RUGUTAN!

| Thursday, May 31, 2012 | 6 comments |
Berita Hairan, Isnin, 7 Rejab 1433 H, 28 Mei 2012


Hahahaaaa..!!! Tu la, korang ni banyak sangat fikir. Kan dah terlepas pandang. Muka depan pulak tu. Tersengih aku pagi-pagi buta ni. Nak cari Kamus Dewan pun tak sempat.


Sekian entri pagi Khamis.


-makin ramai orang bodoh dalam dunia ni yang buat-buat pandai, termasuk aku...

Nyawa Untuk Bil

| Tuesday, May 29, 2012 | 9 comments |
Di perkarangan sebuah hospital separa kerajaan dan dimiliki oleh sebuah institusi pengajian kurang terkemuka, duduk dua orang lelaki yang saling tidak mengenali antara satu sama lain sambil berbual berkenaan tujuan mereka ke situ.


"Jadi, kamu tidak kisah mengambil ubat yang masih dalam peringkat percubaan ini? Kerana masih lagi tiada jaminan akan keselamatan mereka yang menjalani ujian ini", tanya lelaki pertama buat memecah bicara.


Lelaki kedua tersenyum. Baginya, menjadi spesimen bagi beberapa ujikaji makmal bukanlah sesuatu yang asing bagi dirinya. "Tidak, aku tidak kisah. Memanglah bayarannya agak lumayan iaitu RM500 untuk satu sesi ujian. Tapi bagi aku, itu tidak penting. Apa yang pentingnya aku sedia berkorban demi kepentingan kemajuan sains perubatan dan kebaikan manusia yang terkemudian. Lagi pun, aku mempunyai perlindungan insurans jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Bagaimana dengan kamu, adakah ini kali pertama?" Tanya lelaki kedua kepada lelaki pertama.


"Ya, ini kali pertama aku menjadi sukarela dalam ujikaji yang sebegini rupa", jawabnya sambil tersengih macam taik kucing setengah masak kena seret atas tangga..


"Kalau begitu, apa yang membuatkan kamu bersedia memperjudikan kesihatan kamu atas suatu produk yang belum terbukti berkesan ini? Kamu tidak takut mati? Kematian kamu itu tidak setimpal dengan bayaran yang diberikan", Soal lelaki kedua itu lagi.


"Tidak takut, kerana aku amat memerlukan duit itu". Jawab lelaki pertama.


"Untuk apa kamu begitu memerlukan duit RM500 itu?" Sekali lagi dia bertanya sambil sengaja mengerutkan kepala lutut.


"Untuk membayar bil TNB yang lama tertunggak..." Jawab lelaki pertama perlahan.


Sekian entri terdesak.


-cinabeng betul la, aku dah lupa bila kali terakhir aku tumbuk muka orang, rasa macam nak cari pasal pulak...

Segala Yang Indah Oleh Nescafe

| | 17 comments |
Aku tak rasa iklan sebegini akan disiarkan dalam Berita Hairan, Utusan Malaysia atau Hairan Metro untuk sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang. Jauh sekali untuk menyebut Majalah Mangga. Kalau ada, aku akan ucapkan tahniah dan terima kasih yang teramat sangat kerana telah membantu mengindahkan lagi bahasa yang kita guna sehari-hari ni.
Lokasi, persimpangan jalan Kuantan - Kuala Terengganu - Kemasik. Koordinate GPS 4˚25'33"N, 103˚27'07"E. Ahad 20 Mei 2012, lebih kurang jam 2:00 petang.


Maaf, gambar kurang jelas sebab aku malas nak keluar dari kereta dan berdiri di tengah panas matahari, nak turunkan tingkap pun malas nak mampus. Maklum la, takut cair make up!


Sekian entri penghargaan bertempat.


sekarang aku nak berhibernasi sampai mati...

Shit Happened in Manukan Island

| Monday, May 28, 2012 | 5 comments |
Gila babi cantik air kat sini. Jernih dah macam air dalam akuarium yang baru ditukar sampaikan boleh tahu spesis ikan apa yang berenang kat bawah kalau kita tak gagal paper marine biology dulu. Sejuk mata memandang walau pun tidak kelihatan aksi topless oleh pelancong luar. Tengok gambar kat bawah yang diambil dengan kamera murahan, tapi tetap menghasilkan imej yang cantik jugak setaraf dengan budak-budak sekolah yang baru pandai main DSLR sekarang.
Tapi masalahnya, motherfucker mana pulak yang buat celaka kat atas muka bumi ni?
Sekian entri amarah pada perosak alam.

