama dulu, kita terpesona dengan aktiviti ritual oleh rakyat Malaysia yang sanggup berhimpit-himpit memenuhi ruang terhad pejabat pos di seluruh negara semata-mata untuk menuntut sesuatu yang sememangnya menjadi milik mereka. Jumlah tunai yang dinamakan bantuan untuk mengurangkan beban dalam bentuk rebate tunai. Maka, hampir setiap hari kita dipertontonkan dengan visual di tv dan gambar statik di muka depan akhbar sekumpulan manusia yang mempamerkan wajah gembira sambil mengipas wang tunai di depan kamera.




Kemudian, baru-baru ni sekali lagi kita dihidangkan dengan drama beberapa babak juga melibatkan wang tunai. Kali ini ibu bapa dan anak-anak sekolah yang menjadi pemain pentas utamanya. Pelbagai kisah suka duka, bermula dari kisah perlakuan pentadbiran sekolah yang mencilok duit dengan cara terhormat sehingga kepada kejadian seorang anak sekolah ditangkap ketika mahu membeli ekor. Keseluruhannya, tempelan imej dan visual yang sama juga masih memenangi ruang utama media massa. Anak-anak kita diminta beratur untuk diambil gambar bersama dua keping not RM50 yang dikipas-kipas di udara.




Oh ye, sebelum dan sesudah itu banyak juga kisah-kisah picisan tentang kemurahan hati para pemegang tampuk kuasa tak kira sama ada yang berada di sebelah kiri sini atau pun di sebelah kanan sana.


Bantuan daripada pihak sebelah kanan. Kasihan, makcik yang sepatutnya menjadi subjek utama dalam capture ini telah menjadi watak sampingan. Jadi, tak kisah kalau wajahnya terlindung di sebalik objek-objek lain. Yang penting, dua subjek utama di situ iaitu tangan dan wang tunai dalam sampul dapat difokus dengan tepat.


Hahahaa...! Tangannya kemas menggenggam sampul berisi wang tunai seolah-olah takut dihanyutkan air bah yang tak kelihatan dalam gambar, sambil gagal menyembunyikan mimik wajah penuh curiga.


Untuk beberapa minggu ni, aku tak sabar nak nak mengetahui siapa pula bakal menjadi pendokong watak utama yang berkaitan dengan satu akronim, BR1M. Di mana situasi gambar diambil? Apakah makcik bertongkat, atau lelaki tua berkerusi roda yang berlatar belakang rumah estet? Atau sepasang suami isteri yang duduk di ruang tamu sempit bersama-sama enam orang anak-anak kecil mereka.


Dan apakah pula tajuk yang bakal menjadi pilihan peneraju media massa utama negara kita. Apa yang pasti, perkataan `rakyat' akan menjadi keutamaan untuk diletakkan dalam baris-baris tajuk utama mereka dengan menggunakan font bersaiz paling besar.


Aku faham kenapa ini semua perlu diperbesar-besarkan sebaik sahaja aku meneliti kenyataan dari mulut seorang pemegang kuasa (kini tidak lagi) dari parti komponen pemerintah yang telah menang teruk  lebih kurang tiga tahun lalu. "Kita tidak boleh bekerja secara senyap-senyap, sebaliknya rakyat perlu tahu apa sumbangan kita kepada mereka." Macam tu la lebih kurang....


Sekian entri mata duitan.

Sebotol Jantung

| Monday, December 19, 2011 | 26 comments |
Darah aku berderau tiap kali tengok minah ni nyanyi live, terutama sekali untuk lagu ni. Perhatikan emosi yang dia tunjukkan pada wajahnya bermula pada minit ke 2:15 dan minit ke 3:15. Boleh buat aku tercekik air liur! Apa pun, dia punya tattoo memang cara weh...!

video

Sekian entri mimik muka penuh emosi...