Tugu Peringatan Double Six

| | 13 comments |

Secara ringkasnya, tugu peringatan ini telah dibina untuk mengenang tragedi udara yang melibatkan beberapa kenamaan Kerajaan Persekutuan dan juga negeri Sabah termasuk ketua menteri Sabah pada ketika itu iaitu Tun Haji Mohd Fuad Stephens.


Berikut nama-nama mangsa yang terkorban mengikut apa yang tercatat pada plat:

  1. Tun Haji Mohd Fuad Stephens - Ketua Menteri Sabah
  2. Datuk Peter Mojuntin - Menteri Kerajaan Tempatan
  3. Datuk Chong Thain Vun - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya
  4. Datuk Salleh Sulong - Menteri Kewangan Negeri
  5. Datuk Darius Binion - Pembantu Menteri kepada YAB Ketua Menteri
  6. Wahid Andu - Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
  7. Syed Hussein Wafa - Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri
  8. Ishak Atan - Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah
  9. Kopral Mohd Said - Pengawal peribadi kepada Tun Haji Mohd Fuad Stephens
  10. Kapten Ghani Nathan - Juruterbang
  11. Johari Stephens - Anak kepada Tun Haji Mohd Fuad Stephens

Terletak di tengah-tengah kawasan perumahan moden di perkampungan Sembulan dan hanya lebih kurang 2 km dari Masjid Negeri, tugu ini diberi nama Double Six sempena tarikh kejadian tersebut berlaku iaitu pada 6 Jun 1976 dan melibatkan enam orang pemimpin negeri serta jadual penerbangan sebenarnya ialah pada jam 6 petang.


Pelbagai teori konspirasi muncul susulan nahas ini berlaku kerana kejadian ini melibatkan peralihan kuasa kepada ketua menteri ke-6 pada hari yang sama, dan isu ini masih lagi berlanjutan sehingga kini. Tambahan pulak tujuan penerbangan ketua menteri petang tu adalah untuk menghadiri mesyuarat berkenaan perjanjian royalti minyak negeri Sabah. Dikhabarkan pula ketua menteri berkemungkinan tidak bersetuju dengan terma yang terkandung dalam perjanjian tu. Itu aku tak peduli, kerana aku bukannya seorang pembongkar misteri. Apa yang aku tahu melalui beberapa pembacaan dari internet (nak tau lebih, cari sendiri, jangan malas!), beberapa teori diketengahkan berkaitan dengan punca berlakunya nahas ini seperti:

  • Pesawat kehabisan bahan bakar sebelum sempat sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu lalu jatuh menjunam ke dalam laut. Kini kawasan sekitar tapak kejadian telah ditambak untuk memberi laluan kepada pembangunan.
  • Pesawat Nomad buatan Australia ini telah menampung muatan yang lebih daripada yang sepatutnya iaitu hanya enam orang anak kapal sahaja.
  • Kecuaian juruterbang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diseimbangkan dengan tekanan minyak seterusnya menyebabkan pesawat jatuh menjunam.

Minggu lalu, dalam kesibukan dan tergesa-gesa mengejar masa memenuhi aturcara `wajib', aku berkesempatan menjejakkan kaki di tugu yang bersejarah dan terus menjadi simbol kepada misteri yang tak terungkap sehingga kini. Cuma menghabiskan masa beberapa minit menangkap beberapa keping gambar dengan berbekalkan kamera kompak cabuk, bahang dari cuaca panas sekitar jam 2:30 petang itu benar-benar menggigit lapisan epidermis aku.


Tapi, mengenangkan aku telah terbang beberapa ribu kilometer dari semenanjung dalam perjalanan yang telah memakan masa beberapa bulan perancangan, aku tetap khusyu' mengelilingi tugu ini sambil membaca tulisan pada plat ini bersama-sama seorang lagi pemilik kamera DSLR amatur. Untuk lawatan terjah berpandukan peta dari Ovi Map ini, aku agak berpuas hati juga dengan hasilnya.


(rakaman imej dari kamera kompak cabuk)


(gambar bonus, jangan hantar ke unit forensik untuk mengetahui identiti aku)


Sekian entri ingatan misteri tragedi yang tak terlerai.

Oh My Dear, Deerland!

| Sunday, May 27, 2012 | 8 comments |

Siapa antara kita tahu di mana letaknya Zoo Negara, Zoo Taiping atau sekurang-kurangnya Taman Buaya Melaka? Ok, tak perlu beri jawapan atas soalan bodoh yang sebegini. Tapi siapa antara puluhan juta rakyat Malaysia yang tahu dengan arif di manakah letaknya zoo mini Temerloh? Dah tentu ramai yang akan menjawab zoo cilake ni letaknya di Temerloh walau tak seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke sana.


(rewind button pressed)


Lebih kurang dua tahun dulu, aku pernah berusaha menjejaki di mana letaknya lokasi yang sebenar zoo mini yang diletakkan di bawah jagaan Perhilitan Negeri Pahang ini dengan harapan aku akan mengenali bandar Temerloh dengan lebih dekat lagi, bukan hanya sekadar masakan gulai ikan patin yang power di deretan gerai tepi Sungai Pahang semata-mata. Sekurang-kurangnya, kalau ditakdirkan suatu hari nanti Tuhan meletakkan aku sebagai penduduk tetap di sini, dapat la jugak kiranya aku menghabiskan masa lapang bersama dengan anak-anak dan cucu-cicit belajar tentang tabiat pemakanan dan cara binatang hutan ni mengawan.


Tapi sayang, pencarian pertama kali aku pada ketika itu telah membuatkan aku sesat hingga entah ke mana. Berdasarkan maklumat dari internet dan berpandukan kepada lokasi di google map, aku pasti zoo mini ini terletak berhampiran dengan sebuah kawasan perumahan di pinggir bandar Temerloh. Namun begitu, sepanjang pencarian aku, aku cuma menjumpai sebuah premis kerajaan milik Perhilitan dan sebuah kawasan terbiar dan bersemak yang cuma kelihatan beberapa ekor anjing liar sedang melepaskan lelah di bawah teduhan semak. Celaka apa, aku nak tengok binatang hutan dalam zoo, bukan binatang liar tak bertuan ni!


Kemudian, menurut apa yang disampaikan oleh seorang sahabat aku yang bekerja di Temerloh dan menetap di Mentakab, zoo mini itu telah lama tidak beroperasi. Hanya menjadi tempat pemuliharaan beberapa spesis nyamuk yang jarang ditemui dan juga sebagai sarang pontianak memencilkan diri mencari ilham.


(fast forward button pressed)


Hujung minggu lalu, sekembalinya aku dari negeri pantai timur, Tuhan telah membuka pintu hati aku untuk menyusur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur di persimpangan Lanchang. Memandangkan hari masih lagi awal, aku kira dapatlah jugak aku memuaskan nafsu berjalan-jalan di dua tempat yang aku teringin nak pergi buat kali kedua iaitu National Elephant Conversation Centre dan juga Deerland. Kedua-duanya terletak tidak jauh antara satu sama lain.


Lupakan seketika lokasi pusat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah itu, sebaliknya kepala hotak berjambul aku lebih tertumpu kepada situasi yang sedang berlaku di Deerland. Dari luar, tempat yang mengenakan bayaran sebanyak RM6 kepada pengunjung dewasa di pintu masuknya ini nampak tiada apa-apa yang luar biasa atau menarik langsung memandangkan keluasannya yang terhad iaitu cuma menggunakan lebih kurang 12 ekar keluasannya berbanding jumlah keseluruhan tanah iaitu 40 ekar (menurut pemiliknya). Selain jumlah spesis haiwan yang sedikit.


(bukan gambar curi, snap sendiri guna kamera murahan)


Tetapi bagi sesiapa yang pernah ke sini sebelum ini pasti akan merasakan satu kehilangan. Kehilangan yang boleh diamati di ruangan kosong berhampiran laluan keluar pengunjung.


Semasa lawatan kali pertama aku ke sini dahulu, pandangan mata aku dihidangkan dengan kelincahan seekor beruang yang sangat menghiburkan terutamanya aksi manja dia dibelai oleh penjaganya dan juga ketika dia menyuap makanan yang disuakan oleh pengunjung (ini bukan makanan dari luar, tetapi memang makanan yang telah disediakan!). Kadang-kala rasa seriau melihatkan keberanian beruang comel ini mendekati pengunjung yang mengelilingi. Dan aku kira, beruang ini telah menjadi tarikan utama untuk para pengunjung kembali melawat buat kali kedua, seperti aku.


Itu dahulu, sekarang beruang ini sudah tiada lagi. Kehilangan beruang ini aku dapat rasai dari riak wajah pemilik Deerland ini (aku terlupa bertanya namanya), serta kesungguhannya menceritakan apa yang berlaku kepada penghuni kesayangannya itu seterusnya menarik minat aku untuk menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan. Dia menceritakan lebih kurang begini...