Deklarasi Nasi Lemak

| | 33 comments |
Introduksi


Tiap-tiap pagi, mesti macam-macam jenis makanan yang boleh jadi menu dalam hidangan sarapan kita. Ada yang suka makan karipap-karipap cinta, kuih lapis, donat, bihun goreng atau pun roti canai. Lepas tu bilas pulak dengan teh tarik, teh o, nescafe, milo dan macam-macam lagi. Itu orang lain. Tapi bagi aku makanan yang jadi legend ialah, nasi lemak...


Pagi semalam, buat ke sekian kalinya aku dapat makan lagi nasi lemak yang paling sedap. Dia punya sedap, tiap kali makan terasa seolah-olah pertama kali kita jamah makanan pejal dalam hidup. Dengan keadaannya yang masih panas, serta-merta nasi lemak tu terus dibungkus dalam daun pisang. Memang simple. Tak payah nak sambal udang, paru atau rendang daging bagai... Timun pun tak payah. Kalau nak telur rebus, kupas sendiri.


Setiap pagi aku sampai ofis lebih kurang jam 7:30 pagi, banyak orang aku tengok jual sarapan sepanjang jalan. Macam-macam jenis.Tapi semua tu tetap tak boleh lawan nasi lemak legend yang aku minat ni. Bukan setakat dengan rasa je, tapi juga dia punya suasana. Masih lagi mengekalkan suasana pekan kecil di tepi jalan utama. Pekan Pasir Panjang, Sekinchan.


Lagenda Hidup


Entah kenapa kami sekeluarga memang agak obses tanpa obes dengan nasi lemak ni, kalau sekali hadap sekurang-kurangnya kami akan makan dua bungkus setiap seorang. Harga pulak memang sesedap rasa. Beberapa tahun dulu masa aku mula-mula kenali pekan kecil ni harga dia cuma 50 sen je, tapi sekarang dah naik jadi 60 sen. Tapi, apa ada hal. Kalau letak rm2.00 sebungkus pun, nasi lemak ni tetap legend. Aku paham, tak mungkin harga 50 sen ni dapat dipertahankan sampai bila-bila. Aku juga peniaga, aku memang paham sangat dengan kos bahan mentah zaman sekarang ni. Dan apa yang aku respek dengan makcik ni, walau pun harga barang mentah naik, saiz nasi lemak ni tetap kekal macam dulu. Terbaik! Berniaga dengan ikhlas. Insya-allah, tuhan pasti akan redha dengan doa kami yang sentiasa mendambakan nasi lemak legend makcik ni.


Kami di sini seakan-akan telah membuat perikatan secara maya, iaitu selagi kedai ni masih wujud dan selagi makcik terdaya menjual nasi lemak ni, kami pasti akan singgah setiap kami lalu jalan ni pada waktu pagi. Tak kira la kalau kena buat u-turn jauh-jauh pun. Makcik, kami lah peminat no. 1 produk makcik.

Lokasi


Koordinate GPS 3°33'54.69", 101°04'35.34". Kalau dari selatan, cuma 7.2 km selepas pekan Sekinchan. Terletak di sebelah kiri antara deretan kedai lama sebelum Masjid Pasir Panjang. Dan kalau dari arah utara pulak, 13.3 km dari pekan Sungai Besar di sebelah kanan.


Hari tu aku cerita pasal sup cendawan kat Sibu, korang kata jauh sangat. Ha, ni dekat je. NP mesti tau tempat ni kat mana. Lebih kurang setengah jam dari pekan Tanjung Karang.

Ulasan Dari Hati Nurani

Kesegaran daun pisang yang digunakan untuk membungkus nasi lemak ni telah menerbitkan keharuman yang tambah menyelerakan ke dalam nasi. Mungkin daun ni baru diambil petang sebelumnya, mungkin. Tak macam daun pisang yang ada jual kat pasar-pasar sekitar bandar ni. Entah dah berapa lama dia pungut aku pun tak tau, dah nak layu pulak tu.

Nasi dia pulak dimasak dengan seimbang, antara santan dan kandungan beras tu sendiri. Tak terlalu lembik, tak pulak terlalu keras. Memang sesedap rasa. Rasa sedang-sedang je lemak dia. Komposisi nasi dia pulak tak melekat antara satu sama lain. Bila bukak je bungkusan tu, bau harum terus meresap ke dalam rongga hidung hingga ke segenap urat saraf. Wangi.

Sambal bilis dia pun terbaik. Makcik ni gunakan bilis yang segar. Dalam perkiraan aku, mungkin bilis yang baru dibuat. Maklumlah, Sekinchan ni mempunyai banyak jeti-jeti nelayan dan antara tempat melabuhkan ikan yang utama di sepanjang pantai barat semenanjung. Jadi, nak dapatkan bekalan ikan bilis yang segar bukan satu masalah yang besar. Dimasak dalam sambal yang tak terlalu pedas, semua orang boleh makan.

Kata orang, tak lengkap kalau makan nasi lemak tanpa aksesori tambahan macam bilis goreng, kacang goreng, telur mata dan timun. Tapi bagi aku, semua tu tak penting. Penambah rasa yang muktamad bagi aku cuma sebiji telur rebus. memang dah tersedia kat atas meja, kalau nak, ambik je lepas tu kupas sendiri.

Akhir sekali, untuk mengekalkan suasana kampung, aku bilas dengan kopi o pulak. Anak makcik ni (pada anggapan aku) bukanlah seorang pembancuh air yang pakar macam kat restoran mamak kat bandar. Tapi dia punya kopi o, memang gila punya kaw. Aku rasa rugi sangat kalau aku tinggalkan sisa walau setitik pun air dalam cawan.



Sekian entri makanan mampu milik...

Seribu Tahun

| | 25 comments |


Menonton program Curiosity di Discovery Channel malam tadi, yang mengetengahkan Adam Savage sebagai host dalam episode Could You Live Forever? membuatkan aku asyik untuk tempoh sejam lamanya. Begitu banyak teori-teori yang dipaparkan untuk membolehkan kita bertahan dalam tubuh badan yang telah digunakan sejak lahir. Bermula dari penggantian organ sibernetik sehinggalah kepada penggunaan robot bersaiz mikro untuk menyembuhkan penyakit dalam bidang perubatan, serta juga idea menggunakan kaedah yang seakan semulajadi seperti mewujudkan persekitaran di dalam rahim manusia dalam proses pembentukan semula tisu-tisu badan.


Semuanya aku anggap agak relevan memandangkan sebahagian idea-idea tersebut telah mula ditempatkan di dalam makmal untuk dibangunkan dan diuji secara prototaip bukan sahaja terhadap tikus makmal, malahan juga manusia.


Memang tidak mustahil dalam tempoh beberapa abad yang akan datang, para saintis dan pakar perubatan akan menumpukan seluruh perhatian terhadap bidang kejuruteraan genetik yang mana akan menghasilkan kesan positif dalam pemeliharaan kesihatan manusia sejagat. Dan lagi, kita juga tak perlu rasa takut untuk menghadapi hari tua kerana kita sebenarnya tidak akan melalui hari-hari mendatang menggunakan gelaran warga emas. Segala-galanya mampu diperbaharui dengan bantuan teknologi yang serba canggih dan melangkaui jangkaan pemikiran sesetengah kita hari ini.


Cuma, sebaik sahaja tamat program ni aku segera menemui konklusi ringkas yang amat bertentangan dengan idea asal program ni sejak mula iaitu:


"Kita sebenarnya mampu hidup lebih lama melampaui tempoh seribu tahun.
Caranya bukan dengan menghitung umur di kalendar saban tahun, tetapi dengan hanya hidup dalam ingatan dan kenangan manusia lain.
Itulah sebenarnya yang akan kekal abadi untuk selama-lamanya."

Semoga aku akan hidup untuk sembilan ratus sembilan puluh sembilan tahun lagi, insya-Allah.


Sekian entri kesedaran untuk diri sendiri...


*Entri ini mengingatkan aku akan filem Bicentennial Man yang pernah aku tonton secara back to back bersama The Green Mile di TGV dulu.