"Diorang dengar, beruang ni duduk dalam tempat sempit. Diorang dengar, orang ramai boleh bagi makan. Diorang dengar, beruang ni diberi makan biskut. Diorang dengar, beruang ni tak sihat. Kurus. Sebab tu satu hari diorang datang sini bawa surat arahan Perhilitan supaya beruang ni dipindahkan hari tu jugak. Orang hubungan saya hantarkan gambar ni (sambil menunjukkan dua keping gambar beruang itu di dalam sangkar) yang dia ambil dari zoo mini Temerloh. Encik tau macamana keadaan zoo tu? (ya, aku tau sangat walau pun tak pernah masuk) Dah tujuh bulan beruang tu dimasukkan ke sana. Apa yang kawan saya bagitau, beruang tu dah empat hari tak nak makan (wajahnya sedikit sebak dan sayu). Sebab tu sekarang saya tengah berusaha dapatkan tandatangan sebanyak mungkin dari pelawat untuk buat rayuan kepada pihak kerajaan...."


...dan banyak lagi yang gagal aku ingati semua butir bicaranya. Apa pun, aku berharap sangat beruang itu diletakkan di tempat yang sepatutnya. Tidak semestinya di sebuah zoo bertaraf dunia atau di habitat asalnya, asalkan beruang tu dapat kembali hidup ceria dan menghiburkan anak-anak kecil.


Sedikit info berkenaan Deerland...


Bagaimana ke sana : Sebaik keluar dari plaza tol persimpangan Lanchang (Exit 816), belok ke kanan di simpang tiga tanpa lampu isyarat. Berhati-hati ketika membelok, jangan macam pemandu gampang yang keluar simpang ikut suka kepala mak bapak dia je. Terus memandu bagi yang berkereta atau bervan, manakala yang bermotosikal terus menunggang sejauh lebih kurang 7.6km dari persimpangan itu, melepasi simpang kiri ke Felda Lakum/Bukit Damar. Sepanjang perjalanan, anda akan dihidangkan dengan pemandangan beberapa kolam pancing dan juga perkampungan orang asli. Berhati-hati juga kerana jika anda seorang kaki pancing tegar, dinasihatkan agar jangan diturutkan sangat nafsu anda itu. Teruskan perjalanan lagi hingga tiba di simpang ke kanan. Belok kanan dan teruskan perjalanan sejauh 1.9km lagi. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang memuaskan kerana keadaan permukaan jalan yang macam gampang berbanding dua tahun dahulu. Mungkin kerana sabotaj oleh pihak JKR yang enggan menyelenggara jalan ini dengan sempurna.


Kedudukan/koordinat : Jika anda mempunyai peranti GPS dan tahu menggunakannya (tidak seperti sesetengah pengguna yang buta kayu, bila sesat nak marahkan GPS pulak), ini adalah koordinat yang boleh anda track menggunakan kebanyakan perisian GPS seperti Garmin, Papago, Locago atau Ovi Map versi terbaru. Latitud 3˚35'07.29", Longitud 102˚10'05.35". Atau kalau anda dah malas sekali pun, boleh la copy dan paste koordinat ini ke dalam Google Map kemudian klik Search. 3.585359,102.168152
Jangan lupa, setelah puas memberi makan rusa dan ostrich dengan lebih dekat, berikan sokongan anda kepada pemilik Deerland ini. Jangan takut, kalau turunkan tandatangan tak kena ISA atau EO pun!


Sekian entri meminta sokongan...

Unconnected

| Saturday, May 26, 2012 | 3 comments |
Aku terlupa dari mana aku pernah dengar (atau baca) kata-kata yang berbunyi lebih kurang macam ni.


Semakin hari kita semakin rasa jurang komunikasi sesama manusia dapat dirapatkan seiring dengan perkembangan kepintaran teknologi buatan manusia. Sebut sahaja di mana kita berada, pada waktu bila-bila masa sekali pun atau dengan apa sahaja gadget yang ada di tangan kita, kita mampu menghubungi orang yang berada beribu batu jauhnya dari kita. Semudah itu.


Tak kisah sama ada pada masa itu kita hanya sendirian di ruang bilik menatap skrin monitor hingga pagi. Tapi sebenarnya tanpa kita sedari, kita langsung tidak berhubung dengan sesiapa pun!


Sekian entri tanpa hubungan...

Serious Shit : Cerita Lembu

| Thursday, May 17, 2012 | 8 comments |
Pada suatu pangkal petang yang suam, Bongok yang sedang asyik mencabut keladi cina di tepi sungai telah didatangi oleh si Bengap. Dalam keadaan hangin satu badan, Bengap menuduh Bongok telah menuba air sungai dan menyebabkan seekor lembu betinanya mati terkangkang.


Bengap : Aku tak kira, kau kena bayar gantirugi pada aku. Kalau tak, aku report kat bini kau!