Gallipoli

| Sunday, December 18, 2011 | 8 comments |
Peperangan Gallipoli berlaku di semenanjung Gallipoli, Turki bermula pada 25 April 1915 hingga 9 Januari 1916 semasa Perang Dunia Pertama. Ketika itu, operasi yang menggabungkan tentera British dan Perancis dijalankan untuk menawan ibu kota empayar Uthmaniah di Istanbul dan menguasai laluan perkapalan ke Rusia. Walau bagaimana pun, percubaan tersebut telah gagal dan menyebab jumlah korban yang besar di kedua-dua belah pihak.


Peperangan Gallipoli ini sebenarnya telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap negara-negara yang terlibat. Bagi pihak Turki, peperangan ini dilihat sebagai tempoh yang menentukan perjalanan sejarah rakyat mereka iaitu sebagai perjuangan mempertahankan kewujudan Empayah Uthmaniah yang telah berdiri sejak berabad lamanya.


Kempen ini adalah pertempuran utama yang pertama kali disertai oleh Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) dan dianggap sebagai titik permulaan kepada kebangkitan sebangat kebangsaan di kedua-dua negara.


Berikut adalah data ringkas berkaitan kempen peperangan ini:


-sumber: Wikipedia.

******************************

Rasa macam best pulak sekali-sekali berlakon macam cikgu sejarah, teringat dulu aku selalu tidur dalam kelas sejarah cikgu Jalal. Bukan sebab aku tak minat sejarah atau sejarah tu sendiri membosankan, tapi sebab aku memang suka tidur dalam kelas. Sampai la sekarang. Kalau masuk kelas yang membosankan atau menghadiri kursus yang entah apa-apa dia mencarut kat depan, aku memilih untuk membuta sepanjang masa.

Kita seringkali dihidangkan dengan kisah-kisah peperangan sama yang dibuat dalam bentuk filem epik atau dokumentari khas di tv, atau pun sebagai bahan bacaan berbentuk rencana di majalah dan akhbar. Tapi semuanya berkaitan dengan Perang Dunia Kedua di mana semua itu langsung tidak memberikan kesan terhadap pandangan kita tentang sejarah yang telah tertulis pada masa lalu, atau pun perkara yang sedang berlaku kini yang mana pasti akan menjadi sejarah kelak tak kira sebesar mana pun sesuatu kejadian itu.

Biasanya, adegan yang menjadi tatapan kita hanyalah babak-babak penaklukan oleh tentera Allied di Normandy seperti mana yang menjadi pilihan dalam Saving Private Ryan oleh Spielberg, atau rentetan peperangan-peperangan sepanjang perairan pasifik yang menganjur dari Okinawa di selatan Jepun sehingga ke kepulauan Guadalcanal berhampiran New Guinea yang  memaparkan bagaimana Jepun berusaha mengekalkan kedudukan mereka sebagai kuasa laut di timur. Atau pun beberapa filem dan drama tempatan yang menjadikan peperangan penuh epik seperti mana di dalam filem Bukit Kepong dan Leftenan Adnan sebagai latar kisahnya.

Tersesatnya aku di dalam Wikipedia yang menemukan aku dengan kata kunci Gallipoli telah menyedarkan aku bahawa ada banyak lagi kisah pertempuran yang penuh epik tetapi telah tersembunyi dari perhatian kita.





Apa yang pasti, perang tetap perang tak kira apa pun tujuan kita melibatkan diri dalam sesuatu kempen itu. Kerana yang menjadi pertaruhan adalah nyawa.

Nyawa. Ketika itulah nilai nyawa manusia dapat ditafsirkan.

Sekian entri hari-hari dalam sejarah.

Creating and Finding

| Saturday, December 17, 2011 | 18 comments |
Power tak gua speaking?
Hahahaa...!
Sebenarnya sepatah haram gua tak faham apa yang gua kencingkan.
Past tense dengan present tense semua gua pukul rata.
Menyesal pulak dulu selalu fly kelas Teacher Helena.
Siapa-siapa, tolong terangkan statement yang kat papan hitam atas tu...
Sekian entri mata segar tak boleh lelap.

Gembala dan Lembunya

| Friday, December 16, 2011 | 16 comments |
"Parti ibarat kandang, pemimpin ibarat gembala, kita ibarat lembunya..." 
- cilok dari majalah M1.


Betul tu, kau memang lembu yang dicucuk hidungnya kalau kau cuma menurut dan mengangguk apa sahaja yang pemimpin katakan tak kira betul atau salahnya, tanpa sekali pun kau persoalkan.


Sekian entri kontot membangkang.

Tetangga

| | 24 comments |
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 67

Lot yang ber`hatching' itu adalah rumah aku.

Lot sebelah kanan bernombor 50902 didiami oleh sebuah keluarga india yang anaknya lebih kurang sebaya aku baru mendirikan rumah tangga dua bulan lalu. Ibunya, auntie di rumah ni adalah orang yang paling rajin bersembang dengan aku, dan aku juga pernah beraya (Deepavali) di rumah mereka. Air oren yang dia bancuh sedap jugak, pekena pulak dengan maruku. Pergh! Dalam family ni cuma dua orang je yang vegetarian.

Selang satu rumah iaitu rumah bernombor lot 50904 didiami oleh keluarga cina. Aku tak berapa tau latar belakang keluarga ni. Cuma tau nama lelaki pemilik rumah ni iaitu Chin, seorang pemandu teksi.

Rumah di sebelah kiri rumah aku pula baru sahaja didiami sejak bulan Ramadhan lalu setelah terbiar kosong hampir setahun sebelumnya. Pemilik sebelumnya, seorang makcik yang telah meninggal akibat serangan jantung pada waktu malam, dan rumah itu terbiar kosong sejak itu. Hanya sekali-sekali dijenguk oleh anak-anaknya yang tinggal berhampiran. Pemilik terkini, Zali adalah seorang juruteknik di sebuah kilang di Subang Jaya. Brader ni memang ramah. Senang diajak berbual. Setiap kali pulang dari rumah ibu mertuanya di Puchong, hampir pasti aku akan dapat merasa buah-buah yang biasanya aku malas nak beli di tepi jalan dek kerana harganya kurang masuk akal.

Rumah bernombor lot 50899 juga baru berpindah lebih kurang sama waktunya dengan Zali. Dibeli oleh seorang lelaki berketurunan singh yang bekerja di sebuah syarikat keselamatan, tapi aku tak pernah berbual dengannya. Cuma aku biasa bersembang dengan ayahnya yang sebelum ini menetap di Ipoh. Tetapi telah berhenti kerja sebagai pemandu lori akibat kemalangan yang langsung tiada kaitan dengan kerjanya. Tangan kanannya telah dipotong separas siku kerana tersepit mesin kilang. Uncle ni juga seorang yang ramah. Rajin berjoging seawal jam 6:30 pagi setiap hari. Waktu yang sama aku keluar dari rumah.

Betul-betul di hadapan rumah aku, rumah bernombor lot 50960 pula dimiliki sebuah keluarga india lama sebelum aku berpindah masuk dua tahun lalu tetapi ketua keluarga ini baru sahaja aku kenali. Shankar, sebelum ini bertugas sebagai electrician di Libya dan telah pulang ke Malaysia beberapa minggu sebelum negara itu dilanda kekacauan yang lebih serius. Sekarang, dia juga bekerja sebagai electrician di Puchong.

Askar pencen yang aku pernah sebut sebelum ni pula adalah jiran aku yang tinggal di rumah bernombor lot 50961, sekeluarga. Dia kini bekerja sebagai polis bantuan di Glenmarie, keluar pergi kerja tak tentu masa. Kadang-kadang dah beberapa minggu aku tak nampak muka dia, cuma bunyi kocakan air dari kolam ikan tilapia di depan rumahnya. Anak lelakinya masih menuntut di UPM dan mewakili universiti itu dalam pasukan hoki.