Bongok : Eh, apasal pulak aku yang kena bayar. Bukan aku yang tuba sungai ni. Lagi pun, lembu tu apasal pandai sangat macam tuan dia. Nak minum main sondol je macam babi hutan.


Bengap : Kau jangan kurang ajar Bongok. Tu la satu-satunya lembu betina aku yang paling subur kau tau?


Bongok : Berapa kau punya rugi?


Bengap : RM 9.362 juta...


Bongok : Celaka apa, lembu kau tu berak keluar emas longgok ke apa? Mahal nak mampus!


Bengap : Mesti la. Lembu aku tu produktif. Setiap tahun, dia beranak 8 ekor. Daripada 8 ekor anak dia tu, setiap satunya beranak lagi 8 ekor menjadi 64 ekor cucunya tahun berikut. Aku target nak bela dia 5 tahun lagi. Aku dulu bab janjang geometri ni jangan nak temberang la. Seekor lembu aku boleh jual RM2000, kalau 4,096 ekor dah berapa?


Bongok : Ya betul, kau memang bijak. Itu pada perkiraan kau. Kau tak ambil kira pulak Tuhan punya formula janjang. Kalau minggu depan lembu kau tu tertelan susu getah sampai mandul, seekor haram pun dia tak boleh beranak.


Bengap : (terdiam sambil menggaru-garu celah bontotnya yang gatal)


***Moral daripada cerita yang tak bermoral, jangan nak kencing dengan orang yang pakar matematik dan ilmu alam kalau tak nak kelihatan bodoh di khalayak ramai.


Sekian entri lembu dan tuannya.

Todi dalam Balang

| | 6 comments |
Sedikit masa dahulu, Vika pernah menceritakan kepada aku tentang kisah lagenda Irish mengenai seorang perompak jalanan yang hanya menjadikan pedagang atau pengembara yang kaya sebagai sasarannya. Kisah ini mirip dengan kisah lagenda Robbin Hood yang muncul dengan pelbagai versi bergantung kepada latar tempat dan masa serata England beberapa kurun lalu.

Namun kisah perompak ini ditamatkan dengan satu pengkhianatan oleh orang yang paling dekat dengannya iaitu teman wanitanya sendiri (terdapat versi lain yang menyatakan perempuan itu adalah isterinya). Akibat daripada itu, dia telah dijatuhkan hukuman mati oleh pemerintah setempat.

Walau pun telah mati, kisahnya terus hidup untuk diperdengarkan kepada generasi-generasi yang terkemudian sehingga menjadi dongeng yang dialunkan menjadi lagu rakyat. Benar atau tidak kisah ini, aku perlu bertanyakan lebih lanjut kepada Vika itu.


Lagu versi paling awal yang dikomersilkan oleh The Dubliners.

Versi awal 70-an oleh Thin Lizzy.

Yang ni pun cara jugak, oleh Metallica.


Salah satu komen dalam tiub awak yang aku suka : "The story of the song takes place during the times when real men known as Gentlemen would wait for the other to have their sword drawn and ready to duel instead of these days where cowardly people dog on their opponent and fight them in a dirty dog way."


Sekian entri sebelum nak keluar ponteng kerja...


***siapa Vika?

Real Hero

| Monday, May 14, 2012 | 4 comments |


"...if every Malaysian adopts a child, then our country will be a better place." -Norlina Alawi, Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd.




Thought this is the first time I ever made an entry using the language that I am not like most. So, please forgive me for any spelling and grammar error. Go fuck with that! Haha...! Just now, when I'm having a cup of black coffee with some cigarettes alone in a place I love most, I have read an article about a courage woman. A person that give a sacrifice to whom she doesn't know. A children.


This article has been published a few days ago in a free newspaper that I brought early morning. At that time, I just look (not read) the title without feel anything. But, I don't know what was happened with my fingers and eyes. They keep attached with the texts until the last sentences. Without any disturbing sound coming to my ears, I can take a concentrate reading with this story. A story about a bussinesswoman which has adopted a children from nowhere into her shelter. For me, that was a nobel act.


And for me, what was more important here, she has taken a children which has diagnosed with AIDS or HIV positive. Pergh..! I wonder if every mom here could do that beside their own children to take care of.


Slowly, my heart was cried deeply when I read her story.


Some people would say she could do that because of her wealth, but that was not the main point here. It doesn't meant you need to be a wealthy person to adopt a child and give them a shelter, food and love. No...


The intention to do so was come from your heart. Here, I take her as a hero among all heroes that ever exist!


Sekian entri bahasa Inggeris. Power tak?