Itu aje la yang dapat aku kisahkan bergantung kepada tahap kerajinan aku menaip. kalau nak cukupkan sampai radius 40 buah rumah dari rumah aku, tak terlayan pulak aku sendiri nak baca. Apa-apahal pun, aku juga nak bagi nasihat tak berguna kepada PM Najib iaitu: tak payah la sibuk nak perkenalkan segala macam slogan yang berniat memenangi hati rakyat macam 1Malaysia, transformasi ekonomi dan entah apa-apa lagi. Kami di sini telah sedia hidup aman sejak taman perumahan ini dibina lagi. Yang menimbulkan kekacauan itu adalah orang-orang kamu juga yang pasti mempunyai niat untuk memenangi pangkahan kami di kertas undi.

Akhir kata: jiran kita, keluarga kita.

Sekian entri jiran tetangga.

Polisi Baru

| | 20 comments |


Assalamu 'alaikum dan selamat pagi Malaysia. Hari ni aku ada sedikit nasihat tak berguna.


Aku harap pihak pemerintah akan memperkenalkan polisi baru yang melarang pengusaha stesen minyak daripada menempatkan pekerja asing terutama dari bangladesh untuk berkhidmat di kaunter. Bangang betul la, pagi-pagi lagi dah pandai menyusahkan aku. Nak punch minyak RM5 pun payah sangat. Tu belum lagi aku bagi soalan trick mintak minyak RON 95 gelas besar kurang manis. Mau menggelupur budak bangla ni. Macam gampang.


Pada aku, jawatan yang paling layak untuk mereka kat negara ni hanyalah ketua pemuda Umno bahagian atau cawangan. Kalau macam ni, PAU tahun depan dan jugak ceramah kempen PRU-13 nanti mesti lagi banyak cerita lawak jenaka yang kita sendiri susah nak faham.


Sekian entri nganjing di pagi Jumaat.

Bad Comment

| Thursday, December 15, 2011 | 24 comments |

Tengah syok jelajah tempat penginapan yang sesuai dengan budget aku untuk family vacation hujung bulan ni, tiba-tiba terjumpa pulak komen tak puas hati daripada salah seorang pengunjung kat hotel yang `mcam best'.


"The toilet floor is forever wet, with water dripping from the WC." (yang bukan pemalas, boleh klik kat sini)


Ok, ini antara insiden yang tak ingin kita alami kalau kita dah habiskan masa dan duit untuk pergi bercuti terutamanya bersama keluarga. Entah apa punya malang nasib, boleh pulak terkena dengan insiden sebegini.


Walau pun ramai antara kita yang pernah mengalami insiden yang lebih teruk lagi, tapi pengalaman pahit sebegini sedikit sebanyak akan mencacatkan percutian yang kita harapkan menjadi percutian paling manis. Tak syok la kalau nak masuk bilik air pun terpaksa berjalan slow-slow dan super hati-hati. Dengan nak melayan air yang menitik dari wc. Memang indah la panorama.


Ada jugak aku terjumpa review dari pengunjung (hotel lain) pasal kerisauan bertembung dengan tikus pada maktu malam, memandangkan sepanjang waktu tu telinga mereka asyik dimainkan dengan nyanyian berdecit oleh spesis rodensia tu.


Kalau ye pun bertaraf hotel ayam, takkan la sampai jadi tempat bela `menti' kot. Adui...!


Sekian entri jalan-jalan cari pasal...

Sampah!

| | 18 comments |
"Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng..." (kalau rajin klik sini)


Di mana letaknya kredibiliti akhbar utama di negara kita sekarang? Entah, mungkin letaknya di pinggir bibir mangkuk tandas kot, sipi lagi nak tergolek bersama-sama keladak najis kat dalam lubang tu. Tak pun letaknya kat celah-celah dubur politikus yang berkepentingan.


Pagi tadi aku tengok front page Utusan Malaysia, langsung takde pulak berita kat atas ni disiarkan. Tapi kalau cerita stereotaip macam ni ada la. Setakat aksi katak-katak kecil berterabur melompat macam kena hambat bola kat tengah padang tu aku dah tak heran sangat. Nak pulak sekarang. Makin lama, makin ramai pulak yang berebut-rebut jadi personaliti segera.


Apa yang diorang dapat? Ada la tu. Kita pulak, apa yang kita dapat? Sampah!

Keajaiban Mengangkat Tangan

| | 13 comments |
Petang semalam. Lebih kurang jam 6:30 pada anggaran kepala hangguk aku. Lokasi di sebuah persimpangan jalan dari Endah Parade Sri Petaling ke Stadium Bukit Jalil. Laluan rutin aku pergi dan balik kerja, tak kira sama ada menunggang belalang tempur warna hitam atau kereta buatan Malaysia kesayangan. Semua selok-belok laluan ni aku dah hafal walaupun baru beberapa bulan memilih jalan ni sebagai laluan utama. Aku dah tau kat mana lubang yang sedang elok boleh tibai dan yang mana pulak boleh menyebabkan buasir terkeluar melalui kerongkong kalau dihentam hanya dengan kelajuan 20km/j.


Atmosfera semasa diselubungi dengan rintik-rintik hujan renyai yang sebelumnya agak lebat jugak menyebabkan dagu berselaput janggut sejemput aku sedikit pedih.


Meneruskan tunggangan belalang tempur di celah-celah deretan kenderaan yang lebih berlagak dari aku dengan kelajuan sederhana, bibir aku sedikit memuncung agar dapat dapat mengeluarkan sedikit bunyi siulan bernada Set Fire To The Rain. Lagu yang wajib aku nyanyi sampai habis tiap-tiap hari. Namun, mata aku kekal fokus ke hadapan. Bersedia menghadapi sebarang marabahaya.


Tiba-tiba, sreeeetttt........!!!


Kaki kanan aku tangkas memijak brek menyebabkan tayar belakang buatan Taiwan aku yang tahap botaknya hampir menyamai kepala aku mengempar ke kanan. Belalang tempur aku menggelungsur. Hampir-hampir menghentam cermin sisi BLM putih di sebelah kanan aku.


"Woi, pukimak bastard!" Aku jerit sekuat hati.


Kepala aku menoleh ke kiri melihat `road bastard' yang memandu Myvi hitam di sebelah kiri aku sebaik aku memberhentikan belalang tempur. Motherfuckass betul, kalau nak tukar lane tu toleh la kiri kanan dulu. Ni jenis manusia takde mata ke, atau pun jenis kereta takde side mirror.


Kenderaan yang lain-lain masih bergerak perlahan. Aku mengangkat tangan kiri ke arah `road bastard' tu sebaik menaikkan visor helmet.


Aku masih lagi berhenti betul-betul di atas garisan. Sedang elok Myvi hitam tu melewati aku, aku nampak `road bastard' (jantina dirahsiakan) itu mengangkat tangan kanannya separas dahi sambil tersengih. Ok, aku faham. Kau nak minta maaf.


Maaf diterima.


Kemudian, aku pun memulas throttle setelah menginjakkan kaki kanan untuk mengarahkan belalang tempur aku maju kehadapan. Meneruskan perjalan dengan lagak gangster ala Bront Palare.


******************************


Ha, macam tu la. Kalau dah buat salah cepat-cepat minta maaf. Kalau kesalahan yang perlu memohon maaf secara bersemuka mungkin agak susah sikit disebabkan kita mempunyai tahap ego yang tinggi. Tapi kalau kat atas jalan tu, bukannya susah pun.


Cuma satu gerakan ringkas anggota batan yang paling mudah kita lakukan, iaitu mengangkat tangan atau tersengih. Itu pun dah lebih daripada cukup menyejukkan hati.


Tapi jangan angkat satu jari tengah sudah. Tu bukan nak minta maaf, tapi nak cari pasal namanya!